Sunday 11 October 2015

DS NAJIB SEMAKIN KUKUH,GERILA PRO MAHATHIR SEMAKIN LUSUH!!!



Kami tidak kisah digelar penjilat. Apa pun yang terjadi kami tetap akan sentiasa berada di belakang kepimpinan PM Najib.. berjuang bersama beliau. InshaAllah.


#KekalNajib



Kedudukan Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia semakin kukuh setelah kumpulan yang mengkritik hebat dasar dan kepimpinan beliau sudah mula kehabisan peluru politik untuk menyerang kerajaan.

Apatah lagi Perdana Menteri yang baru pulang daripada lawatan dua minggu ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Persidangan Pertubuhana Bangsa-bangsa Bersatu dan juga Itali telah berjaya membawa agenda keamanan dunia kepada masyarakat antarabangsa.


Malaysia juga berjaya meyakinkan pelabur luar negara mengenai prospek pelaburan mereka yang cerah atas asas ekonomi negara yang masih kuat dan mantap meskipun menerima sedikit tempias krisis kewangan global.

Dalam pertemuan dengan pengurus-pengurus dana antarabangsa Perdana Menteri menyarankan agar para pelabur luar negara tidak melayan dan terlalu mendengar ‘bising’ yang dibuat oleh pengkritik daripada pembangkang tetapi menumpukan perhatian dan fokus kepada faktor-faktor ekonomi Malaysia yang masih memberangsangkan.


Dalam komen terkini wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin beliau menggesa mereka yang menyerang Perdana Menteri tidak keterlaluan ini akan ‘menakutkan’ beliau untuk meletak jawatan.


KAH! KAH! KAH! Komen ini boleh dianggap amat melucukan dan malah boleh memenangi pertandingan komen paling kelakar jika acara sedemikian dianjurkan.

Pertama Kadir dan beberapa wartawan veteran lain seperti Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilihat sebagai penasihat strategi media kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah kumpulan yang paling lantang dan kritikal menyerang Perdana Menteri dalam penulisan mereka di dalam blog masing-masing.

Mereka seolah-olah mendapat ‘cue’ atau petunjuk daripada Dr. Mahathir untuk menyerang Dato’ Sri Najib dalam isu-isu tertentu seperti 1MDB, Altantuya, derma RM2.6 bilion dan lain-lain.


Dr. Mahathir bertindak sebagai pencetus kepada isu yang hendak dieksploitasi untuk menyerang Perdana Menteri sementara Kadir dan Zam akan menyambut bola tanggung itu untuk terus menghentam Perdana Menteri dan kerajaan.

Begitulah modus operandi mereka selama ini tetapi sejak mutakhir mereka mereka sudah lesu dalam perjuangan mereka untuk memaksa Dato’ Sri najib meletak jawatan.


Umpamanya Dr. Mahathir menyebarkan fitnah bahawa Perdana Menteri akan ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sekiran ya beliau menjejak kali keluar negara berikutan skandal 1MDB dan derma.

Setelah apa yang beliau war-warkan itu tidak menjadi realiti Dr. Mahathir memberi alasan bahawa Perdana Menteri berada pada satu kedudukan kuasa yang amat kuat hingga tidak memungkinkan beliau ditahan.

Atas logik hujah bekas perdana menteri itu jika beliau sendiri mengakui kedudukan Dato’ Sri Najib amat kuat sehingga pihak asing tidak mampu untuk menahannya di luar negara apatah lagi peluang Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk menjatuhkan Perdana Menteri di dalam negara?

Dalam satu acara dialog yang dianjurkan oleh sebuah cawangan Umno di Ampang baru-baru ini Dr. Mahathir juga menyeru semua ahli parti itu supaya membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri berhubung dakwaan skandal rasuah dan penyelewengan yang dikaitkan dengan beliau.


Mungkin Dr Mahathir mudah lupa berpuluh skandal rasuah yang membabitkan beliau, keluarga dan 
kroninya didedahkan oleh pembangkang di bawah pentadbirannya satu masa dahulu.

Atas logik yang sama semua ahli Umno juga patut membuat langkah pertama dengan membuat laporan polis terhadap Dr. Mahathir berhubung skandal-skandal rasuah pada era pemerintahan beliau.


http://www.pru14.tv/2015/10/10/kedudukan-kuasa-perdana-menteri-semakin-mantap/

No comments: