Sunday 4 October 2015

WARKAH BUAT TUN MAHATHIR!!!




by Najmi Hassan
Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?
Assalamualaikum Tun Mahathir,
1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.
2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.
4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.
5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.
3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”
4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.
5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.
6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.
7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.
8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.
10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.
11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.
12. Masa untuk muhasabah diri.
Insan kerdil di ceruk kampung,
‪#‎najmi‬ hassan

3 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa Tun sebenarnya Pengerusi Perkim Kebangsaan satu jawatan yang amat mulia tapi saying Tun tidak memberi apa2 respon hanya sekadar menghadiri musyuarat agung yang diadakan setahun sekali selebihnya tak ada apa yang Tun lakukan. Tolong Tun Perkim sangat2 memerlukan perhatian dari Tun. Aminnnn.

Labu8455 said...

Siapa dia binatang yang komen pasal Tun ni ?

Anonymous said...

Tun bnyak jasa...tabik pd beliau..
Tapi tun juga bnyk dosa...laknat atas beliau..
Selagi impian dia tak tercapai, selagi bernyawa dia akan menyalak sehingga runtuh bukit tersebut.Sapa tak kenal sikap tun klu bab nak kondem atau memusnahkan karektor seseorg.
Cuma nak tanya balik dgn tun...berbaloi ker!!!????
Mungkin berbaloi bagi tun, anak2 dan kroni2 tun tapi tak berbaloi dgn negara, bangsa dan agama.
Tak ada cara lain ker menyalak, mengata, memfitnah hanya krn kuasa dunia????
Kenapa tak tggu pemilihan parti atau mendakwa saja di mahkamah krn tun dan penjilat2 pelir tun kata dh cukup bukti segala kemungkaran.Jadi..dakwa jer lah dpd tun jadi pgganti pelakon lucah video besi yg menyalak hingga ke sg buluh.
Sebagai majoriti rakyat malaysia...1mdb dan rm2.6b hanya alasan tun sedangkan tun lebih teruk dpd itu selama 22 tahun.Tuduhan tun membazir wang rakyat melebihi rm100b bersamaan lbh rm200b nilai sekrg tak pernah tun berani bersuara apatah lagi menyaman mrk.Siap terbit buku mengenainya oleh penulis mat saleh ttg kebangsatan tun mentadbir dan melayan syarikat anak2 dan kroni2 tun.Kenapa tak saman???!!!Si khairudin aka si bgkrap jadi kaya sbg anjeng tun...sapa yg tolong!????
Tiada sapa yg sggup jadi pm atau presiden hanya atas nama dan segala urusan perlu mendapat kelulusan tun...boneka!!!Mcm amerika yg jadi boneka yahudi zionis.
Spt paklah yg disabotaj oleh tun sebaik projek jambatan sebengkok hidung tun dibatalkan...begitu juga najib atau mana2 pm yg dilantik oleh rakyat akan disabotaj oleh tun jika impian tun n kroni dimusnahkan.Semua tahu, sejak najib dan kabinetnya turut membatalkan projek tersebut..sejak itu tun jadi anjeng gila menyalak tak henti2 memburukkan najib dan keluarganya.Seolah2 tun tak sanggup mati tanpa melihat impian tun tu dilaksanakan.
Tun...tanya balik dgn diri tun.Selama 22tahun apa kemajuan yg tun telah lakukan di negeri2 miskin di malaysia.Brapa kali tun dtg jenguk mereka???Tun hanya nak dpt nama sbg pembina dan arkitek tapi negeri2 miskin terus miskin tanpa jln raya, elektrik dsbnya.Tenguklah skrg, negeri2 spt sabah/swk akan ada lebuhraya mgganti jlnraya buruk setelah 50 tahun berada dlm malaysia.Sebenrnya tun tak pernah peduli sgt pon pgundi2 setia tun krn leka diagung sbg bapa arkitek negara.Udah2 lah tun...hanya kuasa dunia tun memusnahkan reputasi tun yg selama ini ada yg rakyat tak tahu.Yg bongkar...kwn danblawan tun selama 22 tahun!!!!