Friday, 23 October 2015

PERISTIWA BAJET 2010 BAKAL BERULANG KEMBALI! TIKUS PEMBANGKANG MEMBAIKI LABU!!


Singkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 2016 
adalah langkah yang akan dilakukan pembangkang 
kerana usul undi tidak percaya sukar dilaksanakan.


Itulah yang barangkali dikatakan pembangkang 
sebelum ini bahawa ada cara lain selain usul undi 
tidak percara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ini konvensyen dalam Parlimen. Mereka 
(pembangkang) pun tahu. Kalau bajet tidak lulus 
itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti 
pemerintah. 


Bajet tanpa kelulusan, kerajaan, dana 
kewangan 
tidak dapat dibelanjakan..


Tindakan ini pernah dilakukan 
pembangkang 
pada Bajet 2010 apabila usaha mereka mahu 
menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang 
dengan memujuk beberapa ahli parlimen BN 
lompat parti gagal.


Untuk rekod, pada bajet tersebut, selepas 
pengundian belah bahagi, bajet bagi Kementerian 
Dalam Negeri (KDN), keputusannya 64 suara 
menyokong manakala 63 menolak.


Drama lewat malam itu menyaksikan bajet hanya 
lulus dengan kelebihan satu undi dan yang 
menariknya, Najib dan timbalannya ketika itu, 
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat 
malam bagi memastikan undi BN mengatasi 
undi pembangkang.


Tindakan pembangkang 
mengemukakan usul undi 

tidak percaya kepada Perdana Menteri yang mahu 
dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan 
Azizah Wan Ismail memberikan gambaran seolah-olah 
mereka tidak faham.


Kita berdepan satu kumpulan pembangkang 
pusing-memusing, putar-memutar peraturan 
ikut keperluan masing-masing, akan memutar
kan segala keadaan.


Itu juga hanya cerita politik 
pembangkang selain 

tidak faham peraturan mesyuarat.


Sementara itu, jika benar pembangkang mahu 
menyingkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 
2016 yang akan dibentang Najib Jumaat ini, 
ia sebenarnya akan menguji kesetiaan dan 
integriti beberapa ahli parlimen BN yang diuar
-uarkan akan menyokong tindakan pembangkang.


Antara nama yang dikaitkan adalah Muhyiddin, 
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal 
dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh 
Hamzah.


Selain nama-nama tersebut, pembangkang juga 
membayangkan beberapa lagi ahli parlimen BN 
akan menyokong mereka dengan bertindak tidak 
hadir ketika pengundian bagi meluluskan bajet 
berkenaan.


Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang 
Patah Lim Kit Siang sebelum ini meminta sokongan 
sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk 
usul undi tidak percaya-1malaysia.


Besar kemungkinan, pembangkang juga berharap 
sokongan sama bagi penyingkiran Najib melalui 
Bajet 2016. 

No comments: