Monday 12 October 2015

KERAJAAN ISYTIHAR PERANG TERHADAP MAJLIS RAJA-RAJA??? BIAR BETUL???


ENGGAN PATUH TITAH IBARAT ISYTIHAR PERANG.– 
Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.
Published: 9 October 2015 12:31 PM

Majlis Raja-raja, menjunjung kasih, Daulat Tuanku.
Sebagai Muqadimmah, menjunjung kasih kepada 
Majlis Raja-raja atas titah perintah yang tegas 
beberapa hari yang lepas.

Sebenarnya kuasa Majlis Raja-raja tidak hilang 
begitu sahaja sekali pun dengan adanya 
Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 
pada 1957 dan wujudnya Raja Berpelembagaan.

Suruhanjaya Reid mengambil maklum tentang 
kemungkinan salahguna kuasa Eksekutif, justeru 
mendraf Perlembagaan Persekutuan tanpa 
menghilangkan peranan Majlis Raja-raja, peranan 
Yang di-Pertuan Agong dan peranan Raja-raja 
Melayu.

Namun kemungkinan wujud pihak Eksekutif 

berterusan menyalahgunakan peluang bila berkuasa, 
yang mahukan rakyat percaya cuma Eksekutif 
berkuasa sepenuhnya dan mahukan rakyat tidak 
sedar yang kuasa memerintah Eksekutif diikat 
menerusi Majlis Raja-raja.

Awalnya, pihak British membahagikan pentadbiran 
Tanah Melayu kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 
Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri Negeri 
Selat.

Namun pada 1 April, 1946, British menubuhkan Malayan 
Union di King’s House yang sekarang dikenali sebagai 
Carcosa Seri Negara, dan akhirnya atas tekanan Raja-
raja Melayu, secara terbuka bersama rakyat dan 
penduduk Tanah Melayu, pada 1948, Malayan Union 
dibubarkan.

Pada 31 Januari, 1948, Persekutuan Tanah Melayu 
ditubuhkan dan kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan 
pihak British.

Pihak British sedar penentangan rakyat terhadap 
Malayan Union bermaksud niat British untuk 
menghilangkan keseluruhan kuasa Raja tidak akan 
tercapai, jadi British selepas itu ingin memastikan 
hasil bumi Tanah Melayu berterusan dapat dimanafaat 
mereka walaupun selepas merdeka, justeru itulah 
objektif utama British dalam merangka Perlembagaan 
Persekutuan.

Selain British terpaksa menghormati kedudukan 
Raja-raja Melayu yang diiktiraf di dalam deraf 
Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Reid 
menerusi artikel atau fasal mengenai Majlis 
Raja-raja, British juga terpaksa akui kuasa setiap 
negeri menerusi hal tanah dan agama adalah 
tertakluk kepada Raja dan Sultan di negeri masing 
masing.

Untuk membuatkan pihak Eksekutif percaya yang 
mereka berkuasa sepenuhnya, Perlembagaan 
Persekutuan diderafkan, menampakkan seolah-
olah fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah berbentuk 
ceremonial sahaja, namun pihak British sebagai 
contoh, terpaksa memasukkan ayat seperti "pada 
hemat Baginda" mendapat sokongan majoriti ahli 
Dewan untuk melantik perdana menteri.

Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong masih 
mempunyai kebebasan untuk membuat penilaian 
dan keputusan dengan wujudnya frasa, ‘pada hemat 
Baginda’.

Manakala kumpulan Raja-raja Melayu diketahui pihak 
British akan menjadi kuat bila bergabung bersama, 
justeru pihak British terpaksa mengakui kuasa 
kumpulan Raja-raja Melayu, oleh itu mewujudkan 
artikel atau fasal mengenai peranan Majlis Raja-raja 
di dalam deraf Perlembagaan Persekutuan Suruhan
jaya Reid.

Sekiranya pihak Eksekutif berasa tidak senang 
dengan Yang di-Pertuan Agong, pihak Eksekutif 
tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana Yang 
di-Pertuan Agong dilantik Majlis Raja-raja.

Jadi tiada mana-mana badan mempunyai kuasa 
mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan baik 
Eksekutif, Legislatif atau Kehakiman.

Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-
raja jelas amat penting untuk mengimbangi kuasa 
Eksekutif dan memastikan sebarang tindakan 
eksekutif yang pada hemat Majlis Raja-raja menerusi 
Yang di-Pertuan Agong yang dilantik Majlis Raja-raja 
akan dinilai samada berterusan mendapat sokongan 
ahli Dewan Rakyat atau tidak.

Pindaan Perlembagaan yang mengambil sedikit kuasa 
Raja-raja Melayu semasa krisis Perlembagaan tidak 
langsung menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong 
dan Majlis Raja-raja untuk tetap terus mengimbangi 
kuasa Eksekutif.

Disebabkan itu juga lafaz sumpah menjadi perdana 
menteri dan menteri-menteri Persekutuan adalah 
lafaz sumpah yang amat berat seperti yang kita 
bincangkan sebelum ini, di mana jika gagal berlaku 
jujur kepada Yang di-Pertuan Agong, para Eksekutif 
melanggar sumpah pelantikan jawatan.

Begitu juga dengan pelantikan jawatan penting 
negara seperti Peguam Negara, umpamanya jika 
dilakukan dengan tipu helah para Eksekutif, maka 
pelantikan berkenaan tidak sah dan terbatal, malah 
boleh dianggap tidak berlaku jujur kepada Yang 
di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan menteri-
menteri Persekutuan bagi melindungi perbuatan 
yang syak jenayah, atau enggan mematuhi titah 
perintah Majlis Raja-raja, bukan sahaja membawa 
kepada pendakwaan subahat melindungi penjenayah, 
malah berlaku tidak jujur dalam sumpah pelantikan 
jawatan mereka yang mereka buat di Istana Negara 
ketika menerima pelantikan.

Sekalipun tindakan mengembalikan kertas siasatan 
oleh Pejabat Peguam Negara perkara biasa untuk 
siasatan lanjut, namun ia luarbiasa dengan kenyataan 
susulan Pejabat Peguam Negara yang mereka tetap 
keputusan asal tiada pendakwaan kerana tiada 
kesalahan dilakukan.

Jika benar demikian, eloklah dilepaskan semua 
penjenayah lain samada yang dalam proses tuduhan 
ataupun didakwa, mahupun yang dipenjarakan, 
kerana umpamanya jika perompak menembak mati 
pegawai 
bank untuk merompak RM200,000, ia kesalahan amat 
kecil jika dibandingkan dengan amaun sekurang-
kurangnya USD700,000 dan juga USD300,000 yang 
dimasukkan ke akaun peribadi seorang kenamaan 
negara.

Alhamdullillah, nilai ringgit naik sedikit selepas titah 
perintah Majlis Raja-raja dikeluarkan beberapa hari 
lepas, namun selepas tindakan terkini Eksekutif dan 
Pejabat Peguam Negara, tidak mustahil akan turun 
semula secara berterusan.

Tekanan terbuka Majlis Raja-raja terhadap isu 
semasa negara ketika ini boleh diibaratkan sama 
dengan tekanan terbuka Raja-raja kepada kerajaan 
British ketika penentangan rakyat terhadap Malayan 
Union dahulu.

Jika diimbas kembali negara kita pernah memenjara
kan seorang Ketua Polis Negara beberapa tahun lepas 
dan tidak mustahil jika tiada tindakan pembetulan, 
Peguam Negara pula yang akan merasa pengalaman 
ini atas dakwaan bersubahat melindungi penjenayah 
dan jenayah.

Undang-undang imuniti yang melindungi penjawat 
awam tidak boleh terpakai jika terbukti wujudnya 
niat jenayah disusuli dengan perbuatan (mens ria/
actus reus).

Akhir sekali, amat penting disebutkan di sini, di 
bawah Akta Penggubahan Wang Haram iaitu 
AMLATFAPUAA 2001 yang berkuatkuasa di 
negara kita, tiada sebarang bukti diperlukan, 
cuma ‘mere suspicion’ semata-mata, memberi 
kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk 
bertindak, apatah lagi dengan mempunyai segala 
bukti, tentulah ianya sepatutnya berakhir dengan 
pendakwaan, bukannya seperti yang dilaporkan 
ianya dibakul sampahkan.

Seterusnya, keengganan mematuhi titah perintah 
Majlis Raja-raja boleh diibaratkan mengisytiharkan 
perang terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai 
Ketua Negara dan juga Raja-Raja/Sultan-Sultan 
sebagai Ketua Negeri masing-masing yang merupa
kan kesalahan jenayah ‘treason’ di bawah Kanun 
Kesiksaan, bagi yang lupa yang Perdana Menteri 
di bawah Perlembagaan Persekutuan cuma ketua 
kerajaan persekutuan dan menteri besar juga cuma ketua 
kerajaan negeri yang menerima pelantikan masing-
masing atas hemat Raja-raja Melayu mereka 
mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan.
Wallahualam. – 9 Oktober, 2015.



BILA PULAK KERAJAAN LANCAR PERANG NIH?
PROSES SIASATAN MASIH BERJALAN.APA 
MASALAHNYA?


FAHAMI BETUL-BETUL APA YANG MAJLIS RAJA-
RAJA HENDAK.MEREKA HENDAK ISU 1MDB 
DISELESAIKAN BERSAMA-SAMA AGAR KEADAAN 
MENJADI SEPERTI SEDIA KALA.


MAKSUDNYA SAMASAMALAH MENYELESAIKAN
NYA.


MASALAHNYA DALAM MASA PROSES KERAJAAN 
MENYELESAIKANNYA ADA PULAK PIHAK YANG
 SABAN HARI BUAT PERSEPSI MELAMPAU.


SERANG HARI-HARI DENGAN FITNAH DAN ANDAIAN.


BILA NAK SELESAI?


INI YANG DIBIMBANGI OLEH MAJLIS RAJA-RAJA 
DENGAN KEHADIRAN GOLONGAN PARASIT NI!!!


DAN AKU LIHAT PENULIS NI KURANG FAHAM ISU
SEBENAR SAMPAI MELARAT KE ISU PERANG 
TERHADAP RAJA-RAJA.


KALAU YE PUN SANGAT MEMBENCI KEPADA DS 
NAJIB CARILAH BUKTI KUKUH DAN SERAH KE 
MAJLIS RAJA-RAJA KALAU TAK PERCAYA KEPADA
PIHAK KEHAKIMAN.KALAU YAKIN HANYA MAJLIS 
RAJA-RAJA YANG BOLEH MENJATUHKAN PERDANA 
MENTERI KEMUKAKAN BUKTI KUKUH DAN DOKUMEN 
YANG TERBABIT KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA.


KAU ORANG KAN BANYAK BUKTI YANG SAHIH.
KENAPA TAK SERAH KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA?
SETAKAT MELALAK KE HULU KE HILIR HANYA RIUH 
SEKAMPUNG AJE LAH.


YANG PASTINYA TAK ADA LANGSUNG BUKTI YANG 
BENAR DAN DAN SAHIH.TETAPI KERANA SAKIT HATI 
ATAU TAK PUAS HATI YANG TERMAMPU BUAT HANYA 
BUAT BISING UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI.

6 comments:

Tukarkan Presiden UMNO said...

Muhyidin dan Apdal patut menjunjung titah Majlis Raja Raja Melayu. Perdana Menteri di lantik oleh YDP dari mereka yang mempunyai sokongan majoriti.

YDP boleh memecat Perdana Menteri bila didapati hilang sokongan majoriti.

Dalam keadaan sekarang Perdana Menteri tidak lagi dipercayai oleh Majlis Raja Raja Melayu tapi mereka tidak ada kuasa khas untuk memecat Najib.

Hanya ahli UMNO yang boleh memecat Presiden mereka seperti parti buruh di England dan di Australia.

Hanya pertukaran kuasa dalam UMNO boleh menukar Perdana Menteri. Jadi Muhyidin, Ainina dan Apdal boleh meminta Presiden turun dari kepimpinan parti.

Tak susah. Suruh turun saja. Ramai ahli UMNO dah faham, 42 billion TUNAI telah diagih agihkan kepada yahudi, arab, india dan cina.

Untuk memgumpul wang, Tabung-tabung melayu, seperti HAji, Angkatan Tentera, KWAP, PNB dan lain lain, perlu keluar wang mereka.

Begitu dasyatnya kesan 42 bilion ini. 42 bilion dah diagihkan sekarang kita kena bayar! Faham tak masaalah disini.

Anonymous said...

kau anom yang tak faham...bagi aku Najib tak salah.42 b adalah dalam bentuk aset...malaslah nak bertekak dgn manusia buta hati dan buta mata.Lantak kaulah labu or labi oooiii....

Anonymous said...

Aset? Hahaha

Itupun nak dijual...jadi yang tinggal apa? Dah la beli di bawah harga pasaran...

Susah betul nak discuss dgn orang2 yang bendul nih...hmmmmmmm

Anonymous said...

Beli aset dengan hutang, kalau dijual balik untuk bayar hutang dan dapat keuntungan apa masalahnya? Bukan pakai duit rakyat pun. Malah 1MDB dah wujudkan banyak pekerjaan kepada rakyat melalui hutang. Kalau x nak jual aset boleh je. Kerajaan/rakyat tambah modal yg mencukupi kepada 1MDB sebab ia kerajaan/rakyat yg punya. Keuntungannya juga telah digunakan untuk faedah rakyat.

usin gampang said...

1mdb bukan diserang kerana 1mdb tu bermasalah besar.masalahnya hanya hutang.biasalah bila nak mengembangkan perniagaan biasanya orang akan berhutang.hutang akan dibayar beransur2 setelah dapat keuntungan.tak ada masalah kerana begitulah adat berniaga.masalahnya sekarang ialah setelah 1mdb mengambilalih IPP drp kumpulan YTL.kontrak YTL telah tamat.sebelum tamat kontrak tun m mintak tolong najib untuk sambung kontrak selama 25 tahun lagi.Najib tak layan sbb YTL dah bolot untung sebanyak hampir 29 bilion selama memegang kontrak 21 tahun melalui perjanjian PPA.perjanjian yang berat sebelah yang tidak digemari oleh TNB sehinggakan ANIE AROFF pengerusi TNB ketika itu terpaksa meletakkan jawatan.najib berasakan lebih baik kerja IPP tu di ambil alih oleh syarikat milik kerajaan dan najib menyerahkannya kepada 1MDB. ketidakpuasaan hati kerana kontrak tak disambung dan di ambil alih pulak oleh 1mdb menyebabkan pihak yang kecewa ini bertaliarus menyerang 1mdb drp orang besarnya sehinggalah ke macai2 pandir yang tak tahu apa-apa ni.yg terbaharu mereka mempengaruhi majlis raja2 pula.adalah di maklumkan bahawa YTL pun ada kaitan dengan beberapa orang raja melayu.jadi sebagai manusia yang waras dan beriman faham2lah sendiri dan janganlah kita terlibat dan menanggung dosa sekali dengan dua pihak yang sdg berbalah mempertahankan kepentingan masing2.1mdb berkepentingan bagi pihak kerajaan dan rakyat.puak yang satu lagi berkepentingan diri dan kroni yang mahu kaya sorang2!

Anonymous said...

Sebenarnya 2.6 billion atau 42 billion bukanlah besar sgt berbanding dengan nilai sebuah negara. Ia tidak lebih dari isu & fitnah utk menjatuhkan seseorang & diambil kesempatan oleh kafir harbi & puak munafikun utk melemahkan perpaduan melayu & bumiputra. Berapa trillion-kah wang negara & berapa juta ekar pula tanah dinegara ini dibolot oleh puak pendatang sejak zaman-berzaman. Berapa billion pula yg dibawa balik oleh pekerja asing & pati sebulan?. Malah pemimpin terdahulu pun dikatakan pernah melesapkan wang negara lebih 100 billion. Jgn kerana isu & fitnah, kita berbalah & lemah. Jgn berkawan dgn pemfitnah kerana selamanya tak akan mendapat petunjuk.