Sunday, 18 October 2015

WALAU ATAS ALASAN APA PUN,TMJ TELAH MELAKUKAN KESALAHAN AKTA HASUTAN!!!


TMJ beri amaran Johor boleh keluar 
Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi.

Perjanjian apa yang telah kerajaan persekutuan tidak patuhi???

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.

Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu."Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor. 




"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor."Bertahun kita hidup aman dan bebas."Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. "Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "
Jun lalu, adindanya Tunku Idris Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.Tunku Idris juga tidak terkecuali mengkritik Putrajaya selain bapanya Sultan Johor yang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara dan penyusutan nilai ringgit.
Beberapa bulan lalu, Tunku Ismail turut dibidas dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ekoran mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak muncul dalam program Nothing2Hide.
Beliau juga pernah menegur Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mengatakan hubungan antara perdana menteri dan Istana Johor baik.Tunku Ismail berkata Puad tidak seharusnya membuat kenyataan jika tidak mengetahui keadaan sebenar-the malaysianinsider.
WALAU APA PUN ALASANNYA TMJ TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN! ALASANNYA YANG MENYATAKAN LEBIH MENGUTAMAKAN RAKYAT JOHOR ADALAH ALASAN YANG AGAK LONGGAR.NANTI ORANG LAIN YANG MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN AKAN BERIKAN ALASAN YANG SAMA IAITU LEBIH MENGUTAMAKAN RAKYAT MALAYSIA.ITU SEMUA HANYA ALASAN.YANG PASTI KESALAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN TELAH PUN BERLAKU!
SEPERTI ORANG MEROMPAKLAH,BERMACAM ALASAN AKAN DIBERIKAN.HIDUP SUSAHLAH,ANAK DAH TIGA HARI TAK MAKANLAH,HUTANG BANYAKLAH DAN PELBAGAI LAGI.NAMUN MEROMPAK TETAPLAH MEROMPAK DAN IANYA DAH PUNTERJADI.
TIADA RIBUT TIADA PETIR TIADA AWAN HITAM TIBA-TIBA HUJAN PUN TURUN.APA PASAL INI SEMUA BOLEH TIMBUL  WAKTU INI?APA HAL?KERAJAAN PERSEKUTUAN SUDAH LANGGAR PERJANJIAN YANG MANA SATU?KALAU LANGGAR DAH TENTU MAJLIS RAJA-RAJA AKAN MEMPERSOALKANNYA!
ATAU TMJ SENGAJA BUAT ITU SEMUA UNTUK MENGETAHUI SOKONGAN RAKYAT JOHOR TERHADAP KENYATAANNYA ITU.KALAU ITU NIATNYA DIA TELAH BERMAIN API.PATUTLAH FRASA "BANGSA JOHOR" MENJADI SIULAN SEPANJANG MASA.
KEADAAN INI AMAT BERBAHAYA KEPADA GAGASAN PERSEKUTUAN YANG TELAH SEKIAN LAMA TERPAKAI DI MALAYSIA INI.INI AKAN MENCETUSKAN RASA TAK SELESA RAKYAT NEGERI LAIN YANG CINTAKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU INI.
TAK  BOLEH NAK BAYANGKAN KALAU KENYATAAN SEBEGINI KELUAR DARI MULUT RAKYAT BIASA YANG MARHAEN.SUDAH PASTI TINDAKAN SEGERA AKAN DIAMBIL.TAPI APAKAN DAYA,IANYA KELUAR DARI MULUT ANAK MUDA YANG DITATANG ATAS DULANG EMAS!

2 comments:

Anonymous said...

..dalam ada umat melayu yang mempertahankan sistem demokrasi berparlimen raja berpelembagaan.. ada pulak anak raja yang mahu sistem monarki penuh atau sedia untuk mempunyai PM sendiri?
mungkin anak raja ini tertipu dengan sokongan ramai ke atas pasukan bolanya dengan sokongan terhadap sistem monarki negerinya.. betapa sebenarnya ramai je anak muda yang mahukan sistem republik.. dan perkara ini mungkin tidak pernah terlintas di benak anak raja ini..
semoleknya tugas terhadap negeri tersebut ditafsirkan sebagai memahami tatacara atau selok belok pemerintahan, kerana kelak akan menjadi raja di negeri kan, insyallah..
apakah anak raja negeri lain tidak mempunyai tanggung jawab ke atas rakyat negeri mereka..

Anonymous said...

Dia masih muda dan mgkin alpa tindak tanduknya bukan semua suka.Setakat team bola sepak..mgkinlah tapi klu jadi imam di masjid belum tentu lagi.Jadi jangan leka dan sentiasa bermuhasabah diri.