Friday 30 October 2015

MELAYU MURTAD KUATKAN DAP!!!







Ini kisah yang harus diketahui oleh setiap orang Melayu. Parti #DAPLAKNATULLAH bukan utk orang Melayu! Barangsiapa yg menyertainya maka orang itu adalah pengkhianat bangsa!


Sebarkan kisah ini.. kalau anda mahu. Terima kasih.
- - -

Mungkin ramai dikalangan anak muda Melayu hari ini tidak mengenali siapakah pemilik nama Othman Wok dalam lipatan sejarah Malaysia. Namanya tidak sehebat Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak mahupun Tun Dr Mahathir Mohamed. Namun percayalah, selepas anda membaca artikel ini, anda pasti akan sedar siapakah Othman Wok dan mahukah anda mengikut jejak langkahnya.

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura dan beliau adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya beliau merupakan seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu dimana kemudiannya beliau menjadi Timbalan Editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.

Kenapa nama beliau dikenang sebagai pengkhianat bangsa Melayu sehingga hari ini jika kita menilai latar belakangnya? Othman Wok adalah orang Melayu pertama berjaya menjadi Exco kerajaan PAP di Singapura dengan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Sebelum beliau berjaya meraih jawatan berkenaan, beliau adalah individu yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura menyokong PAP.

Peranan utama Othman Wok adalah untuk memastikan UMNO tewas di Singapura dengan cara memperdayakan orang-orang Melayu di Singapura agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina terutamanya PAP.

Beliau menyertai PAP hanya beberapa hari selepas tertubuhnya parti berkenaan pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada Raja-Raja Melayu. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan sebuah negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti Raja-Raja Melayu di dalam akhbar “Petir”, iaitu sebuah akhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP.

Pernah satu ketika iaitu pada awal 1970-an, Lee Kuan Yew selaku Perdana Menteri Singapura pada masa itu telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan perkuburan yang sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu telah membuktikan ketaatannya dengan menyokong penuh pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Beliau adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan beliau adalah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang-orang Melayu. Setiap kali beliau berceramah, beliau pastinya akan mengatakan yang Hak-Hak Keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau dilaporkan amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada dakwaan mengatakan yang beliau menulis skrip bagi temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana pada ketika itu Lee Kuan Yew dilihat menangis kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia.

Menurut dakwaan berkenaan semua itu dirancang Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Lee Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi.

Ini kerana Lee Kuan Yew awal-awal lagi telah melantik seorang Cina untuk menjaga Hal Ehwal Sosial dan individu ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Singapura. Selama 14 tahun beliau menjadi Menteri dengan menikmati hasil pengkhianatannya, pada tahun 1978, beliau akhirnya tidak lagi menjadi menteri kabinet Lee Kuan Yew.

Selepas pengunduran Othman Wok dari jawatannya, sehingga Pilihanraya Umum Singapura yang lalu, barulah ada anak Melayu yang berjaya menjadi menteri di Singapura, sesuatu yang cukup pelik bagi sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan “demokrasi keturunan”.

Hari ini Singapura wujud sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan sahaja yang mahu mengambil pengajaran di sebalik pengkhianatan Othman Wok ini. Ini bukan soal rasuah dan kronisme. Ini adalah soal mempertahankan legasi nenek moyang yang kita warisi sejak zaman berzaman lagi.

Di Malaysia hari ini, akibat penuh hawa nafsu politik, ramai dikalangan anak Melayu hari ini sanggup berpaling tadah menyokong sepenuhnya DAP yang sememangnya dikenali sebagai parti kembar bagi PAP di Singapura. Mungkin mereka tidak menyedari atau sengaja membodohkan diri dengan menganggap Singapura telah mengecapi kemajuan hasil pemisahan mereka dengan Malaysia.

Namun hakikat yang mereka perlu tahu, Singapura ataupun satu ketika dahulu dikenali sebagai Temasik, merupakan tanah Melayu yang dikuasai oleh Kesultanan Melayu Johor Lama sebelum bertindak memisahkan diri dari Malaysia hasil daripada kelicikan Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang serta dibantu oleh individu seperti Othman Wok.

Kini, ada diantaranya sudahpun mengikut jejak langkah yang ditinggalkan oleh Othman Wok. Malah ada diantara anak Melayu yang begitu gilakan kuasa, pangkat dan wang, sanggup menjualkan diri mereka menjalankan propaganda DAP demi memastikan DAP berkuasa di Malaysia hari ini. Tidak perlu menyebut nama mereka kerana kita cukup faham penglibatan mereka.

Jika perjuangan mempertahankan hak Melayu di Tanah Melayu sendiri di pertikaikan oleh orang Melayu itu sendiri, siapakah yang kalian fikir layak dan wajar berjuang bagi pihak kita disaat DAP semakin mencengkamkan kuasanya keatas kita selaku anak-anak Melayu?




2 comments:

Anonymous said...

Parti PAN adalah jelmaan Othman Wok...

Anonymous said...

orang Melayu gagal menilai musuh sebenar yang paling bahaya! Akal pendek membuatkan Melayu mudah tertipu!