Ini fakta yang sangat tidak menyenangkan kepada kelompok rakyat pembenci PM Najib.
TERIMA KASIH PM NAJIB!
Selepas diumumkan penyelarasan semula beberapa kadar bayaran tol, trending di laman sosial berkaitannya apabila rakyat ada yang merungut berikutan kenaikan yang disifatkan ada yang agak tinggi.
Lebuh raya yang mengumumkan kenaikan kadar bayaran ialah Kuala Lumpur-Karak, Maju Expressway (MEX), Kajang-SILK Highway, Duta-Ulu Kelang (DUKE) Highway, Terowong SMART, Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEHH), New Pantai Expressway (NPE), dan KL-Kuala Selangor Expressway (LATAR).
Pengumuman berkenaan kadar tol itu telah dibuat sendiri oleh syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang dimeterai.
Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kerajaan pada 3 April 2009, beliau telah menutup dan menghentikan kutipan di tiga buah plaza tol untuk meringankan beban rakyat.
Tiga plaza tol berkenaan ialah Grandsaga, METRAMAC dan NNKSB.
METRAMAC ditutup pada 16 Mei 2011, Grandsaga pada 2 Mac 2012 melibatkan laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan ke Kajang; dan Plaza Tol Teluk Kapas (NNKSB) pada 21 Disember 2009.
Selain itu, tujuh lagi plaza tol yang telah juga ditutup sebelum ini ialah Besraya (24 Februari 2009), METRAMAC Plaza Tol di Jalan Pahang (18 Mac 2004), Plaza Tol Slim River PLUS (11 Januari 1993), Plaza Tol Senai PLUS (1 Mac 2004), Plaza Tol PJS2 (arah KL) (14 Februari 2009).
Ia membuktikan kerajaan pimpinan Najib sentiasa berusaha untuk meringankan beban rakyat khususnya dari aspek pembayaran tol.
Pengguna jalan raya juga perlu tahu bahawa kenaikan hanya berlaku kepada kadar tol dalam bandar dan bukannya di antara bandar.
Tiada kenaikan untuk tol kendalian PLUS Expressways Berhad (PLUS) dan Kumpulan MTD.
Kenaikan kadar tol yang berlaku perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarkat konsesi lebuh raya sekiranya ia tidak dinaikkan.
Berkaitan itu, tahukah anda kerajaan perlu membayar sebanyak RM580 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya sekiranya ia tidak dinaikkan pada tahun ini.
Penjimatan dengan jumlah berkenaan boleh digunakan untuk membiayai beberapa pembangunan antaranya pembinaan sebanyak 380 jejantas baru, 19 jambatan baru dan pembinaan 58 buah sekolah rendah yang baru.
Selain itu kerajaan pimpinan Najib begitu komited dalam meringankan beban rakyat bukan hanya tidak menaikkan kadar tol secara mendadak tetapi melalui inisatif lain.
Beliau yang juga Menteri Kewangan pada 14 September lepas telah menyatakan bahawa kerajaan akan menambah bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia.
Sebanyak 16 buah lagi Klinik 1Malaysia akan dibina pada tahun ini dan 33 pada tahun depan.
Syarikat konsesi mengambil kira pelbagai aspek dalam menaikkan atau menyelaras semula kadar tol iaitu dengan melihat kepada aspek pembiayaan kewangan, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos operasi.
9 comments:
dan jangan lupa MADEY juga BERUSAHA CUCI KEKOTORAN YANG TUN RAZAK TINGGALKAN..
nyatakan kekotoran tun razak.awak masa tun razak pun awak tak lahir lagi.tun razak dan tunku rahman membina negara yang baru lahir.tun M gunakan kemewahan negara untuk kayakan anak beranak dan kroni2 nya.semua rakyat tahu.pembangkang lagi tahu hinggakan timbul gelaran thoghut,maha zalim,maha firuan.apa maknanya tu? maknanya tak boleh nak tutup bangkai gajah dengan sehelai daun keladi.orang akan nampak juga!
Sama lah jugak dengan en WanMDeeBee kita tu...bangkai gajah tak boleh ditutup sehelai daun keladi....orang akan nampak jugak.....
1MDB MASIH DALAM SIASATAN.TUNGGU AJELAH KEPUTUSANNYA, SAMADA NAJIB SALAH ATAU TIDAK! MADEY MEMANG RAKYAT DAH TAHU BANYAK BUAT SALAH.JANGAN TERLAMPAU TAKSUB SANGAT KAT MADEY KERALA TU.SALAH TETAP SALAH.TERIMA AJELAH.KALAU NAJIB TERBUKTI BERSALAH,PENYOKONG NAJIB AKAN TERIMA DAN SURUH DIA BERUNDUR.SEKARANG BELUM LAGI DI DAPATI BERSALAH.SEKALI SEKALA JADILAH MANUSIA.JANGAN JADI HANTU MADEY!
bukan wanmdeebee lah,ini wandebe!kuskuskus!!!
Aku pengkomen yang pertama kat atas ...umur aku dah masuk 60 tahun ... telah merasai pemerintahan kesemua perdana menteri.. Dari segi Pengurusan Negara PERDANA MENTERI PALING TERUK ADALAH NAJIB .... Jawapan terhadap isu tidak diberi bahkan Pengadu dan Penyoal diberi PERSEPSI buruk ... Tak sangka dizaman IT ni masih ade lagi cai2 penjilat najis mughalazah yg tidak boleh membezakan yang benar dan salah...ANDAIKATA KALAU MADEY TIDAK ADA LAGI RAKYAT AKAN TERUS BERTANYA ISU RASUAH PM, ADAKAH NAK SALAHKAN MADEY JUGA....COME ON LA , PerSoalan yang dikemukan oleh madey juga adalh soalan dari Rakyat macam aku juga... kalau Orang macam aku belum tentu dapat jumpe PM...cai2 penjilat pun belum tentu dapat jumpa pm... Jawapan dari menteri2 pun saling berlawanan, SO MACAM MANA RAKYAT TAK TAKUT NEGARA AKAN TERGADAI KEPADA PIHAK LUAR ... " Lihat lah isu ini dari mata BURUNG dan bukan melihat dari dalam TEMPURUNG " ..Fullstop.
Aku admire mahdey tapi aku kutuk juga mamak Kerala nie....
Dia buat perjanjian hanya untungkan anak dan kroni...habiskan wang rakyat berbilion2 ringgit utk selamatkan syarikat anak dan kroni...
Nampak pintar tapi bodo bila libatkan wang...
Klu tak ada ISA dan pemecatan hakim...mahdey dah lama dihumban dlm penjara krn salahguna kuasa.Kaki gaduh dan kaki spin yg hebat...seolah2 dia tu bagus sgt.Kutuk org banyak harta..Keluarga dan waris dia lagi kaya krn salahguna kuasa.Skrg day nak jadi munafik kutuk org sedangkan najis ko tu berterabur sana sini di bumi Malaysia.Sial, buat perjanjian tol hanya menguntungkan anak dan kroni..
jangan tuduh dan burukkan orang kalau diri sendiri lagi teruk.jaja sana sini memburukkan orang hanya kerana nak jatuhkan orang.jangan kata tahi orang besar batang pinang kalau tahi sendiri besar batang kelapa!orang yang komen di atas sekali tu tua bangka tak sedar diri!orang tak perlu jawab kalau dia tahu jawapannya akan buat orang mencipta seribu pertanyaan sedangkan yang bertanya itu takkan terima jawapan yang tidak memihak kepadanya.
Aku org tua 60 tahun kat atas...masih tertanya tanya kenapa sepupu aku mendapat hamper yg tidak diminta kena pertuduha terima rasuah dan dihukum...sedangkan berbilion dlm akaun prribadi boleh terlepas.... ade penyokong mughalazah yg menyokong dan siap menjilat lagi.... sebab mudah kalau sokong madey semuanya jahat... kan kan ... kami teraniaya dan tidak akan tertipu...
Post a Comment