Monday, 5 October 2015

MUALLAF ISTIMEWA !!!




by Abu Hannah 

Kenalkan. Ini Azman. Saudara baru kita. Nama asalnya Chandran. Umurnya 37 tahun. Berasal dari Port Dickson.
Dia baru 6 bulan memeluk Islam. Aku terjumpa dia beberapa hari lepas di masjid Kota Warisan, Salak Tinggi.
Kali pertama dia melafazkan kalimah agung yang tiada lautan dan gunung pun sanggup tampung, 6 bulan lepas di Jab. Agama Islam Kuala Langat.
Itulah kalimah " Bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah ".
Sewaktu berwudhuk, aku nampak seorang lelaki seakan-
akan memerhatikan aku berwuduk. Setiap satu-satu
perbuatan aku ditelitinya. Selesai berwudhuk sewaktu
berdoa, dia menyapa.
" Assalamualaikum", sapa azman.
" Waalaikumsalam.... ", jawab aku sambil menghulurkan tangan.
" Abang orang luar kawasan ya?," tanya azman.
" Ya encik, kenapa yer?", tanyaku lagi.
" Takde pape, cuma boleh tak kita solat bersama?
Sebenanya saya muallaf. Saya terlewat solat sebab saya
lambat sampai ke masjid. Saya pergi mencari kerja
tadi,"jelas azman.
" Oooo... boleh encik Azman," jawabku sambil memeluk Azman.
Selesai solat Azman terus menuju ke penjuru masjid sambil membaca sebuah buku. Agak kuat bacaannya.
Tergerak hati aku untuk menyapa.
" Buat apa tu?," sapa aku.
" Hafal surah al-kautsar abang," jawab Azman sambil tersengeh seakan segan.
" Dah hafal?," tanya aku sambil mengambil terjemahan
itu dari tangannya.
" Dah, tapi belum lancar abang." jawab Azman sedikit
hairan dengan tindakanku.
" Ok, baca saya nak dengar ," pintaku sambil menepuk
sedikit bahunya.
Azman pun baca. Demi Allah... Sedap suara Azman kawan. Bergenang air mata aku. Walaupun merangkak dan perlahan, aku nampak kesungguhan usahanya.
Aku tahu. Allah sedang menghantar muallaaf untuk mengingatkan aku. Agar jangan berputus asa mengulang hafalanku.
" Ok ker abang?," tanya Azman.
" Alhamdulilah Azman. Allah kurniakan suara merdu. Insyaallah akan dipermudahlah.", jawabku.
Tiba-tiba Azman bertanya.
" Abang, saya ni takde kerja. Baru 6 bulan masuk Islam.
Segan saya makan duit zakat RM 500 tu. Walhal Allah
bagi saya kesihatan yang baik. Abang tahu tak kat mana
ada kerja kosong? Saya tak kisah berapa gajinya", tanya Azman.
" Kerja dengan saya. Boleh? Tapi bukan disini. ," jawabku ringkas.
" Saya tiada kenderaan abang, " jawab Azman seakan
kecewa sambil menundukkan mukanya.
" Tidur di pejabat saya. Sampai kamu mampu sewa
sendiri.," jawabku sambil mengurut bahu Azman bagi melegakannya.
" Bila abang?", tiba-tiba kuat suaranya.
" Sekarang, jom kemaskan baju kamu.,' jawabku ringkas.
" Petang itu kami berdua bergerak ke pejabat kecilku.
Dan alhamdulilah malam tadi aku ditemani isteri aku menghantar tilam dan sedikit makanan.
Azman tidak mahu terima sesen pun duit yang aku beri.
Jadi aku gantikan dengan sedikit kelengkapan peribadinya.
Dia tanya kepada aku, apa dia nak jawab pada Allah sebab meminta pada manusia?
Kawan... Dia beritahu aku, 6 bulan ini waktu paling
mencabar bagi dirinya. Tidur di masjid-masjid. Tidur
di surau petrol station. Dia baru bersunat. Dan ada di
bekalkan epsom salt untuk dia cuci bahagian yang luka.
Sampai hari ini dah 2 hari dia bekerja.
Aku nampak kesungguhannya. Katanya, kalau inilah
agama. Semangat bantu sesama manusia. Dia rela mati
kerana agama.
Setiap hari aku sebak bila ke tempat kerja. Masuk kerja
aku akan dengar dalam pejabat mini aku suara seorang manusia mengaji surah yang sama ulang kali.
Satu minggu satu surah, dia akan tasmik dengan aku.
Kau orang nak tahu pasal Azman ni yang menarik?
Aku tak pernah dengar langsung keluhan dia. Atau
dia menyalahkan Tuhan tatkala dia susah.
Allah bukan hantar aku untuk ajar Azman tentang
Islam. Tapi Allah hantar Azman kepada aku untuk
ingatkan aku tentang Islam.
018 2477483 ini nombor telefon bimbit Azman. Dia tiada
FB. Smartphone jauh sekali. Sesiapa nak beri sokongan
atau bantuan boleh berhubung dengannya.
Buat masa ni, dia diberi bantuan 500.00 sebulan. Dan insyaallah gaji yang tak seberapa ni.
Dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 14 tahun
sebelum ni di Nilai sebagai boilerman.
Azman tak nak dedahkan masalah peribadinya. Orang
tuanya tiada. Dia dibuang keluarga.
Dan sesiapa nak derma boleh terus bank in dalam akaunnya. Cimb bank atas nama Chandran A/L Chinnakaruppan. Ni nombor akaunnya 7058771050.
Satu aje aku mintak, kawan-kawan kalau nak tolong dia jangan bagi tau aku yang cerita kisahnya di FB. Sebab
aku tak nak nampak dia rasa terhutang budi.
Hari ni Azman dah hafal 2 surah. Al ikhlas dan Al kautsar.
Kata Azman... Dia rasa menyesal dan rugi lambat kenal Islam.
Malu aku kawan... Aku betul-betul segan dengan Azman.
Sollu' alannabii...

No comments: