Wednesday 21 October 2015

Penggunaan vape haram - Majlis Fatwa Kebangsaan.


Antara komen dalam media sosial ni adalah, kalau nak haramkan vape, haramkan jugak zina, arak, judi dalam negara ni.

Seingat saya, zina arak dan judi memang sudah termaktub dalam Quran lagi bahawa perkara tersebut adalah haram. Tidak perlulah nak difatwakan melalui majlis fatwa.

"Vape haram sebab tak kena cukai. Arak tak haram sebab ada cukai" Komen ni lagi win. Sape cakap arak tak haram? Kena cukai ke tak kena cukai ke, haram tetap haram!!!


Komen-komen begini agak kurang enak dibaca seolah-olah badan fatwa dalam negara sudah jauh terpesong dan kita jugak lah yang paling arif sehingga meletakkan cukai sebagai penentu halal haram.




IPOH 17 Ogos – Penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.
“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria di Auditorium Institut Tadbiran Islam (Intim), dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan tentang hukum shisha yang memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat dan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

No comments: