Sunday 16 October 2011

Cabaran Zukarmi Menggalas SUB UMNO Jerantut Yang Baru

SUB baru merenung cabaran-cabaran politik mendatang.

Jumaat 14 Oktober secara rasmi Mohd Zukarmi Abu Bakar telah mendapat surat secara hitam putih lantikan SUB yang baru. Tahniah KD ucapkan.

Pelantikan Mohd Zukarmi sebagai SUB telah menimbulkan banyak persoalan kepada UMNO dalaman Jerantut. Banyak cabaran yang Mohd Zukarmi perlu atasi.

KD telah tinjau beberapa reaksi dari kumpulan politik UMNO Jerantut:
  • Timbalan UMNO boleh menerima siapa-siapa yang Ku Lan pilih sebagai SUB. Orang politik Jerantut melihat sepatutnya Ku Lan melantik orang yang boleh berkerja dengan Timbalan Ketua atau orang neutral
  • Naib Ketua tidak bersetuju kerana Mohd Zukarmi telah mencabarnya semasa pemilihan UMNO Bahagian Jerantut dulu.
  • Ketua Wanita  kurang bersetuju kerana Mohd Zukarmi favour ke Siti Hajar Naib Ketua Wanita.
  • Ketua Penerangan pun tidak bersetuju kerana mahu Ku Lan mengangkat guru-guru sebagai SUB.
  • Kamaruzaman Baria dan AJK menuduh Ku Lan sudah tunjuk colour kerana melantik orang bekas 46.
  • Kumpulan Dr Shukri sudah tentu suka kerana orang kuat mereka menjadi SUB.
Cabaran-cabaran Mohd Zukarmi:
  • Beliau kena buktikan bahawa beliau setia kepada Ku Lan.
  • Beliau tidak boleh ada mentaliti lama.
  • Beliau kena perform buat kerja SUB.
  • Beliau kena buktikan kepada orang politik Jerantut bahawa beliau kena cuci skandal dan penyelewengan Setiausaha Eksekutif UMNO yang menjoli duit peruntukan RM500k semasa DS Najib merasmi mesyuarat UMNO bahagian Jerantut.
  • Jika tidak beliau sama bersekongkol dengan SUB yang terdahulu.
  • Beliau mulai dari sekarang kena turun padang terutama di DUN Pulau Tawar. Perlu buat kerja persediaan kerana beliau adalah calon DUN Pulau Tawar no 1 sekarang.
  • Beliau perlu mengenepikan orang-orang yang beraja dimata bersultan dihati bercacing dimata yang mengharubirukan perjalanan politik DUN Pulau Tawar.
Jika Mohd Zukarmi berjaya mengatasi cabaran-cabaran ini beliau memang layak bertanding di DUN Pulau Tawar pada PRU 13 nanti. 

Jika beliau ada masalah dengan kesetiaan kepada Ku Lan dan tidak boleh berkerjasama dengan Timbalan Ketua maka sukarlah peluang beliau untuk mencapai hasrat politik beliau.

33 comments:

Anonymous said...

beri lah peluan pada sub baru mengatur gerakkerja bahagian dulu, pas tu nilailah, tentang kesetian, selagi ku lan menjadi ketua bahagian beliau wajib setia pada ketua, jika tidak pincanglah.

kita harap sub baru dapat menjalankan amanah yang di beri dengan sempurna, jangan terlalu banyak andaian?. pepatah ada mengatakan amat sukar untuk memberi semua orang berasa puas diatas khidmat kita, cukap lah jika rata rata orang berasa kerja yang kita lakukan ok. ini masa dia naik, kita sokong!!!, nanti ada rezeki mana tau kuasa allah, kd pulah di calunkan di dun tahan, siapa tahu?

Kutukandewata said...

salam anon di atas,
KD rakyat marhain,jadilah pengikut yang baik daripada menjadi pemimpin yang jahat.itu lebih afdal.kita sokong mana-mana pemimpin yang ikhlas berkhiidmat untuk kita.
bapa saya pernah dicalonkan tapi beliau menolak kerana tak mahu memikul beban di akhirat.

Anonymous said...

salam kd, tak apa, saudara zukarmin menerima jawatan tersebut, ianya di piloih, mungkin dia merasa boleh menjalankan amanah allah tersebut, kita tidak dapat membaca isi hati dean niat sesorang?, cubalah lah kita beri kesempatan, menjadi pengikut yang baik adalah di tntut, juga di tuntut menjadi pemimpin yang terbaik juga, kita lihat dan tunggu, sama juga lah pada pemimpin atasan kita di semua peringkat, mendapat jawatan bersumpah, waallahi. tapi apa terjadi, kesempatan yang allah berikan kepada mereka jika tidak di laksanakan dengan ikhlas dan jujur, mereka akan tanggung lah di akhriat nanti, saya tabik ayah saudara, dari kita rasa kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas jujur dan amanah, biar lah kita menolak dengan cara baik jawatan itu, kerana beliau ada pegangan?perjuangan masa lampau berbeza jauh, su bahagian lipis ke?

Anonymous said...

jauhi lahhh Ramli JKR dan sahabat baik nyerr Atan pot...kerana mereker ini perosak umno....segala bender nk tp mereker nie xder jawatan pun dalam umno......sedangkan yg berjawatan pun xdapat aperrrrr...mereker penjilatttt pungungg2 YB...

KD said...

Salam anon 16.08,

Ayah saya dulu pernah ditawarkan menjadi calon parti perikatan(lambang kapal layar)dalam pilihan raya umum.tapi beliau menolak dan beri peluang kepada pemimpin lain.

Anonymous said...

TAHNIAH buat SUB baru En Zukarmi...semoga amanah yg diberi dipikul & dilaksanakan dgn sebaik2nya...yg salah kita perbetulkan yg betul kita perelok kan lagi...mudah2an dgn mandat yg baru memberi impak yg besar pada UMNO jerantut...tak perlu mencari kesalahan atau menunding jari sebaiknya perkemaskan gerak kerja & susun atur kerja dgn lebih baik demi melihat UMNO terus dihati pengundi2 Jerantut..

Anonymous said...

Tahniah kepada KD kerana mempunyai jiwa yang luhur dalam politik seperti bapanya juga.

Anonymous said...

Kutukan Dewata ong tulislah pasal gaji kerana gaji akurk ni tak cukup sokmo.

Kutukandewata said...

anon 2.22,
untuk merasa kecukupan kita perlulah sentiasa bersyukur.InsyaAllah Allah akan sentiasa menggandakan rezeki kita kalau kita sentiasa bersyukur akan nikmatNYA.Pelarasan gaji yang baru ini pasti akan merengankan sedikit beban kita.KD percaya awok akan merasa senang sedikit lepas in,insyaAllah!

TUALANGTIGA said...

sama sama lah kita bersyukur dengan nikmat kurnian ALLAH SWT, bukan kerana wang ringgit sahaja, kerana amannya kita dan macam macam lagi nikmat ALLAH.

Anonymous said...

DUN Damak dan DUN Tahan paling perlu diberi perhatian kerana dalam PRU12 dahulu YBM Tengku kekurangan banyak undi dikedua-dua DUN itu maka SUB baru kita kena kerja keras membantu YBM kita di DUN berkenaan.......... DUN Pulau Tawar YBM dapat kemenangan byk majoriti PRU12 dahulu, lagipun YB Dato' Dr Shukri ramai jentera yang buat program di DUN Pulau Tawar untuk bersama YBM Tengku disetiap program............ harap SUB beri tumpuan kepada DUN Damak dan DUN Tahan untuk membantu YBM Tengku menguatkan UMNO Khasnya BN di Bahagian dan Parlimen Jerantut

si tanggang malim kundang said...

anon 1.29,

Ku Lan dan Dr Shukri merasakan bahawa sudah cukup undi dun Pulau tawar untuk menang Parlimen.Kalah dun damak dan dun tahan pun,dun pulau tawar boleh cover.
jadi segala program ku lan tumpukan dun pulau tawar.Ku Lan pakai cakap nordin toyik.Nordin toyik pernah mendabik dada di restoran hijrah kata dun pulau tawar sudah cukup untuk memenangkan parlimen.
Sebab itulah dun tahan di abaikan,dun damak dipinggirkan oleh Ku Lan.segala program tertumpu ke dun p.tawar.
Yang jadi musykilnya dato wan amizan dan dato hj nazri tidak langsung dijemput.Pada hal mereka ini ketua cawangan jengka 12 dan tekam getah.
Ku Lan sudah lupa bahawa mereka berdua inilah yang bertungkus lumus memenangkan ku lan ketika ku lan di tentang oleh dr shukri.
Mudah sangat lupa diri hanya kerana dengar cakap besar nordin toyik,dollah kicap,haji rosdi,nik pak supir dr,dan ju mansur.
Wahai ku lan,jagalah anak sendiri dan abaikanlah anak tiri dan anak angkat mu itu.kalah nanti menangislah sendiri.

Anonymous said...

Kalau tak mampu nak pegang jawatan tinggi dalam UMNO letak aja jawatan bukan susah.

Anonymous said...

SEBAB ITU SUB BARU KENA BANYAK BANTU YBM TENGKU AZLAN UNTUK PERKEMASKAN DUN DAMAK DAN DUN TAHAN KERANA TIMBALAN DAN NAIB KETUA SIBUK SGT HINGGA TAK DAPAT NAK BANTU KETUA BAHAGIAN BILA DAH MENJADI TIMBALAN DAN NAIB TAK MAMPU LAKSANA TUGAS HANYA KUAT BUAT KERJA MASA NAK BERTANDING JE, TAPI TAK BUAT KERJA BILA DAH ADA TEMPAT, MALAS ATAU MEMANG TAK PANDAI NAK BUAT KERJA UNTUK MENGUATKAN PARTI, HANYA PANDAI MENGUATKAN DIRI JE

Anonymous said...

anon di atas jangan kurang ajar sangat.siapa yang buat kerja dan siapa yang tak buat kerja?siapa yang buat program untuk ku lan?siapa yang keluar duit sendiri untuk mesyuarat seluruh cawangan 1000rm satu cawangan.Siapa?duit ku lan ke?duit dr shukri ke?taik lancaulah.semua itu duit dompok dengan hj nazri.
jangan buta mata lah tolol.dulu handal sangat lawan ku lan sampai kata hanya 2 orang berani lawan raja di malaysia ini iaitu dr shukri dan dr mahathir.sembah derhaka.last-last bergantung di bawah keyiak ku lan juga.takut tak tercalon lagi.handal sangat letak dr shukri di parlimen.senang sikit orang nak ganyang.
kalau aku jadi hj nazri dan dompok aku biar aje puak yang yang takbur ni bertanding di semua dun dan parlimen,tengok apa yang akan terjadi.

aduka said...

menurut sumber yang boleh di percayai,gerakan mengerat dan mencantas dompok sedang giat dijalankan.baik di jerantut mahu pun di putra jaya.
ini bermakna dompok tidak akan bertanding lagi pada PRU13.Dari risikan saya ku lan juga terlibat dalam gerakan ini sebab itu dia membuang dompok sekarang ini.
jadi saya harap kepada penyokong setia dompok,terima lah kenyataan ini dengan hati yang terbuka.walaupun dompok di aniayai dan di khianati oleh orang yang pernah di tolongnya mungkin ada hikmahnya.
Di harapkan peristiwa dato wan bakar dikerat oleh anwar ibrahim dan kamaruzaman baria tidak berulang lagi di mana parlimen kalah 965 undi.ketika itu UMNO sedang kuat.sekarang unmo sedang nazak nak mampus.
diharapkan penyokong dompok tidak buat apa yang dibuat oleh penyokong dato wan bakar dulu.ini semua demi parti.jangan bakar kelambu sendiri.biar orang niayai kita,jangan kita pulak niayai orang lain.

ahli pekida p.piol said...

aduka,
kau senang cakaplah.kita orang kerja siang malam nak memenangkan umno akhirnya di balas macam ini oleh ku lan.saya sendiri menyaksikan bagaimana dato wan amizan meminta orang kampung undi ku lan.orang kampung minta bot yang dijanjikan oleh ku lan tapi tak dapat sampai sudah.jadi dato wan amizan tanya berapa nilai bot itu.orang kampung kata 7000rm.dato terus bagi wang tunai dan minta tolong orang kampung undi ku lan.
begitu sekali pengorbanan dato tapi ini lah balasannya.

kalau dato mengundur diri secara terhormat saya boleh terima.tapi kalau di cantas dan di aniaya aku akan bergerak bersama parti KITA atau pun PAS.orang menjual kita harus membeli.

dengan dun tahan dan parlimen sekali bungkus.

Anonymous said...

bangang!bangang,bangsat,manusia tak tahu mengenang budi.bagi susu balas tuba.kalau dompok dan hj nazri tak tolong malam akhir tu ku lan dah tinggal nama aje kat jerantut ni.kau belalah si pendek rasuah tu.semoga kau berjaya.

Anonymous said...

anon 00.09
Ahli UMNO jerantut tau,itu duit perhubungan negeri.Kalau dah dapat kedumpok memanglah mengaku duit sendiri.

Anonymous said...

Sitanggang malim kundang.
Kalau marhaen UMNO boleh datang tak dijemput sepatutnya yang ada jawatan memunggah orang.

Anak Pekeda said...

Entahlah! Ahli Pekeda Palsu Padang Piol ni.Jangan timbulkan permusuhan Pekeda dengan YM Tengku.Pekeda padang piol sentiasa ke hadapan bersama tengku.

Anonymous said...

anon 1.46,
berapa sangat duit perhubungan negeri bagi.itu pun yang ada jawatan dalam bilik gerakan parlimen yang pegang duit tu.dompok guna duit sendiri dan duit-duit rakan perniagaan yang sumbang kat dia.Bukan sedikit ku lan buat tahi janji itu ini tapi tak tunai.dompok juga kena cuci.nanti kalau orang yang awak suka bertanding di dun tahan baru lah awak tahu berapa banyak pakai wang untuk sapu taik.

Anonymous said...

cantaslah,nyaya lah.kau orang ingat dompok tu pendatang haram ke tak ada sedara mara?yang tak suka ke dia beberapa orang aje,hak yang sedikit ni lah yang hebah ke hulu ke hilir memburukkan dompok.sebab tak dapat tok empat,felcra,dan lain-lain kepentingan diri maka di buruk-buruknya dompok tu.
Nak tau langit tu tinggi rendah cuba lah pancas.tak kiralah sape-sape bertanding baik wan shamsuri ke,mat daud ke,urag druluug ke aku tak kira.dendam tetap terlerai.penganiayaan di balas dengan penganiayaan juga.

ahli pekida p.piol said...

anak pekida,
wan amizan pun ahli pekida kenapa kau sokong ku lan niaya dia.sepatutnya kita kena jaga adik beradik,bukan bersekongkol dengan orang yang nak menganiaya adik beradik kita.sendiri fikirlah sumpah baiah kita.

Man Batu said...

Saya sebagai pengundi yang sentiasa ingat jasa kerajaan BN akan mengundi siapa saja yang dicalonkan dan akan membantu sedaya upaya kerana BNlah yang memakmurkan saya dan Dato Wan Mizan.Rezki hak Allah.Jika tidak kerna sokongan BN Wan Mizan tentu tak kaya macam sekarang.Kalau inilah sikap Wan Mizan harap Pengerusi BN Negeri maklum.Belum pilihanraya dah ugut itu ini.Masuk aja Parti KITA terus senang kenudian bertanding DUN Tahan kalau handal sangat.

Anonymous said...

Anon-anon di atas
Wan Mizan adalah wakil rakyat terbaik seramai wakil rakyat di jerantut.Ingatlah jasanya.

pemerhati simpati said...

anon 3.08,
usah ajarlah benda jahat.kalau wan amizan senyap aje selepas kena kerat demi kepentingan partinya,awok boleh jamin ke penyokong-penyokong dia duduk diam macam dia.sejarah dah ada bila wan bakar kena kerat dia tak dapat kawal penyokongnya.akibatnya undi parlimen kalah teruk di dun tahan.itu waktu UMNO tengah kuat.sekarang UMNO terlalu lemah.campur dengan undi dun damak yang bencikan UMNO campur undi cina yang undi DAP awok ingat Parlimen boleh menang.janganlah angkuh sangat cakap padan undi dun p.tawar dah boleh cover parlimen.itu cakap nik pak supir dr dan nordin toyik jubur cirit.orang cakap kat cawangan nordin toyik sendiri,kerat jari kalau ku lan boleh menang disitu.sendiri pikirlah.

bukan ahli umno said...

dah lah weh korang ni beramok pasal nak jadi calun tak abis abis...perhubungan negeri tau lah nak letak sape jadi calun takyahlah kita nak naikkan org itu org ini nak kekalkan org itu org ini...yg mengundi bn tu korang ingat org umno je ke? kalau calun yg dipilih nanti bukan dari kalangan org kuat bahagian pun tak masalah bagi kami...yg penting org itu mesti mempunyai hemah yg tinggi dan bijaksana, jika boleh biarkan mereka ini jika kita ke mesjid boleh jadi imam, baru lah nak belawan dgn parti pas pun kita ada hujah yg kuat untuk mempertahankan calun kita, kami kecewa jika wakil rakyat kami org kata pandai cakap aje, pastu kuat menipu...dan mcm macm lagi yg tak elok perangainya...harap dapat memahami kehendak pengundi yg buka ahli umno juga........

Anonymous said...

anon 1.58,
majlis orang tak jemput awak datang maka makan haramlah awak.awok memang kuat makan haram macam boss awak jugok.

Anonymous said...

ok lah,
untuk menyelesaikan masalah kau orang aku cadangkan kau orang pangkah lah parti pembangkang pada PRU 13.selesai masalah.
bagi orang umno berehat sepenggal sambil bermuhasabah diri mengenang nasib untung parti.
amacam?kau orang memang bodoh,wan amizan dan dr shukri serta ku lan minum kopi kat hotel 5 bintang bincang macam mana nak menang pilihan raya kau sibuk-sibuk bergaduh kat sini.bodoh piang betul lah kau orang ni terutama sekali anon 22.17

Anonymous said...

Ku lan memang pandai dia dah tau zukarmi pernah berlawan dgn wan mizan jawatan KETUA PEMUDA kemudian lawan Hj Nazri jawatan NAIB KETUA....
maka dilantik zukarmi jadi SUB ganti arwah Dato Zali..... Ku Lan nak lihat kedua dua manusia ni melenting atau tidak? kemudian zukarmi adalah orang kuat Shukri.... dah tentu zukarmi akan merancang bersama shukri nak menjaga Ku lan atau tidak? semua kunci terletak ditangan Ku Lan samada Wan mizan dan Shukri layak bertanding lagi atau tidak, bermakna siapa yang terbukti banyak membantu Ku lan kali ini, maka orang itu akan terselamat, jika tidak inilah penggal terakhir mereka.... Wan Mizan atau Shukri yang terselamat MARI SAMA SAMA KITA LIHAT....bijak bijak..bijak Tahniah Ku lan

Anonymous said...

Diharap SUB baru dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa berpihak ke mana-mana. Wan Amizan atau Sukri.Bekerjalah untuk UMNO bahagian Jerantut tanpa berpihak kepada sesiapa. Dengarlah suara ahli-ahli cawangan saja.

Anonymous said...

secara logik akal dr shukri tak akan bertanding lagi sebab dah 3 penggal.cukup-cukup lah tu.otak dah beku.
begitu juga ku lan dan lau lee.bagi peluang kepada orang lain pulak.orang lain nak gatek.