Tuesday 30 June 2015

JAGA AURAT TAPI LAYAN BAHAN LUCAH!!!

Siapa sangka di sebalik perwatakannya yang lembut dan berwajah manis, artis ini sebenarnya pandai ‘melayan’ bahan lucah.

Apa pun sukar mempercayai dakwaan itu kerana artis terbabit alim dan menjaga auratnya.

Apa yang mengejut­kan, artis terbabit seolah-olah menganggap perkara itu bukan masalah besar dengan beraninya menunjukkan bahan berkenaan kepada rakan-rakannya.

Namun apa yang dihairankan, suatu ketika dulu tersebar khabar angin kurang enak yang mengatakan artis itu pernah skandal dengan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Yang pasti artis terbabit menyedari bahan yang dimilikinya itu berisi kandungan lucah yang sememangnya diketahui boleh merosakkan akhlak.

Apatah lagi artis itu membawa imej alim dan sepatut­nya menunjukkan contoh baik kepada peminat khususnya golongan muda.

Bahan lucah bukan saja meruntuhkan nilai moral, tetapi juga bertentangan dalam Islam.

Nasihat  kepada artis, sebaiknya mendalami semula agama dan hayati nilai ajaran Islam serta menyedari kekurangan diri sendiri.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55169#sthash.hcvDxM12.dpuf

XAVIER JUSTO,PETROSAUDI ,SARAWAK REPORT & 1MDB !!! KERA MANA YANG ROSAKKAN BUNGA NI???


Polemik 1MDB masuk ke bab baru. 

Semuanya disebabkan oleh Xavier 

Andre Justo, warga Swiss, bekas 

pegawai berjawatan tinggi di Petro

Saudi. Beliau adalah link yang 

mengaitkan di antara blog Sarawak 

Report dengan PetroSaudi dan 1MDB.






Ironinya, di antara pihak yang 
pertama melenting bersuara tentang 
penangkapan Xavier Justo ialah Clare 
Rewcastle Brown dari blog Sarawak 
Report. Kenapa beliau perlu melenting 
malah mempertahankan warga Swiss 
itu?

Jawapannya mudah iaitu disebabkan 
wujudnya kaitan di antara pemeras 
ugut PetroSaudi itu dengan blog 
Sarawak Report. Malah Clare Brown 
tidak pun menyangkal perkara ini. 
Dalam nada mempertahankan 
Xavier Justo, penulis blog tersebut 
menulis surat bertajuk Open Letter 
To The Swiss Foreign Ministry In 
Bern

Surat tersebut kononnya ditujukan 
kepada Kementerian Luar Negeri 
Switzerland di Bern tetapi tidak 
pula disebut nama penerima surat 
tersebut. Kenapa?

Mudah iaitu supaya tidak ada sesiapa 
pun yang dapat buat semakan atau 
cross-check untuk menentukan 
kesahihan surat tersebut dan sama 
ada pihak Kementerian Luar Negeri 
Swiss benar-benar telah menerima 
surat itu. Atau ianya hanya sekadar 
wayang murahan tipu helah Clare 
Brown.

Setelah terdedahnya pembohongan 
dan manipulasi sumber yang diguna
pakai oleh Sarawak Report, kita 
sudah tentu sangsi dengan surat 
tersebut dan kita lebih mempercayai 
bahawa surat tersebut hanya sekadar 
show murahan sahaja.

Dan seperti tuduhan-tuduhan jahat 
sebelum ini, penulis Sarawak Report 
ini juga membuat tuduhan jahat 
yang korupsi di pihak berkuasa 
Thailand adalah dibelakang 
penangkapan Xavier Justo. 

Claire Brown juga telah berbohong 
kononnya berita penangkapan 
tersebut tidak disiarkan di Thailand 
atau tempat lain. Padahal, beberapa 
portal berita Thailand dan luar 
negeri turut melaporkan berita 
penangkapan tersebut. Contoh:

http://www.bangkokpost.com/
news/general/601584/swiss-
man-accused-of-najib-smear-
plan

http://news.thaivisa.com/thaivisa
-news/former-petrosaudi-it-exec-
arrested-at-samui/101093/

http://www.blick.ch/news/
ausland/mega-korruptionsfall-
schweizer-whistleblower-in-
thailand-verhaftet-id3901483.
html

Satu persoalan besar ialah kenapa 
Xavier Justo berada di Tambon 
Angthong, Koh Samui, Surathani, 
Thailand bersama dokumen-
dokumen yang dicuri beliau dari 
PetroSaudi?

Jika Clare Brown benar-benar prihatin 
kepada 'hal ehwal dan keselamatan' 
Xavier Justo, kenapa Xavier tidak 
berada di dalam negara sendiri atau 
negara-negara Eropah yang lain di 
mana mungkin ada undang-undang 
yang boleh menyekat sebarang 
tindakan ke atas pemeras ugut 
dan pencuri maklumat syarikat?

Jawapannya mungkin seperti 
komentar di dalam blog Sarawak 
Report. Anda baca printscreen di 
bawah:


Pemeras ugut pencuri maklumat 
syarikat PetroSaudi telah ditangkap. 
Dan di antara kenyataan pakar 
Protection Group International (PGI) 
tentang maklumat curi yang diubah 
dalam Sarawak Report:


"Semua siasatan kami telah dijalan
kan setakat ini menjuruskan saya 
untuk mengatakan bahawa, dari 
kedua-dua perspektif forensik dan 
pakar, maklumat [berkaitan dengan 
isu ini] yang disiarkan di Internet 
dan kepada mereka yang ingin 
membuat kesimpulan daripadanya, 
ia boleh dianggap tidak selamat dan 
tidak boleh dipercayai" kata beliau.


Dan sekarang, beberapa portal berita, 
individu dan media sosial terutamanya 
portal-portal pro-pembangkang dan 
lidah rasmi Pakatan Pembangkang 
terkena tempiasnya. Mereka juga 
bakal berdepan dengan tindakan 
undang-undang. Semuanya kerana 
laporan mereka yang merujuk kepada 
dokumen-dokumen curi dan diubah 
di dalam Sarawak Report.  

The Edge dan pemiliknya diberi 
amaran kerana laporan yang 
merujuk Sarawak Post. KDN juga 
mnyatakan bahawa penerbitan 
sebarang bentuk berita palsu, 
boleh mengakibatkan lesen 
organisasi media yang terbabit 
dibatalkan oleh KDN di bawah 
Akta Penerbitan dan Mesin 
Cetak (APMC) 1984.

Satu perkara yang menarik ialah 
ada pihak yang menggunakan 
alasan bahawa kita perlu tunggu 
kesudahan kes penangkapan 
Xavier Justo atau keputusan 
perbicaraannya. 

Kesahihan penangkapan ini mesti 
dibuktikan oleh pihak berkuasa, 
kata mereka.

Ironinya, perkara yang samalah 
yang kerap dikatakan tentang isu 
1MDB. Biarlah pihak berkuasa 
seperti Audit Negara, bi-partisan 
PAC dan Bank Negara Malaysia 
menyelesaikan siasatan mereka 
dahulu sebelum menunding jari 
ke mana-mana pihak. 

Jika pihak itu mahu pihak lain 
merujuk kepada kesudahan dan 
keputusan pihak berkuasa Thailand 
maka pihak itu juga patut menerima 
untuk menunggu hasil siasatan 
pihak berkuasa di Malaysia tentang 
1MDB. 

Logik dan mudahkan.

Yang menarik juga ialah hasil 
siasatan PGI yang berjaya 
membuktikan kaitan di antara 
Xavier Justo dan Sarawak Report.

MENGENALI SPESIS MELAYU PENGHIDU JUBUR CINA!!!




Bruce Lee sahaja sebagai ikon pahlawan 
negara ini ke???

Mana nya pahlawan Melayu di Negara kita 
sendiri?

Berat nanang betul...ikut kehendak DAP
-1Malaysia. 

STRATEGI Pemasaran Politik Dan Idealogi Gaya DAP!!!

Umpan jinak di air tenang.


Setahun selepas PRU13, DAP dilihat memberi penekanan serius untuk menarik undi orang Melayu dan Islam secara langsung tanpa bergantung kepada PAS dan PKR seperti PRU10, PRU11 dan PRU12. 


Persoalannya mengapakan DAP mengambil berat undi untuk memperolehi sokongan daripada kumpulan Melayu dan Islam sedangkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Cina?


DAP sedang melakukan make over dari parti cauvanis Cina, kenapa parti yang disokong anak muda Melayu dan Islam selepas PRU13.


Ini selepas mereka menyedari bahawa sokongan Cina dah sampai ke siling dan Barisan Nasional yang tunjang utamanya adalah UMNO tidak tumbang.
Seorang kawan memberitahu saya, ketika hari pengundian 505 PRU13, Cina Malaysia dari seluruh dunia balik untuk UBAH tapi BN tak tumbang.
Kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sahaja sama jumlah dengan seluruh kerusi parlimen yang dimenangi DAP, PKR dan PAS. Apakah sebabnya?
Kerana apa...? kerana pengundi Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti menyokong BN, dengan (lebih 60 %) Melayu dan Islam menyokong UMNO. 


Menyedari hakikat bahawa jika semua Cina sokong DAP pun mereka tidak boleh berkuasa lebih besar dari yang dimenangi PRU13 maka strategisnya telah mengubah haluan parti.


Untuk menarik sokongan segmen utama dalam PRU di Malaysia iaitu Bumiputera Islam, mereka mengeluarkan produk A, produk B, produk C.


Untuk segmen Bumiputera Islam produk A yang kumpulan sasarnya adalah Melayu bandar yang liberal maka orang macam Diana Sofia mewakili imej itu.


Cantik, tak bertudung, menggoda, skirt boleh, baju kurung boleh, (masih tak terjawab gambar dengan Zairil imej siapa?) anak orang UMNO dan lain-lain.
Produk B pula orang macam Rara, Melayu separa bandar/nasionalis, bertudung hispter, terbuka, cantik, suka bergambar, ahli NGO, mudah bergauldan lain-lain.
Produk C pula untuk menarik minat Bumiputera Islam adalah Melayu/Islamist pakai niqab, ala-ala exterimis, tertutup, sekolah agama tapi sokong DAP.


Untuk peringkat pertama semua perempuan, sebab biasalah  70 peratus iklan dilakonkan perempuan.


Akan ada fasa kedua dan ketiga untuk menarik sokongan Melayu, termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kongres Nasional DAP.


DAP tahu hanya dengan sokongan Bumiputera saja mereka boleh berkuasa, kini segman Bumiputera Islam dan bukan Islam masih merupakan penyokong kuat BN.


-@ayathelme 

Petua Tradisi Mengharumkan Air Mani Isteri!!!



Bahan:-


– seketul gula batu
– limau nipis saiz biasa 1 biji
– air suam setinggi seruas jari 
   (disukat dlm gelas biasa)

Cara penyediaannya:-
– tumbuk gula batu hingga lumat
– masukkan kedalam gelas air suam
– perah limau nipis ke dalam gelas 
    ramuan tadi
– kacau hingga sebati
– selawat 3 x sambil niat moga ramuan 
    ini menjadi ubat yg mujarab dengan 
    izin Yang Maha Esa
– minum hingga habis

Ianya boleh diminum sama ada pagi 
atau malam ikut kesesuaian.

Petua ini juga boleh melangsingkan 
badan isteri .

Selamat Mencuba!

Monday 29 June 2015

SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN NI???








SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?


Oleh : Tun Telanai


ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.


Zainuddin Maidin dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau bukan dari keturunan Melayu jati, tetapi berdarah campuran keling/mamak dengan Melayu. Amat menghairankan apabila UMNO menganugerahkan beliau dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010. Apa jasanya terhadap bangsa Melayu dan Islam. Saya belek buku sejarah tokoh-tokoh pejuang tanah air, namanya tiada pun tercatat di situ. 


Saya juga semak senarai nama orang-orang yang telah membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara (termasuk bukan Melayu) pasca kemerdekaan, namanya juga tidak tercatat. Tidak ada satu pun jasanya kepada bangsa dan agama yang boleh dikenang oleh genarasi akan datang Jasanya pada pandangan saya ialah beliau pandai melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menyelamatkan UMNO . Beliau hanya mampu berkokok menghentam PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS menjadi musuh tradisinya dari dulu, kini dan selama-lama. 




Zainuddin Maidin memulakan kariernya di Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar. Beliau meningkat naik di dalam Utusan kerana sokongan politik bukan kerana kepandaiannya. Beliau menulis artikel-artikel mengampu dan memuji-muji orang politik. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan dalam bidang kewartawanan. 


Kerjaya wartawannya adalah proksi UMNO (Utusan adalah suara UMNO, bukan suara rakyat Melayu) bagi mempertahan dan memperjuangkan survival UMNO melalui media. Ia menulis tanpa mengambil kira perjuangan UMNO itu selari atau tidak dengan matlamat asal penubuhan UMNO pada tahun 1946 bagi meningkatkan martabat Melayu dan Islam dalam negara ini.


Beliau menceburi politik secara langsung apabila dilantik sebagai senator pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad dan menjadi Ahli Parlimen Merbok pada PRU ke-11 tahun 2004 dan dilantik menjadi Menteri Penerangan mulai 14 Februari 2006 hingga 8 Mac 2008, sebelum itu sebagai Setiausaha dan Timbalan Menteri di Kementerian yang sama. PRU ke-12, beliau dikalahkan oleh Johari Abdul dari PKR dengan majoriti besar yang amat memalukannya sebagai menteri yang tidak bernilai di mata rakyat.


Semasa beliau memegang jawatan dalam kerajaan, Zainuddin gagal untuk mengubah kedudukan Melayu yang masih lagi lemah dan ketinggalan dalam berbagai sektor berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh bangsa bukan Melayu. Apa sebab Melayu lemah dan ketinggalan? 



Melayu bukan UMNO (termasuk kerajaan negeri yang diperintah oleh Melayu bukan UMNO) diasak kiri-kanan, ditekan atas-bawah, disekat dari menerima berbagai sumbangan, bantuan, pinjaman perniagaan, lot-lot kedai yang dibina oleh agensi kerajaan di pekan dan di bandar diagih-agihkan hanya kepada golongan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya sahaja. Melayu bukan UMNO juga dinafikan haq untuk mendapatkan projek, tender, lesen, permit dan sebagainya. Zainuddin Maidin mendiamkan diri kerana jiwa dan raganya dipenuhi dengan hasad dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri, tidak seperti pemainan politik bukan Melayu. Mereka bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi memenuhi matkamat perjuangan bangsanya.


Siapakah yang mendapatkan habuan semuanya ini? Zainuddin Maidin tahu jawapannya.Tentunyalah golongan UMNO yang berkuasa dan kroni-kroninya. Tidak sesiapa pun boleh menafikan hakikat ini. Melayu lain terlopong. Lebih malang lagi, apabila golongan UMNO yang tidak ada kemahiran berniaga dan tidak ada kepakaran dalam sektor pembinaan diberi peluang dan dianugerah berbagai projek, lesen, permit atau sebagainya hanya semata-mata berdasarkan hubungan politik, maka penerima anugerah tersebut menjual projek dan mengambil keuntungan di atas angin dengan meng’alibaba’kan anugerah-anugerah tersebut. Faktor itulah mengakibat Melayu masih mundur dan terbelakang dari bukan Melayu. Sekarang kenapa kita hendak memusuhi bukan Melayu yang lebih berjaya dari Melayu kerana kesilapan UMNO sendiri mencipta dasar songsang.


Zainuddin Maidin senantiasa menghentam pembangkang dengan memberi gambaran yang buruk dan negatif kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau tidak pernah menegur keburukan dan kelemahan UMNO yang terlibat dalam berbagai skandal, rasuah dan sebagainya yang rakyat dapat menghidu kebusukan dari batang tubuh UMNO sendiri. Serentak itu beliau berperanan menegakkan benang besah mempertahankan UMNO, walaupun beliau sendiri tahu bahawa UMNO itu diselubungi dengan najis yang amat busuk.



Sasaran utamanya ialah parti PAS. RTM dijadikan bilik gerakan UMNO apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Penerangan oleh Mahathir. Sejak itu siaran-siaran propaganda UMNO disiarkan tanpa segan dan malu-malu lagi. Bermacam-macam strategi dirancang untuk memburukkan PAS. Percubaan beliau untuk mengaitkan nama PAS dengan keganasan melalui dokumentari-dokumentari merapu mengenai Taliban yang cuba dikaitkan dengan PAS menemui kegagalan kerana PAS membuat serangan balas melalui perbahasan di parlimen, di internet, akhbar-akhbar alternatif, akhbar-akhbar milik parti, majlis-majlis penerangan, ceramah-ceramah di markas(di tempat awam diharamkan, di markas pun kadang dikepung oleh pasukan polis) dan sebagainya.


Zainudin Maidin mencuba lagi melalui RTM menayangkan klip video di dalam isu Memali untuk mengambarkan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS itu ganas. PAS melalui Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengetuai kempen menyerang balas isu Memali yang diputarbelitkan oleh mamak ini. Ustaz Fadzil membawa isu ini ke parlimen dan dibahaskan bagi membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Zainuddin melalui RTM.


Serentak itu, para pemimpin PAS lainnya turun dan bergerak ke seluruh negara bertemu rakyat menjelaskan kepada rakyat isu Memali yang sebenar. Walau pun ada para pemimpin PAS yang kena tangkap, didakwa, dibelasah, dikepung, disembur dengan gas pemedih mata serta dicurah dengan air asid kimia ketika menjelaskan isu itu kepada rakyat oleh pasukan polis yang tidak pernah jemu-jemu merelakan pasukan yang dihormati menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO sampai kini.


Serangan balas yang hebat dilakukan oleh PAS memaksa UMNO menghentikan serta merta tayangan klip video ini dengan mendapat malu besar kerana dituduh memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan negara. Angkara yang dilakukan oleh Zainuddin menyebabkan UMNO tersepit. Maka sekali lagi Majlis Fatwa Kebangsaan diseret dalam kancah mainan politik UMNO untuk mengelakkan UMNO dari terus dimalukan oleh PAS.


Zainuddin Maidin tidak terhenti di situ, beliau mengulangi kepakaran mencipta fitnah sewaktu menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dengan memetik dan meng’edit’ ucapan-ucapan pemimpin pembangkang, mengutip gambar-gambar, menselang-seli gambar-gambar penyokong Barisan Alternatif dengan gambar-gambar keganasan, memutarbelit sejarah dan sebagainya.


Sifat hipokrit (munafik) dan opportunist Zainuddin Maidin lebih terserlah dalam isu penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik yang dicetuskan oleh idea Mahathir untuk memperkenalkan semula Sekolah Aliran Inggeris. Hairan, beliau boleh menyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh Mahathir, sedangkan beliau dikenali umum sebagai pejuang mendaulatkan Bahasa Melayu.


Kita tahu beliau menyokong PPSMI bukan terbit dari hati nuraninya, tetapi kerana beliau terhutang budi pada Mahathir yang mengutip beliau balik dan diberi kedudukan dalam kerajaan. Beliau dilantik sebagai senator yang kemudiannya dilantik pula sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, sedangkan pada satu ketika beliau pernah mengkritik Mahathir menggunakan Bahasa Inggeris ketika diwawancara di Indonesia walaupun wartawan Indonesia menggunakan Bahasa Melayu. Amat memalukan bila Utusan Malaysia beberapa hari selepas itu terpaksa menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan kepada Perdana Menteri (Mahathir) serentak dengan perletakan jawatan Zainuddin Maidin. Tempat beliau sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu lalu diganti oleh Johan Jaafar.


Kita juga tahu bahawa ketika itu, Zainuddin Maidin hendak menonjolkan diri yang beliau sebagai jaguh memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kesan ia menegur Mahathir, ia ditentang keluar dari Utusan Melayu. Ketika ia terpinggir itulah beliau pergi ke London untuk menulis buku bertajuk Mahathir Di Sebalik Tabir. Tujuannya adalah untuk mengampu Mahathir supaya Mahathir dapat memaafkan ketelanjurannya itu dan mengutip beliau balik. Harapannya tidak sia-sia, Mahathir mengutipnya balik dan memberi kedudukan yang selesa.


Zainuddin Maidin seorang manusia yang suka dipuji dan suka masuk bakul angkat sendiri. Contoh : Selepas ia ditendang keluar dari UM, beliau diberi peluang menulis sebagai penulis tamu di UM. Bagi memadamkan memori memalukan itu (ditendang kerana mengkritik Mahathir), beliau cuba menaikkan semula harga dirinya di mata masyarakat melalui tulisan-tulisannya di Utusan. Dalam artikel ‘Sebuah catatan jati diri Utusan’ (Utusan Malaysia 5 April 2001) beliau cuba mengangkat dirinya sebagai wartawan sejati yang penuh dengan profesionalisme dan tidak bias. Dalam artikel tersebut beliau menulis: “Mungkin saya sekarang berada dalam keadaan yang sama, yang sekalipun telah dilihat sebagai seorang ahli politik tetapi masih merasakan diri sebagai seorang wartawan bebas dengan perwatakan dan nilai profesionalisme yang melampaui fahaman dan ikatan politik.”


Selepas kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mengakui bahawa sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu sebagai suatu usaha yang sia-sia. "Wang" yang begitu banyak dilonggokkan di Kelantan selama ini kononnya di bawah agenda untuk merampas kembali Kelantan telah mnejadi racun dan duri hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu. Komen beliau yang disiarkan oleh Bernama.



Semua tindakannya itu lebih mendatangkan kebencian rakyat Kelantan terhadap media kerajaan lebih-lebih lagi bila mereka mendapat maklumat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang telah tergadai di bawah kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Bahkan nasib orang Melayu Pulau Pinang disamakan dengan nasib bangsa Palestine oleh Profesor ekonomi USM, Dr. Amir Hussin Baharuddin. Dr Amir menyatakan dalam wawancaranya dengan Mingguan Utusan bahawa orang Melayu beransur-ansur meninggalkan pulau itu hinggakan Perkampungan Melayu Sungai Nibong Kecil telah lenyap dari muka bumi Pulau Pinang. Katanya lagi UMNO Pulau Pinang akan turut lenyap sebaik sahaja baki 28% orang Melayu yang masih tinggal di pulau itu pupus terus.



Ramalan Dr. Amir menjadi kenyataan apabila PRU ke-12  menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menjadi Ketua Menteri. Kejatuhan kerajaan UMNO/BN di Pulau Pinang menjadikan para pemimpin UMNO di negeri tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Tidak ubah macam orang gila babi menyerang kerajaan Pakatan atas berbagai isu dari sekecil-kecilnya pun diangkat menjadi isu besar dan dikontroversikan bagi menarik perhatian rakyat yang kononnya rakyat Melayu Islam di negeri ini diabaikan dan terpinggir dan didiskriminaskan oleh Ketua Menteri Cina dari DAP. Bantahan ini macamlah Pulau Pinang ini dulu diperintah oleh UMNO. Macamlah mereka itu dulu-dulu betul-betul berjuang untuk rakyat.


Zainuddin Maidin bukan sahaja ditempelak di dalam negara malahan pernah ditempelak oleh rakan-rakan wartawan sendiri di luar negara kerana lagak bagaikan kadok naik junjung. Manusia bernama Zainuddin Maidin ini tergamak menggelarkan rakan-rakan wartawan dari Filipina dan Thailand sebagai ‘agents of Western media imperialists’, tidak cukup dengan itu menganggap Thailand dan Filipina sebagai 'negara tahi'. Inilah yang diucapkan oleh Zainuddin Maidin semasa merasmikan satu forum anjuran NUJ Cawangan Utusan. Protes besar-besaran dibuat oleh The Southeast Asian Press Association (Seapa) terhadap kenyataan Zainuddin Maidin tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut lebih merupakan kebodohan sendiri demi mempertahankan kredibiliti Mahathir yang jadi PM ketika itu sudah pun teruk di mata masyarakat antarabangsa.


Zainuddin Maidin juga pernah diprotes oleh Kedutaan Indonesia di negara ini akibat bahasa kurang ajarnya terhadap rakyat negara itu dengan menulis ungkapan “rakyat Malaysia sedang menyuapkan nasi ke mulut berjuta rakyat Indonesia” di dalam Utusan Malaysia. Saudara Fachry Sulaiman iaitu Sekretaris Ketiga, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur ketika itu dengan nada sayu, sedih dan kecewa menyifatkan kata-kata Zainuddin Maidin itu sebagai “kalimat tersebut tidak benar kerana rakyat Indonesia tidak meminta sedekah tetapi bekerja menjual tenaganya yang memang sangat diperlukan oleh berbagai pihak untuk mempercepatkan pembangunan di Malaysia”.



Begitulah serba sedikit perangai dan watak Zainuddin Maidin yang kita perlu sedari dan faham. Beliau seoarang manusia munafik. Tuduhan beliau terhadap PAS yang PAS memohon perkenan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk ‘merampas’ harta-harta orang Cina dan PAS bertindak menyokong Indonesia untuk mengambil Malaysia ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia meletus adalah satu pembohongan dan cuba direkacipta (seperti saya dedahkan di atas) olehnya bagi kepentingan beliau sendiri yang masih berminat dan menaruh harapan untuk kembali berfungsi dalam UMNO dan juga dalam kerajaan khususnya di negeri Kedah yang menghadapi krisis dalam yang teruk. Beliau memerhati situasi tersebut dengan rapi dan beliau percaya terdapat ruang yang membolehkan beliau menyelitkan dirinya kembali dalam UMNO Kedah dan di peringkat nasional.