Sunday, 18 October 2015

SELAGI TAK JELAS DAN NYATA KEKAFIRANNYA,JANGAN DI TENTANG PEMIMPIN YANG MASIH BERSOLAT!!!


Alhamdulillah..
Senyum tak perlu kata apa-apa.


Ramai yang tidak tahu dalam diam PM Najib 
telah menjemput Imam Besar Masjidil Aqsa 
ke Seri Perdana dlm sebuah majlis ilmu pada 
malam Jumaat yg penuh barokah. Semoga 
Allah kekal merahmati dan melindungi bumi 
para Anbiya Palestin dan Malaysia bumi yang 
bertuah ini. Aamiin.


Alhamdulillah.Imam Besar Masjidil Aqsa bersama pada malam Jumaat yang mulia itu dalam program tazkirah, solat Maghrib dan Isyak di kediaman rasmi YAB PM, Seri Perdana. Tersentuh hati mendengar tazkirah beliau. Sedih dan sangat pilu mendengar kisah umat Islam yang ditindas dgn kejam oleh Regim Zionis, Israel hampir 70 tahun. Ya Allah bantulah mereka.


Antara intipati tazkirah dan perbualan beliau dgn YAB PM selepas itu, dapat  diringkaskan begini, beliau memuji YAB PM dan kerajaan Malaysia kerana berani menyatakan pendirian tentang Masjidil Aqsa dan kekejaman Israel kpd umat Islam di Palestin secara terbuka di PBB baru-baru ini. 


Sedangkan negara-negara Islam yang lain pun menyokong tetapi tidak berani secara terbuka. Kerajaan Malaysia dan Turki memang bagus dalam menyokong perjuangan umat Islam di Palestin, khususnya di Masjidil Aqsa katanya. Beliau akan sentiasa berdoa di Masjidil Aqsa untuk kesihatan YAB PM, kemakmuran Malaysia dan kesejahteraan rakyat Palestin.


Beliau memohon kita semua berdoa untuk pembebasan Masjidil Aqsa agar semua umat Islam juga rakyat Malaysia dapat berkunjung dgn lebih kerap ke sana. 



Beliau berkata, tiada yang mustahil di dunia ini sekiranya Allah SWT mengkehendakinya. Sama2lah kita berdoa dan menawarkan bantuan sedaya mungkin kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing.


Terima kasih buat YAB PM kerana sudi menjemput kami rakyat biasa dlm program ini. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kpd umat Islam utk terus bersatu.




Terbukti PM DSN begitu prihatin dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam di Palestin dan tidak membiarkan umat Islam yang ditindas oleh rejim Israel tanpa pembelaan....


Kata-kata PM DSN terhadap rejim Israel telah membuka mata seluruh umat Islam sejagat dan sudah pastinyalah rejim Israel sendiri berasa kebenaran apa yang dimaksudkan oleh PM DSN.



No comments: