Sunday, 18 October 2015
DENDAM TAK TERLERAI!!!
Selepas kejadian 9/11 polisi kewangan dunia telah berubah. Duit-duit dengan nilai yang besar yang
mahu dipindahkan ke sesuatu negara perlu
mendapat kelulusan menteri kewangan negara
tersebut. Bermakna segala maklumat mengenai
wang tersebut dapat diketahui punca dan sebab
nak dibawa masuk.
Dalam hal ini menteri kewangan Malaysia adalah
PM. PM tahu bahawa duit-duit yang hendak dibawa masuk nilainya berbillion-billion yang sebelum ini disimpan oleh proksi-proksinya di luar negara.
Keadaan mendesak kerana usia sudah semakin
lanjut. Duit-duit tersebut perlu diambil semula dari proksi-proksinya.
Tetapi DSN tidak mahu meluluskan kerana bimbang kuasa-kuasa barat beranggapan duit-duit tersebut
duit haram yang bertujuan untuk disalurkan kepada pihak-pihak yang menentang barat seperti IS di timur tengah.
Kebimbangan dia pulak ialah jika tidak dibawa masuk dalam masa yang segera dan ditakdirkan meninggal dunia maka duit-duit tersebut akan lenyap menjadi
milik proksi-proksinya.
Oleh kerana DSN tidak mahu meluluskannya maka
DSN perlu diturunkan seperti Pak Lah dan digantikan dengan orang yang boleh menuruti kehendaknya. Sebenarnya dia mahu orang yang memihak kepada
nya menjadi PM supaya senang mendapat kelulusan tersebut.
Bukan kerana 1MDB dan 2.6 billion punca dia marah kepada DSN ..... itu hanya alasan untuk memaksa
DSN meletakkan jawatan PM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment