Monday, 5 October 2015

PENGURUSAN URI ATAU TEMBUNI ANAK!!!



by rahsia hawa


MARI BELAJAR.....

Kita selalu terlupa benda-benda macam ni.. kepada 
yang akan dapat anak... sila baca dan faham....

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan 
pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAK,
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di 
hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. 

Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. 
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri.

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan 
guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa 
yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih 
dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci 
bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa 
dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir 
darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau 
limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti 
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan 
asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan 
bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang 
mungkin akan menggali uri ini nanti.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti 
sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau
/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –
binatang lain nanti.

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak 
digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang 
boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum 
menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah 
supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang 
Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar 
atau dijual. 

Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di 
hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk 
di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, 
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

No comments: