Thursday, 15 October 2015

PUNGGUNG MONTOKNYA BASAH JUGA AKHIRNYA!!!!

Punggung janda muda basah jugak akhirnya. 

 

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau mudamenggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. 

Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama diabersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinyamemang kehausan teman. 

Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik  pun makin bertambah cantik lagi. 

Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan 
penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliauamat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. 

Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejamdirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.
Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!" kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.
 
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya 
meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan.

"Duduklah di sini" kata lelaki itu.Imah 
pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah-olah dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata"Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam bot ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" 

Jawab Imah "Yalah!!

"Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi.Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini".

 
Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin botnya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah ... 

2 comments:

Anonymous said...

Apa daaaa..... otak kuning..

usin cerdik said...

kah kah kah! anon di atas tu memang otak kuning! orang baca punggung basah kena air banjir tapi dia ingat basah kena air lain! bodo la wei!