HA!HA!HA!!! MENTALITI MELAYU PRONGOK DAN LALANG... ASAL TOL NAIK JE SALAHKAN KERAJAAN..
BIKIN PANAS KASI PANAS
UNTUK MENGHALANG PEMEGANG KONSESI MENAIKKAN BAYARAN TOL, KERAJAAN TERPAKSA MEMBAYAR PAMPASAN SEBANYAK RM 1.08 BILION.
BERMAKNA KERAJAAN TERPAKSA GUNA DUIT PEMBAYAR CUKAI UNTUK BAYAR PAMPASAN TERSEBUT.
INI TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT KERANA YANG GUNA LEBUH RAYA TERSEBUT HANYALAH MEREKA YANG TINGGAL SEKITAR LEMBAH KELANG DAN NEGERI SELANGOR!
MEREKA YANG SERONOK-SERONOK GUNA LEBUH RAYA YANG TERBABIT SENANG-SENANG NAK SURUH RAKYAT LAIN BAYARKAN UNTUK MEREKA!SEDANG KAN RAKYAT LAIN TAK LALU PUN KAT LEBUH RAYA TERBABIT.
JADI KALAU NAK GUNA LEBUH RAYA TERBABIT BERSEDIALAH BAYAR TOL.KALAU BERDEGIL TAK NAK BAYAR JALAN KAKI AJE LAGI BAIK.ATAUPUN GUNA MOTOSIKAL SAJA.
ATAU GUNAKAN AJE JALAN YANG TAK BERTOL.
JANJI JANGAN SURUH ORANG LAIN BAYARKAN UNTUK KAU ORANG.
PERGI BUAT BANTAHAN DAN BERGULING-GULING KAT DEPAN PEJABAT KONSESI TOL YANG TERBABIT.BUKAN TAK BIASA BERGULING-GULING ATAS JALAN RAYA NIH!!!
KENAIKAN TOL SATU KEBIJAKSANAAN EKONOMI DAN POLITIK
Oleh Ab Jalil Backer
Keputusan kerajaan tidak membayar pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang adalah satu kebijaksanaan pengurusan ekonomi dan politik.
Kerajaan dianggarkan perlu memperuntukkan sekitar RM 1.08 bilion setahun sekiranya mahu menghalang semua kenaikan. Angka ini merupakan satu angka yang cukup besar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan harga minyak, komoditi dan mata wang negara.
Dengan jumlah sebesar ini kerajaan boleh menggunakan untuk pembangunan luar bandar atau memberi subsidi langsung kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Lebih dari itu, lebuh-lebuh raya ini adalah alternatif kepada jalan raya tanpa tol yang telah wujud. Justeru, wajarkah kerajaan membayar pampasan yang besar hanya untuk memberi kesenangan dan “kemewahan” perjalanan kepada mereka yang berkereta dan peniaga sedangkan ramai lagi rakyat di luar bandar memerlukan bantuan dan pembangunan?
Kita mungkin marah kenaikan tol ini kerana beranggapan ada antara syarikat konsesi sengaja mencari untung lebih. Tapi ia bukan salah kerajaan. Kemarahan harus disalurkan kepada syarikat-syarikat terbabit jika kita percaya mereka mengaut keuntungan berlebihan.
Mungkin ada kelemahan dari segi perjanjian tol yang lalu, namun kita perlu sedar bahawa pengguna ada pilihan untuk tidak menggunakannya.
Kerajaan tidak ada kemampuan kewangan untuk membina lebuh-lebuh raya ini sekelip mata. Jika kita menolak jalan-langsung jalan bertol ini dan menunggu kerajaan membinanya, hari ini kita mungkin tidak ada pilihan sama ada mahu menggunakannya atau tidak.
Sekurang-kurangnya, hari ini kita ada pilihan jika mahu cepat, kita bayar lebih. Jika kita fikir tidak berbaloi maka guna jalan alternatif.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cuba menjadi hero kenaikan tol ini dengan menggesa penangguhan kenaikan adalah naif politik.
Apakah mereka tidak tahu bahawa majoriti pengundi di Lembah Klang terutama di kalangan golongan pertengahan dan elit yang banyak menggunakan lebuh-lebuh raya ini telah menolak Barisan Nasional dalam dua pilihan raya lalu.
Justeru adakah wajar kerajaan memperuntukkan wang berbilion ringgit untuk menampung gaya hidup mereka di Kuala Lumpur.
Lebuh raya bukan keperluan asas, ia adalah barang mewah. Kerajaan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membantu gaya hidup “mewah” warga kota sehingga menjejaskan pembangunan luar bandar.
Selebihnya, majoriti pengundi di Lembah Klang telah menolak Barisan Nasional, maknanya mereka telah kehilangan kuasa lobi politik untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Ini adalah realiti demokrasi yang perlu mereka sedari.-MYKMU.NET
BERMAKNA KERAJAAN TERPAKSA GUNA DUIT PEMBAYAR CUKAI UNTUK BAYAR PAMPASAN TERSEBUT.
INI TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT KERANA YANG GUNA LEBUH RAYA TERSEBUT HANYALAH MEREKA YANG TINGGAL SEKITAR LEMBAH KELANG DAN NEGERI SELANGOR!
MEREKA YANG SERONOK-SERONOK GUNA LEBUH RAYA YANG TERBABIT SENANG-SENANG NAK SURUH RAKYAT LAIN BAYARKAN UNTUK MEREKA!SEDANG KAN RAKYAT LAIN TAK LALU PUN KAT LEBUH RAYA TERBABIT.
JADI KALAU NAK GUNA LEBUH RAYA TERBABIT BERSEDIALAH BAYAR TOL.KALAU BERDEGIL TAK NAK BAYAR JALAN KAKI AJE LAGI BAIK.ATAUPUN GUNA MOTOSIKAL SAJA.
ATAU GUNAKAN AJE JALAN YANG TAK BERTOL.
JANJI JANGAN SURUH ORANG LAIN BAYARKAN UNTUK KAU ORANG.
PERGI BUAT BANTAHAN DAN BERGULING-GULING KAT DEPAN PEJABAT KONSESI TOL YANG TERBABIT.BUKAN TAK BIASA BERGULING-GULING ATAS JALAN RAYA NIH!!!
Nota:
Mulai esok Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) akan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian asal setelah kerajaan enggan menampung sebarang kenaikan.
2 comments:
aku bangga dapat berjihad dgn membayar tol
BETUL TU,KAU BAYAR TOL BAGUSLAH.TAK PERLULAH KERAJAAN PUSAT BAYAR SYARIKAT TU PAMPASAN SAMPAI 1.08 BILION RM.JUMLAH TU BOLEH BANGUNKAN NEGARA KITA.JIHAD EKONOMILAH TU!
Post a Comment