Saturday, 24 October 2015

KERANA MAHATHIR LAH MELAYU UMNO JADI BODOH!!!


ORANG MELAYU RAMAI YANG BIJAK, TAPI TAKBOLEH MASUK UMNO – DR MAHATHIR



Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan 
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana 
menteri namun Umno menjadi penghalang kepada 
usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan 
pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran 
kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahan

kan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.


“Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno 
tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno 
pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk 
orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat 
tempat.

“Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di 
Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu 
yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya 
tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak 
boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

“Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi 
ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat 
jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir 
tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa 
nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya,” 
katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian 
minggu lalu.

Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh 
dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor 
yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari 
seluruh negara.

Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) 
dalam pilihan raya umum yang lalu juga bukanlah 
didorong kerana kepimpinan Najib sebaliknya 
pengundi parti itu takut kepada pemimpin Pakatan 
Rakyat (PR).

Katanya, pengundi BN bimbang jika Ketua 
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 
menerajui negara maka Ketua Parlimen DAP Lim 
Kit Siang akan dilantik menjadi timbalan perdana 
menteri.

“Orang yang sokong BN (dalam PRU13) hari itu 
bukan kerana BN, bukan kerana kepimpinan Datuk 
Seri Najib (tetapi) kerana takut kepada Anwar. 
Kalau (kemenangan) dapat (kepada) Anwar, dia 
(pengundi) nampak Kit Siang nanti mai sama, jadi 
timbalan perdana menteri lepas itu (menteri) dalam 
negeri, nanti orang kena tangkap, itu yang (mereka) 
tolak.

“Tapi kalau Azmin naik, dan Anwar masuk dalam 
(penjara), mungkin fikiran rakyat akan bertukar. 
(Mereka) tak takut pada Azmin, (mereka) takut Anwar. 
Anwar kalau dah masuk, (kena) kurung, takut kepada 
Anwar itu sudah hilang,” katanya merujuk kepada 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai konsep wasatiyyah 
(kesederhanaan) yang dipromosikan Najib, 
Dr Mahathir berkata Islam sendiri dilengkapi 
ciri itu namun tidak dipraktikkan umatnya.

Katanya, Al-Quran sendiri jelas menyeru umatnya 
agar melakukan pentadbiran yang baik, menerima 
keberadaan orang bukan Islam dan tidak memaksa 
golongan itu.

“Tetapi yang berlaku sekarang ialah penganut 
agama Islam ini keterlaluan, lebih daripada yang 
disuruh oleh agama. Benda yang dilarang agama 
pun mereka buat dengan nama agama.

“Umpamanya, dia bunuh orang Islam atas nama 
Islam. Itu tak kena. Itu bukan Islam.Jadi ini 
penyelewengan. Bukan agama itu tidak sederhana. 
Agama itu sudah pun sederhana, tak payah 
disederhanakan.

“Tuhan dah tunjuk kepada kita dalam Al-Quran, 
dalam hadis, kita adalah agama yang sederhana,
katanya.


Kalau setuju dengan dia, pandai! Kalau tak setuju, 
bodoh lah orang tu.Biasalah tu kan...



Tun M jugalah yang buang atau lenyek orang bijak 
seperti Tun Musa Hitam, DS Anwar Ibrahim dll yang 
masuk UMNO. Sekarang cakap putar belit pula.


Sekarang ni kenalah duduk atas tikar sembahyang 
bawak bertaubat la Tun.

Bertaubatlah sebelum terlambat.Kita tak tahu umur 
kita panjang ke pendek.Bertaubatlah. Dunia hanya 
permainan hidup, segala-galanya tak bawa mati..



ANAK-ANAK TUN M, AYAHANDA KAMU TUN M, 
PERLU DIJAGA, DI PERHATIKAN DAN DI PUJUK 
UNTUK BEREHAT DAN BERSANTAI DENGAN 
KELUARGA YANG TERSAYANG ...


KESIHATAN HARUS DIJAGA DAN DIMANAFAAT

KAN DENGAN BAIK ... USIA SUDAH LANJUT, 
ALHAMDULILLAH ... 


KURANGKANLAH BERCAKAP YANG PROVOKATIF, 

BERCAKAPLAH KALAU UNTUK KEBAIKAN YANG 
TIDAK MENGUNDANG KEMARAHAN RAKYAT DI 
LUAR SANA ... 


TERUS TERANG RAMAI YANG TIDAK SENANG 

HATI MENDENGAR, KALAU ADA ORANG-ORANG 
NAKAL YANG MEMPERSENDAKAN TUN M DAN 
MENYAMAKAN TUN M DENGAN LKS, HATI 
AKAN TERGURIS!!! 


DIIBARATKAN DALAM SEBUAH KELUARGA, TUN 

M ADALAH ATUK KITA ... TEMPAT KITA MINTA 
NASIHAT ...JADI IDOLA KITA DLL ...


TUN M DUDUK DI RUMAH DAN BEREHATLAH 

DENGAN TENANG,KALAU TUN M, MASIH MAHU 
BERINTERAKSI DENGAN MASYARAKAT, SEDIA
KAN RUANG, TEMPAT DAN MASA UNTUK 
RAKYAT MENZIARAHI TUN M, MUNGKIN 2 
MINGGU SEKALI, MELEPASKAN RINDU DENGAN 
RAKYAT DARI SELURUH MSIA ... TQVM.

3 comments:

Anonymous said...

Biar lah manusia yang di beri gelar Tun ni merepek dan merapu, dia beranggapan dia lah terbaik dan kerana dia lah Malaysia ni sampai ke tahap ini..sesiapa pun memerintah akan memajukan Negara dan memakmorkan Negara melainkan yang punya agenda sendiri, agenda untuk krooni kaya untuk bela dia orang yang tahu dia orang akan di tolak satu masa nanti..manusia yang bergelar tun ni dengki dengan PM sekarang, bukan apa sebab legacy tun ini akan di atasi oleh PM. Kalau PM lemah sama sama perbetulkan bukan untuk di kondem secara terbuka. PM pula sepatutnya dengar dan kaji nasihat orang tua tu..orang tua tu nak perhatian...tak senang duduk kalau satu hari tak dak keluaq berita pasai dia...cukup cukup lah dok memburukkan PM..lihat balik adakah hang sendiri perfect..

Anonymous said...

La Umno mmg bodoh pun..Tun ada ke xde.. xde beza pun,kerana ada pemimpin2 yg ego, tamak haloba.Menolong rakyat konon..Piiraaah..

Anonymous said...

Tun M sebenarnya adalah Pengeruai Kebangsaan Perkim tapi kita tak pernah dengaq dia menyebut hal2 yang berkaitan dengan Perkim dia lebih seronok menghentam DS Najib hari. Kebimbangan belaiu DS Najib akan mengatasi pepolariti beliau itu saja.