Saturday, 17 October 2015

PORTAL MALAYSIAKINI PORTAL AL MASEHI DAJJAL

TUTUP PORTAL MALAYSIAKINI DEMI KESELAMATAN NEGARA


Aku dah malas nak cakap tentang portal 
Fitnah nombor 1 Malaysia, MalaysiaKini. 
Sebelum PRU 2008 lagi mereka sudah 
membuat fitnah tanpa rasa takut kepada 
undang undang negara. 

Saban hari mereka menyiarkan berita yang 
menghasut rakyat Malaysia serta membiarkan 
komen komen berbaur hasutan dan negatif 
terhadap umat islam tanpa tapisan.

Kesannya, BN tewas 5 negeri didalam Pilihan 
Raya Umum tahun 2008. Dan sekarang, umat 
islam masih lagi menggesa Kerajaan Malaysia 
mengambil tindakan ke atas portal Malaysia
Kini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam 
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan 
berkata, portal propembangkang itu ibarat 
‘minyak’ yang bertindak menjadi ejen 
pemangkin membakar hati dan perasaan 
rakyat dengan memutarbelitkan isu.


“Kami amat kesal dengan Malaysiakini 
kerana banyak berita bersifat untuk 
membangkitkan kemarahan rakyat dan 
lebih membimbangkan mereka ini juga 
melaga-lagakan rakyat menggunakan 
pelbagai sentimen termasuk perkauman.

“Tidak salah untuk melaksanakan agenda 
mereka untuk menangkan parti mereka 
(pembangkang) dengan menyiarkan berita 
yang benar dan berfakta, tetapi yang dikesali 
adalah mereka menyiarkan laporan tidak 
jelas, memanipulasi serta memutarbelitkan 
isu sehingga membuatkan rakyat benci kepada 
negara, ini tidak boleh dimaafkan,” katanya 
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nadzim mendesak pihak 
berkuasa terutamanya Kementerian Dalam 
Ne­geri (KDN) bertindak segera dengan 
menyekat ataupun menggantung lesen 
portal berkenaan daripada terus meracuni 
minda rakyat dengan berita-berita palsu.

“Tindakan tegas itu juga boleh dijadikan 
pengajaran kepada pengamal media 
khususnya media sosial supaya mereka 
tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan 
berita yang mampu mendatangkan ancaman 
kepada perpaduan, keselamatan, keharmonian 
serta keamanan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta agar 
pihak berkuasa menyi­asat apakah matlamat 
sebenar portal ber­kenaan dan dalang yang 
membiayai mereka untuk berbuat demikian.

“Hasutan itu membuatkan kebencian rakyat 
semakin meluap, kalau mereka ini terus dibiar
kan negara boleh hancur.

“Sebagai contoh, berita yang mempromosikan 
demonstrasi jalanan, apakah kesan yang akan 
berlaku? Orang akan bergaduh, budak sekolah 
dan penuntut universiti akan terlibat, apa akan 
jadi? Adakah ini yang kita mahukan di negara ini? 
Mereka (Malaysiakini) berjaya, rakyat dapat 
apa,” ujarnya. - SUMBER

Perkara ini sudah berlarutan begitu lama. 
Kenapa Kerajaaan Malaysia khususnya SKMM 
dan KDN begitu takut untuk mengambil 
tindakan ? 

Mengapa tauke dan wartawan wartawan 
MalaysiaKini tidak ditahan dibawah Akta 
Hasutan ?

Apa istimewanya mereka ini sehingga mereka 
dibiarkan bebas dan membuat fitnah setiap 
hari ? Malah jika Kerajaan Malaysia betul betul 
ambil serius, sepatutnya sudah tahu yang 
mereka mendapat tajaan dana daripada NED 
dan Amerika Syarikat. 

Mereka sebenarnya mahu menggulingkan 
Kerajaan Malaysia. Inilah sebenarnya dalang 
kepada masalah negara. Menteri KDN, tolong 
ambil tindakan tegas kepada MalaysiaKini !-IRK.

No comments: