Makin panas nama pelakon baru Atikah Suhaime
dan juga Ammar Alfian apabila baru-baru ini ada
khabar angin yang mendakwa pasangan ini telah
terlibat di dalam satu video lucah melibatkan
mereka berdua dan juga model terkenal, Idris
Khan.
Menurut Ammar, oleh kerana khabar angin yang
tersebar itu, perkara tersebut turut menjejaskan
kariernya selain turut kehilangan tawaran berlakon
dan watak penting.
“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai
video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah
dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali.
Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu,
saya kehilangan tawaran berlakon apabila
produser tidak mahu mengambil risiko,” jelas
nya melalui B*Pop, akhbar sisipan mingguan
Berita Harian.
Sementara itu, Atikah turut terkejut dengan
gosip tersebut selain menafikan perkara
berkenaan malah tidak menyangka ada
pihak sanggup memfitnah mereka melaku
kan perbuatan terkutuk tersebut.
“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga
tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul?
Kami memang berkawan baik kerana sama-sama
berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung
Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan
mesra”
“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang
bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar
bercinta,” kata pelakon ini selain menyatakan
bahawa teman lelakinya memahami kerjayanya
bergelar selebriti. (rtky/s)
No comments:
Post a Comment