Wednesday 28 October 2015

GURU HANYA MENGAJAR 2 JAM SEHARI!!!


Dakwa beliau, guru-guru dikerahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan tugas-tugas bertaraf perkeranian seperti mengisi kad laporan pelajar, memantau kedatangan pelajar dan juga mengisi data dalam sistem.
“Di Malaysia, guru-guru bukan sahaja diharapkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah ditugaskan menjalankan aktiviti kokurikulum, pembangunan profesional dan program penglibatan ibu-bapa.
“Peruntukan masa untuk aktiviti P&P di Malaysia hanyalah di antara 2.4 dan 2.9 jam di dalam bilik darjah. Kerja-kerja pentadbiran memakan masa guru-guru setinggi 30 peratus,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nurul Izzah turut mendakwa, golongan guru dibebankan dengan tugasan kerja setinggi 57 jam seminggu manakala Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memaksa guru-guru bersengkang mata untuk memasukkan data pelajar.
“Sistem pendidikan negara hanya boleh dipertingkatkan jika guru dapat kembali mengajar. Pendidikan yang baik sahajalah yang mampu memacu Malaysia mencapai sasaran untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

2 comments:

Anonymous said...

1. Fakta tidak lengkap. walaupun ada kebenaran di mana Guru dibebankan dengan kerja2 admin.
2. Jika itu isu, Apa Izzah dan PKR nak buat? Siapa akan jadi mangsa seterusnya hingga bakal huru hara negara dibuatnya? Nak demo? Nak datang London utk demo?
3. Tunjukkan apa perancangan PKR utk menjaga kebajikan guru dan menghapuskan kerjA2 ADMIN yg kini dibebankan atas guru?
4. Tahukah Izzah dan PKR, mak bapak kurang ajar yang selalu menghina Guru datangnya dari ahli PKR dan DAP?

Cikgu Kampong status PhD
Bukan Ahli UMNO, tapi penyokong PAS
Oxford UK.

Unknown said...

Perlu diingat guru2 bukan saja tugas mengajar tapi dari itu. Memantau kedatangan adalah tugas guru. Itulah masanya guru2 mendidik anak murid supaya patuh kepada kedatangan dan menepati masa supaya bila besar nanti ciri tersebut tersemat dalam hati sesaorang yang kedatangan dan mematuhi masa itu adalah sikap yg baik. Kalau cikgu juga tak mahu buat correction kertas kerja rumah dan peperiksaan siapa pulak yg nak buat, kerani ke. Memanglah classroom lesson tu ada kalanya 3-4 jam sahaja tapi kerja2 lain juga perlu. Kokurikulum juga perlu dan salah satu program pendidikan.