Thursday, 8 October 2015

Mahadi Buat Kenduri,Berduyun-duyun Orang Mari.


Mahadi suka makan sirih!!!

Alkisah di sebuah kampung menetaplah seorang 
lelaki yang bernama Mahadi Sebu(tiada kaitan 
langsung Dengan Mat Sabu)Dia ni suka buat cerita 
yang bukan-bukan.Habis huru hara satu kampung 
dibuatnya.

Bermodalkan mulut nya yang petah bercakap dia akan 

cipta banyak isu untuk mempopularkan dirinya.Walau
pun banyak yang tidak betul yang peliknya ramai orang 
yang percaya autanya.

Modal ceritanya berkisarkan kisah peribadi orang kampung.Habis 
dibukakan aib orang tanpa mengira 

perasaan orang lain.Yang penting hatinya puas dapat 
perhatian orang kampung.

Hendak dijadikan cerita atau mungkin 
juga kifarah 

Allah atau mungkin juga kebetulan maka terjadilah 
suatu peristiwa yang pelik.

Pada pagi-pagi suatu hari Mahadi bercadang hendak 

mencipta suatu isu yang boleh menyusahkan orang 
ramai.Puas dia memikirkan hendak tipu apa hari ini.

Kalau aku tipu pun tak apa sebab ramai orang akan 
percaya cakap aku.Setelah berfikir semasak-masak
nya dia mendapat ilham iblis (bukan Ilham Allah).

Maka dia bercakaplah di warung kopi mengatakan 

bahawa dia akan buat kenduri arwah di rumahnya 
pada sebelah malam nanti.Lauk kendurinya daging 
rusa dan landak.

Dia menjemput semua orang yang ada di warung 
ke rumahnya malam nanti.

Ada yang tak percaya tapi yang 
heran nya ramai 

sangat yang percaya.Dalam erti kata yang lain 
Mahadi ni ramai pengikutnya.Maklumlah di kampung 
itu terlalu ramai orang yang bodoh.

Mana-mana yang percaya mereka menyebarkan berita 

tersebut ke seluruh kampung.Ramailah bercadang 
hendak menghadiri kenduri Mahadi tu.
Siapa yang tak nak makan daging rusa weh!

Pada senja Mahadi berjalan menuju 
ke warung untuk minum.Dalam keadaan samar-samar gelap senja 

Mahadi terlihat orang ramai berduyun-duyun menuju 
kearah yang sama dengan rumahnya.Kehairananlah 
Mahadi melihat fenomena itu.

Dia melaung,hoi hangpa nak pi mana?

Nak pi kenduri rumah Mahadilah jawab mereka 
beramai-ramai.

Hah!bila pulak aku buat kenduri?Termenung sejenak 
Mahadi memikirkan hal tersebut.

Orang Ramai makin ramai berduyun-duyun pergi ke rumahnya.Terdetik di 
hati Mahadi.


"Ye ke kat rumah aku ada kenduri?
Entah-entah ada 

sungguh kenduri di rumah aku ni.Kalau aku tak pergi 
rugi.Baik aku ikut dia orang.Hoi,tunggu aku,jangan 
tinggalkan daku!"jerit Mahadi.

Akhirnya setelah puas menipu orang ramai, Mahadi  

berjaya juga menipu diri sendiri.

RENUNG-RENUNGKANLAH KUASA ALLAH!

No comments: