Cikgu Najib : Murid-murid, sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf G ?
Mahathir: Gajah!
Cikgu Najib : Bagus !!!Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?
Mahathir: Dua gajah!
Cikgu Najib : Mahathir,, jangan main-main!!... Berdiri!!... Murid-murid lain ada jawapan ?
Semua murid senyap tak tahu jawapan...
Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ?
Murid-murid lain sentap.. tiba-tiba.....
Mahathir : Mungkin gajah...
Cikgu Najib : Mahathir..... main-main lagi..pegi berdiri diluar kelas !!
Murid-murid diam tak tahu jawapan...
Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba-tiba..... kedengaran suara dari luar kelas...
Mahathir: Jangan jangan gajah...
Cikgu Najib bertambah marah lalu menyuruh Ahmad menutup pintu kelas..
Cikgu Najib : sebutkan nama binatang yang bermula huruf A ?
Murid-murid semua diam...tiba-tiba Mahathir menyampuk dari luar tingkap..
Mahathir : Anak gajah..
Sekali lagi Cikgu Najib menyuruh Ahmad menutup tingkap..selang beberapa minit suara Mahathir tidak lagi kedengaran...Cikgu Najib menyuruh Ahmad keluar mencari Mahathir..tapi tiada..
Cikgu Najib : Takpa murid-murid..biarkan Mahathir...
Cikgu bertanya lagi soalan pada murid-muridnya...
Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf K ?
Murid-murid semua diam............tiba-tiba.....suara Mahathir dengan pembesar suara....
Mahathir : Kompom gajahhhhh....
Cikgu Najib : Mahathirrrrrr....masuk kelas sekarang!!!
Mahathir : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk pulak.
Cikgu Najib: Oleh kerana kamu pandai sangat, cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?
Mahathir : Ada cikgu. Kain pelikat Gajah Duduk cikgu.
Cikgu Najib : Mahathirrr....tak habis lagi ke dengan gajah kamu ni. Ok lah. Kalau kamu pandai sangat, kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk?"
Mahathir: Sebab kalau saya salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.
Cikgu Najib : Mahathir.......Mahathirrrrr.......
No comments:
Post a Comment