Wednesday 14 October 2015

Akhirnya Putar Belit Mahathir Terdedah!!!


Kelmarin, bertempat di Wisma Yayasan di Putrajaya, Tun Dr Mahathir bersama “pasukannya” mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk menghentam perlaksanaan SOSMA yang dikenakan terhadap dua orang pengikut setianya, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang.

Secara bertubi-tubi beliau menyerang dan mempersoalkan kewajaran penahan dua individu berkenaan. Di samping itu juga beliau dilihat membangkitkan beberapa isu lama yang mengaitkan salah laku yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Semua ini dilakukan semata-mata mewajarkan tindakan untuk menggulingkan kerajaan yang ada pada hari ini.



download (13)












Namun Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali mendedahkan pembohongan yang dilakukan Tun M bersama pasukannya kelmarin. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan penahanan Khairuddin dan Mathias bukanlah dibawah Akta SOSMA tetapi dibawah Akta Kanun Keseksaan kerana cuba mensabotaj perbankan dan sistem kewangan Malaysia.

Sebagai rujukan, pada Isnin, 12 Oktober 2015, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang didakwa mengikut seksyen 124L Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cuba mensabotaj perbankan dan sistem kewangan Malaysia.

Tindakan itu telah dipersoalkan oleh segelintir pihak tertentu, termasuk dalam artikel yang disiarkan dalam The Star pada 12 Oktober 2015, bertajuk ‘Pasukan Dr M, Ku Li bangkit menentang penahanan pengkritik 1MDB di bawah SOSMA,’ sebagai satu penyalahgunaan kuasa kerajaan.


download (14)









Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa kedua-dua Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang didakwa mengikut seksyen 124L, Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jabatan Peguam Negara selanjutnya menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah undang-undang berprosedur yang mengandungi langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan ‘kesalahan keselamatan’. Takrif ‘kesalahan keselamatan’ menjelaskan bahawa SOSMA tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

‘Kesalahan keselamatan’ yang terpakai dalam akta ini adalah mereka yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada SOSMA. Apabila SOSMA telah digubal, ‘kesalahan keselamatan’ yang disenaraikan adalah kesalahan di bawah Bahagian VII Kanun Keseksaan (Kesalahan-kesalahan terhadap Negeri) dan Bahagian VIA Kanun Keseksaan (Kesalahan yang berkaitan dengan keganasan).





download (15)











Pada tahun 2014, senarai itu diperluaskan kepada Bahagian VIB Kanun Keseksaan (Jenayah Dianjurkan) dan juga kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Senarai ini telah diperluaskan lagi pada bulan Jun 2015 untuk memasukkan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan dalam Akta Negara Asing 2015.

Seksyen 124L, Kanun Keseksaan adalah satu kesalahan di bawah Bab VI, Kanun Keseksaan. Ia adalah salah satu daripada tujuh kesalahan baru yang diperkenalkan ke dalam Bab VI, Kanun Keseksaan pada tahun 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Oleh itu,’kesalahan keselamatan’ terpakai oleh SOSMA.

Tujuh kesalahan baru iaitu:

1. Aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen (Seksyen 124B)
2. Cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen (Seksyen 124C)
3. Penyebaran maklumat (Seksyen 124H)
4. Sabotaj (Seksyen 124k)
5. Cubaan melakukan sabotaj (Seksyen 124L)
6. Pengintipan (Seksyen 124M)
7. Cubaan melakukan pengintipan (Seksyen 124N).


Kesalahan-kesalahan ini adalah tambahan kepada enakmen semula dengan pengubahsuaian kesalahan tertentu yang digunakan untuk berada di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu seksyen baru 124D, 124E, 124F, 124G, 124L dan 124J. Penjelasan di atas boleh dilihat dalam Penyata Penjelasan kepada Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012.



download (16)











Seksyen 124L, Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa ‘ Barangsiapa yang terlibat untuk melakukan sabotaj atau apa-apa persediaan berkaitan dengannya akan dikenakan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun’.

Dalam hal ini, seksyen 130A, Kanun Keseksaan mentakrifkan istilah ‘sabotaj’ bermaksud sesuatu perbuatan atau peninggalan dengan niat hendak menyebabkan bahaya, antara lain, untuk penyenggaraan ‘perkhidmatan penting’ manakala istilah ‘perkhidmatan penting’ ditakrifkan termasuklah perbankan dan perkhidmatan kewangan.

Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah diguna pakai dalam kes Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang mengelirukan, mengenai peruntukan yang berkaitan undang-undang.

Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak bebas untuk mendedahkan apa-apa fakta yang berkaitan dengan kes-kes mereka selagi perkara ini belum selesai di mahkamah.


images (14)












Menerusi penerangan panjang lebar yang dilakukan oleh Peguam Negara ini, jelas menunjukkan Khairuddin dan Mathias bukan didakwa dibawah Akta SOSMA seperti didakwa oleh Tun M bersama pasukannya. Sebaliknya ia adalah kanun keseksaan yang mebawa hukuman penjara sehingga 15 tahun andai didapati bersalah.

Amat menghairankan, bagaimana pentaksub Tun M ini boleh menerima bulat-bulat kenyataan Tun M tanpa merujuk undang-undang yang sedia ada. Mereka sehingga hari ini mempertikaikan penahan berkenaan seperti undang-undang tidak boleh dikenakan keatas mereka. 

Dalam kata lain, baik Tun M mahupun pengikutnya, mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang, sama seperti para penyokong Pakatan Harapan.

2 comments:

Boleh dapat balik wang 1MDB? said...

Majlis Raja Raja suruh siasat wang yang hilang di1MDB dan ambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.

AG dakwa Khairudin ni boleh dapatkan wang yang hilang?

Mereka kah yang bertanggung jawab tentang kehilangan wang beribu juta yang dimaksudkan oleh Majlis Raja Raja?

Anonymous said...

sudah bekali-kaLi rasanya diterangkan tentang wang yang dimaksudkan anom 11;32...NAMUN ITULAH KALAU HATI PENUH HITAM DENDAM KESUMAT...akhirnya apapun penjelasan phak yg dituduh dilempar jauh-jauh