Saturday 31 October 2015

Isu 1MDB Digunakan Sebagai Senjata Menjatuhkan DS Najib!!!

2. Oleh kerana niat para pemimpin Umno tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, maka cara itu tidak digunakan, sebaliknya berselindung atas nama kepentingan parti, sebagai alasan diberikan mengkritik pengurusan 1MDB. Mereka lupa, DS Najib sebenarnya tidak mahu sebarang kemelut berlaku pada sesebuah syarikat di mana beliau merupakan penasihat. Para pemimpin yang mengkritik DS Najib terlupa, bahawa betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

3. Para pemimpin yang mengkritik 1MDB, diragui niat mereka, kerana, mengapa tidak sabar-sabar menunggu hasil siasatan terhadap syarikat tersebut, sedangkan Perdana Menteri telah akur dengan pandangan atau desakan berbagai pihak, sehingga beliau mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat, selain itu PAC Dewan Rakyat juga turut menyiasat.

4. Kepada para ahli Umno atau penyokong Umno, kena berfikir semula dan menghayati apa yang berlaku ,mengelilingi isu 1MDB yang dijadikan sebagai punching bag berbagai pihak untuk memburukkan imej Perdana Menteri. Juga diingatkan, bagaimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup bersengkokol dengan media asing seperti The New York Times, The Wall street Journal, Bloomberg serta Sarawak Reports dan banyak lagi, sedangkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau beranggapan, semua laporan media tersebut bertujuan jahat dan pariah.

5.Kita semua sebagai penyokong dan ahli Umno kena berfikir semula, disebalik apa beberapa pemimpin Umno menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mengkritik Perdana Menteri, sedangkan hingga setakat ini, belum terbukti apa-apa, bahawa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut telah kehilangan wang atau rugi. 

Sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, namun diberikan pinjaman sehingga 42ribu kali ganda modal berbayar sebenarnya satu pencapaian luarbiasa. Meskipun syarikat itu mempunyai liabilti sebanyak RM42bilion, akan tetapi mempunyai aset sebanyak RM52bilion. ertinya di atas kertas syarikat itu telah mendapat keuntungan dalam semua transaksinya. Bayangkan hanya bermodal RM1juta, namun dapat pulangan sebanyak RM10bilion dalam tempoh 6 tahun. Selain itu, impak adanya 1MDB, tarif letrik di negara ini bukan sahaja mampu membendung kenaikan tarif kerana perjanjian konsesi beberapa IPP, akan tetapi mampu untuk  menurunkan tarif letrik.

6. Pada akhir tahun ini, tindakan rasionalisasi 1MDB, bukan sahaja mampu melangsaikan seluruh hutang akan tetapi akan mendapat lebihan tunai. Perkara ini, yang terlupa oleh para pemimpin Umno tertentu, bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan, dan memperlukan masa tertentu untuk menyelesaikannya. 

Mereka terlupa, bahawa kuasa yang ada pada manusia hanya berusaha, berkerja dan bertawakal. Manusia tidak mempunyai kuasa kunfayaqun. Para pemimpin tertentu dalam Umno tersebut, bertindak, jika ada sesuatu masalah, maka seperti kilat, masalah itu diselesaikan.

7.Para pemimpin Umno tertentu yang kerap bercakap berkaitan 1MDB di mana-mana kesempatan, sebenarnya bertujuan memberi bebanan kepada DS Najib dan juga pengurusan 1MDB, selain itu, mereka juga mahu mengumpul persepsi negatif, bahawa isu 1MDB tidak akan terselesaikan.

8. Berbagai andaian dilontarkan berkaitan 1MDB, termasuklah, kononnya penurunan nilai ringgit terhadap USD Dollar impak kepada syarikat milik MOF tersebut, namun mereka terlupa mata wang negara lain juga menyusut terhadap dollar, sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai syarikat seperti 1MDB.

9. Sebenarnya tiada korelasi antara penurunan mata wang ringgit dengan 1MDB. Penurunan ringgit terhadap dollar amerika, hanya kerana menjunamnya harga minyak di pasaran dunia, selain persepsi lain, termasuk, impak kepada penerimaan yang kurang daripada minyak, maka negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

10. Sangkaan berbagai pihak tersebut, kononnya negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau mengurus, ditepis melalui Bajet 2016, apabila Perdana Menteri membentangkan bajet dengan lebihan RM7bilion berbanding bajet 2015, selain itu peruntukkan untuk pembangunan adalah RM51bilion berbanding RM40bilion pada Tahun 2015.

11. Sebenarnya, kalau ditelusuri pencapaian DS Najib sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 6 tahun, kalau dilihat daripada fakta angka, telah melepasi pencapaian PM2 terdahulu.

Itulah sebabnya mengapa PM tidak melatah dan meletak jawatan seperti yang diminta, dan menanggung malu atas sesuatu yang tidak pernah dilakukannya atas kapasiti kedudukan dan kepentingan peribadi.

1MDB dan 2.6bilion telah digunakan sewenang-wenangnya sebagai senjata untuk memusnahkan PM dan pencapaian beliau selama ini, baik daripada kalangan parti sendiri lebih-lebih lagi oleh pihak pembangkang.

Motif dan tembelang untuk menjatuhkan beliau ini nampaknya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit dengan sendirinya, dan kita tunggulah bagaimana pengakhiran episod ini nanti. Hanya kita perlu mengikuti dan memahami fakta sebenar supaya tidak terkeliru oleh permainan persepsi pihak-pihak yang memusuhi beliau.

Dalam pada itu kita kena berpegang pada prinsip yang salah itu tetap salah, yang benar tetap benar, demi keadilan.

KAKI FITNAH YANG TEGAR DAN BONGOK!!!








Siapa kata Rafizi bijak?

Dia kata projek 599 juta tetapi bagi 
kepada kroni umno RM8.2 bilion ..
pertambahan 13.7 kali ganda. ..

Setiap tender projek besar mesti ada 
BQ ..didalamnya ada rate dan quantity .


Contoh jika standard JKR rate bagi
turapan jalan adalah RM26 / m2...

Jika ikut FITNAH Rafizi akan jadi 
26X13.7 = RM356.20/ M2..

Bayangkanlah RM26 jadi RM356.

Mana mungkin SRRM tidak berminat 
untuk siasat jika begitu tinggi dia punya 
rate.

BONGOK RAFIZI!!! 

Jika nak fitnah pun biarlah nampak 
cerdik sikit. 

Patutlah Petronas tendang dia keluar!!!

TREND MASA KINI MENYERET PIHAK ISTANA UNTUK MEMIHAK KEPADA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN!!!

TOLAK BR1M ... MANSUHKAN GST
BR1M bukan untuk yang kaya dan tak kan terkesan dengan GST


Yang kurang berkemampuan dapat BR1M namun tak dapat membantu dengan adanya GST yang tak kenal miskin atau kaya!!!


Suara Rakyat


Terbaik Sultan Johor Darul Ta'zim... Daulat Tuanku !!!Terima kasih Tuanku kerana memahami kesusahan rakyat.

Terima kasih Tuanku kerana memahami kesusahan rakyat.
Menteri DAM awak di mana !!! Kamu MP Pontian, Johor.. Sedar tak atau FAHAM ke tak titah baginda Sultan Johor !!! MP BN-Pontian di Johor sudah MURKA sama Tuanku..


Adakah Menteri DAM berani mengatakan Tuanku tak paham GST sepertimana beliau mengatakan Tun Mahathir atau sesiapa saja yang menolak GST !!!
Alangkah baiknya jika Sultan-sultan atau Raja negeri lain mencontohinya. Menjunjung kasih Tuanku...
Alhamdulillah Admin bangga & bersyukur jd ‪#‎BangsaJohor‬ ..


Mudah-mudahan Kerajaan Johor boleh batalkan GST diNegeri Johor, jadi pemberian BR1M pun dibatalkan untuk rakyat Johor SAHAJA. Dari itu rakyat Johor yang kesempitan, Mintalah pada Kerajaan Negeri Johor, atau pada Pihak Istana Johor.

KERAJAAN TERUSKAN BEKERJA! BIARKAN PEMBANGKANG MELALAK SEBAB MEREKA MEMANG TAK ADA KERJA! PARLIMEN SENDIRI PUN TAK TERJAGA!!!

Janganlah mendengki iri hati bila kerajaan nak buat sesuatu yang boleh menaikkan nama negara kita sendiri. Perkara yang baik kita harus sokong..
Pembangkang pun akan cipta rekod dunia jugak... 
iaitu rel keretapi bertol yang pertama di dunia. 
tih tih tih..

UMNO Era Baru-ori
Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang berani mewujudkan hab kewangan Islam di dunia ini. Apakah kita tidak bangga dengan negara kita sendiri?

1MDB yg akan merealisasikan rancangan ini.. jadi demi kepentingan dunia perbankan Islam.Berhentilah menghentam 1MDB. Biarkanlah 1MDB laksanakan rencananya demi kebaikan sejagat.
Sistem kewangan dunia hari ini kesemuanya dikawal secara penuh oleh barat di mana tiada walau seorang pun daripada umat Islam mahupun negara Islam dapat menandingi apa yang dilakukan barat terutamanya Switzerland.
Hampir seluruh penduduk dunia mengakui bahawa sistem perbankan di Switzerland merupakan antara yang tercanggih dan paling hebat diciptakan oleh barat bagi menggalakkan semua jutawan dan bilionair menyimpan wang mereka ke Switzerland, dengan alasan keselamatan dan rahsia para pendeposit akan tersimpan rapi sepertimana wang-wang dan barang berharga mereka tersimpan.
Persoalannya kini, adakah wang mereka benar-benar selamat? Adakah simpanan mereka dapat diwarisi kepada pewaris andai pendeposit itu menemui ajal samada secara semulajadi ataupun hasil rampasan kuasa seperti apa yang dialami oleh Presiden Iraq, Saddam Hussein, Presiden Libya, Muaamar Gaddafi dan Presiden Tunisia, Zain el Abidin?
Seperti sedia maklum, Saddam Hussein sewaktu memerintah Iraq mempunyai aset bernilai ratusan bilion ringgit dimana aset berkenaan telah dicampurkan sekali dengan aset negara. Setelah beliau dibunuh oleh tentera Amerika sewaktu Perang Teluk kedua, semua aset negara dan beliau sendiri dibekukan oleh EU setelah mereka mengeluarkan dekri untuk melarang kerajaan Iraq menuntut aset berkenaan di Switzerland.
Begitu juga nasib yang menimpa Muamar Gaddafi selepas pembunuhan beliau di Libya. Semua aset beliau dan negara dibekukan dan Amerika menerusi proksinya hanya mengeluarkan aset berkenaan secara bulanan (ansuran) kepada kedua-dua buah negara ini dimana menurut EU dan Amerika, ia merupakan bantuan kemanusiaan daripada mereka, walhal itu merupakan aset Gaddafi dan Saddam yang disimpan di beberapa buah bank di Switzerland.
Hari ini, ramai jutawan-jutawan serta bilionair Islam dari negara-negara Arab berpusu-pusu menyimpan wang mereka ke hampir segenap bank yang ada di Switzerland kerana termakan dengan dakyah keselamatan dan kerahsiaan identiti. Mereka tidak menghiraukan jumlah cukai yang dikenakan malah jumlah faedah penyimpanan juga bukanlah isu pokok utama bagi jutawan dan bilionair Islam ini.
Dalam hal ini, 1MDB menyedari akan keperluan untuk mewujudkan hab kewangan Islam dengan menjadikan sebidang tanah milik syarikat berkenaan di Tun Razak Exchange sebagai lokasi yang dikenal pasti sebagai tempat berpotensi untuk dimajukan.
Tiada negara Islam di dunia ini berani melaksanakan hub kewangan Islam ini dan Malaysia menerusi 1MDB mengambil inisiatif untuk melakukannya buat kali pertama. Malah rancangan ini begitu dialu-alukan oleh ramai jutawan dan bilionair Islam kerana mereka menganggap, usaha Malaysia ini begitu baik kerana memperluaskan perbankan Islam menerusi hub kewangan berkenaan.
Berkonsepkan hampir sama yang diamalkan di Switzerland, apa yang dicadangkan Malaysia ini mempunyai kelainannya yang tersendiri ditambah pula dengan model kewangan Islam yang telah menjadi sebutan sejak sekian lama.

KAMU SIAPA???KOT CANTIK BANGAT????

Artis Cantik Indonesia!!!

Meskipun bukan tercantik menurut anda, namun artis indonesia di bawah ini cukuplah cantik menurut saya. dan semoga ini menjadi penyejuk mata kita semua hehe..

Aura Kasih
foto marshanda

Marshanda


nikita willy
Nikita Willy

Foto Artis Cantik bunga citra lestari
Bunga Citra Lestari

Foto Artis Cantik chelsea olivia
Chelsea Olivia

Foto Artis Cantik laudya cintya bella
Laudya Cintya Bella


Foto Artis Cantik ririn dwi ariyanti
Ririn Dwi Ariyanti


Foto Artis Cantik sherina
Sherina

Foto Artis Cantik sandra dewi
Sandra Dewi

Friday 30 October 2015

MELAYU MURTAD KUATKAN DAP!!!







Ini kisah yang harus diketahui oleh setiap orang Melayu. Parti #DAPLAKNATULLAH bukan utk orang Melayu! Barangsiapa yg menyertainya maka orang itu adalah pengkhianat bangsa!


Sebarkan kisah ini.. kalau anda mahu. Terima kasih.
- - -

Mungkin ramai dikalangan anak muda Melayu hari ini tidak mengenali siapakah pemilik nama Othman Wok dalam lipatan sejarah Malaysia. Namanya tidak sehebat Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak mahupun Tun Dr Mahathir Mohamed. Namun percayalah, selepas anda membaca artikel ini, anda pasti akan sedar siapakah Othman Wok dan mahukah anda mengikut jejak langkahnya.

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura dan beliau adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya beliau merupakan seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu dimana kemudiannya beliau menjadi Timbalan Editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.

Kenapa nama beliau dikenang sebagai pengkhianat bangsa Melayu sehingga hari ini jika kita menilai latar belakangnya? Othman Wok adalah orang Melayu pertama berjaya menjadi Exco kerajaan PAP di Singapura dengan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Sebelum beliau berjaya meraih jawatan berkenaan, beliau adalah individu yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura menyokong PAP.

Peranan utama Othman Wok adalah untuk memastikan UMNO tewas di Singapura dengan cara memperdayakan orang-orang Melayu di Singapura agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina terutamanya PAP.

Beliau menyertai PAP hanya beberapa hari selepas tertubuhnya parti berkenaan pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada Raja-Raja Melayu. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan sebuah negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti Raja-Raja Melayu di dalam akhbar “Petir”, iaitu sebuah akhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP.

Pernah satu ketika iaitu pada awal 1970-an, Lee Kuan Yew selaku Perdana Menteri Singapura pada masa itu telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan perkuburan yang sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu telah membuktikan ketaatannya dengan menyokong penuh pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Beliau adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan beliau adalah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang-orang Melayu. Setiap kali beliau berceramah, beliau pastinya akan mengatakan yang Hak-Hak Keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau dilaporkan amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada dakwaan mengatakan yang beliau menulis skrip bagi temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana pada ketika itu Lee Kuan Yew dilihat menangis kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia.

Menurut dakwaan berkenaan semua itu dirancang Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Lee Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi.

Ini kerana Lee Kuan Yew awal-awal lagi telah melantik seorang Cina untuk menjaga Hal Ehwal Sosial dan individu ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Singapura. Selama 14 tahun beliau menjadi Menteri dengan menikmati hasil pengkhianatannya, pada tahun 1978, beliau akhirnya tidak lagi menjadi menteri kabinet Lee Kuan Yew.

Selepas pengunduran Othman Wok dari jawatannya, sehingga Pilihanraya Umum Singapura yang lalu, barulah ada anak Melayu yang berjaya menjadi menteri di Singapura, sesuatu yang cukup pelik bagi sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan “demokrasi keturunan”.

Hari ini Singapura wujud sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan sahaja yang mahu mengambil pengajaran di sebalik pengkhianatan Othman Wok ini. Ini bukan soal rasuah dan kronisme. Ini adalah soal mempertahankan legasi nenek moyang yang kita warisi sejak zaman berzaman lagi.

Di Malaysia hari ini, akibat penuh hawa nafsu politik, ramai dikalangan anak Melayu hari ini sanggup berpaling tadah menyokong sepenuhnya DAP yang sememangnya dikenali sebagai parti kembar bagi PAP di Singapura. Mungkin mereka tidak menyedari atau sengaja membodohkan diri dengan menganggap Singapura telah mengecapi kemajuan hasil pemisahan mereka dengan Malaysia.

Namun hakikat yang mereka perlu tahu, Singapura ataupun satu ketika dahulu dikenali sebagai Temasik, merupakan tanah Melayu yang dikuasai oleh Kesultanan Melayu Johor Lama sebelum bertindak memisahkan diri dari Malaysia hasil daripada kelicikan Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang serta dibantu oleh individu seperti Othman Wok.

Kini, ada diantaranya sudahpun mengikut jejak langkah yang ditinggalkan oleh Othman Wok. Malah ada diantara anak Melayu yang begitu gilakan kuasa, pangkat dan wang, sanggup menjualkan diri mereka menjalankan propaganda DAP demi memastikan DAP berkuasa di Malaysia hari ini. Tidak perlu menyebut nama mereka kerana kita cukup faham penglibatan mereka.

Jika perjuangan mempertahankan hak Melayu di Tanah Melayu sendiri di pertikaikan oleh orang Melayu itu sendiri, siapakah yang kalian fikir layak dan wajar berjuang bagi pihak kita disaat DAP semakin mencengkamkan kuasanya keatas kita selaku anak-anak Melayu?




PAKATAN BAS EKSPRESS!!!


TUAN GURU HAJI HADI BILANG PAKATAN 
HARAPAN TU PAKATAN BAS EKSPRESS!!!
APAKAH BENAR???

MEMANG BENAR!!!!!



Mat Sabu beli lori terpakai...
Driver dia pun mesti sempudal.
Drivernya dah tentu macai 
PRngok.


BERHATI MULIA PUN ORANG KUTUK DAN TOHMAH JUGAK!!!


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia 
pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa 
yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.” (HR Baihaqi)



"Saya mohon maaf kerana fitnah Ds Najib Tun Razak "
Najib - saya maafkan walaupun perbuatan kamu fitnah saya beri nama buruk kepada UMNO dan kerajaan "
Bekas menteri besar pakatan rakyat Perak DS nizar 
Adun Cangkat Jering juga pemimpin tertinggi parti amanah rakyat memohon maaf kepada PM DS Najib 
atas perbuatan fitnah jenayah yang beliau lakukan memburukkan nama PM dengan perkara tidak benar 
dan fitnah di mahkamah sebentar tadi.

Buktinya Allah Maha Besar.Siapa benar dan siapa salah.Harap rakyat buka mata.

Mulianya hati Ds Najib, Allah lihat hati kita, bukan luaran.Oleh itu jagalah hati kita, jangan buruk 
sangka!

Apa macam hebat tak PM  kite ni?Hati lapang walau
pun difitnah masih mampu tersenyum..


Najib terbaikkkk...


Seorang yang hatinya mulia akan sentiasa berhati 
mulia sampai bila-bila..hati mulia begini pun orang 
lain fitnah bukan-bukan kepada PM Najib.Lain-lain perdana menteri sebelumnya ado?Pembangkang 
boleh maafkan macam PM Najib?Lagi menghentam,mengherdik adolah!!!

Ini membuktikan di mana pembangkang hanya 
mampu duduk di kerusi-kerusi perlimen dan Dun hanyalah kerana bermodalkan fitnah yang ditabur
kan mereka...puiiiii!!!!

SELUAR DALAM "SOTONG KERING"PUN JADI ISU BESAR!!!KEHKEHKEH!!!




Lucu, Komen Netizen Berkenaan ‘Sehelai Spender’ Rita Rudaini.


Jika diikutkan, sejak dari 2012 lagi kisah persengketaan antara mereka ini sudah menjadi muka depan yang disiarkan di pelbagai portal dan media akhbar.
Dari perkara yang membabitkan hak penjagaan anak, gangguan daripada bekas isteri, tuntutan pampasan perkahwinan, sehinggalah sedalam-dalam perkara sulit rumah tangga yang sepatutnya bagi kami tidak perlulah diperhebohkan.
Apa lagi kalau bukan isu ‘sehelai spender‘ seperti mana kata-kata pelakon Mami Jarum Junior itu yang dipetik di laman Instagramnya dalam membalas tomahan Aidil Zafuan sebelum ini yang menyifatkan Rita hanya ingin duit daripadanya.

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini.


“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli,” tulis Rita Rudaini sebelum ini.
Sebagai penyeri hari anda, dibawakan komen lucu yang diberikan netizen berkenaan perkara terbabit seperti mana yang diambil daripada ruangan komen di laman Facebook kami.
1
“Walaupun Aidil tak pernah tolong beli spender untuk dia, tapi yang pasti mesti Aidil pernah tolong bukak spender dia…” – tulis Khairul Efendi.
Pengguna akaun Facebook Odey Tiki Taka cuba ‘meneka’ apa yang Aidil mahukan sebenarnya..
2
“Aidil memang kahwin dengan Rita bukan nak belikan Rita spender…yang Aidil nak yang dalam spender Rita je.. Hee,” tulisnya.
Manakala Zamri Hashim cuba memberikan peringatan agar untuk berwaspada kepada lelaki-lelaki yang ingin mencari pasangan hidup.
3
“Pompuan jenis memang tak boleh ambik buat bini, sebab kalau dah gadus macam-macam yang dalam dia kasi cerita,” ujarnya.
Pengguna nama akaun Shazzy Mazzy Moo pula menyifatkan rentetan pergaduhan kedua pasangan ini sebagai bahan hiburan.
4
“Jadi bahan lawak plak diorang ni, bagus-bagus...keep on entertaining us,” tulisnya.
Muammar Kikin pula menyifatkan yang mana seluar dalam Rita Rudaini mungkin harganya mencecah ratusan ringgit, sehingga tidak mampu dibeli oleh Aidil.
6
“Bhahahahaha… spender Rita selai harga beratuss ringgit, memang Aidil kene fikir 2-3 kali nak beli, Aidil sendiri pon agak eh pakai spender beli longok kat pasar malam…bahahahahha…,” tulisnya.
Bak kata Herman Rakey pula, mungkin akan ada syarikat yang ingin menjadi sponsorkepada pakaian dalam Rita Rudaini pula…
7
“Mungkin lepas ni banyak la syarikat atau individu yang berminat untuk sponsor atau jadi penaja spender untuk Rita..,” tulis Herman.
Manakala Khairul Hafiizh pula menyifatkan golongan lelaki memang hebat dalam membuka pakaian dalam wanita, namun sebaliknya pula jika untuk mengenakan kembali, apatah lagi membeli.
8
“Orang laki ni kalo bab bukak spender memang hebat, nak tolong pakai kan balik belum tentu. Inikan pulak nak belikan..,” tulisnya.
Manakala pilihan terakhir kami ialah daripada Nik Akhbar Hafidz, dia memberitahu akan dirinya sendiri tidak pernah membelikan seluar dalam untuk isterinya dan isterinya tidak pernah membelikan untuknya.
5
“Rasanya aku tak pernah beli spender untuk bini aku dan bini aku pon tak pernah belispender untuk aku…over romantic Rita nih….,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Thursday 29 October 2015

TUN M: ANTARA JASA DAN KENANG JASA!!!






Tun M memang banyak jasa.Malangnya di hujung 
usianya dia sanggup mencemar namanya sendiri 
demi desakan dan kepentingan taiko cina. 


Dia sanggup berbalah dan berkelahi dengan 
pemimpin pemerintah! Hanya kerana DS Najib 
tidak sambung kontrak IPP YTL untuk 25 tahun 
lagi malah bagi pulak kepada 1MDB. 


Maka 1MDB di serang bertubi-tubi dengan harapan 
Najib akan jatuh!


Taiko cina memang tak suka PM yang tak memihak 
kepada kepentingan mereka! Hanya Tun M aje yang 
melayan kehendak mereka yang suka untung atas 
angin melalui dasar pengswastaan! kesian Tun M.