Tuesday, 13 October 2015

Bekas Model Terlibat Dalam Sindiket Pelacuran Kelas Atasan!!!



Dibayangi imej sebagai penjual diri, bekas
model majalah dewasa Anggita Sari kini 
dilaporkan mahu menceburi bidang lain.
Anggita berharap dia dapat bekerja di 
pejabat saja.


Peguamnya, Pieter Ell berkata pengakuan 
dibuat Anggita itu dilakukan secara sedar 
dan insaf serta dengan keinginan sendiri.

"Malah ketika ini keadaan anak guam saya 
dalam keadaan baik dan tidak murung," 
katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anggita 
terlibat dalam sindiket pelacuran kelas 
atasan. Dua individu yang disebut menjadi 
orang tengah membantu Anggita 
memperdagangkan tubuhnya dikenali 
sebagai Alfania Tiarsilsila dan Alen 
Saputra.

Gigih cari peluang.

Menurut Pieter Anggita kini tidak lagi 
melacurkan dirinya sebaliknya berharap 
dengan kelulusan ekonomi yang diperoleh
nya di universiti, bekas model jelita itu 
dapat meyakinkan mana-mana pihak 
untuk mengambilnya bekerja.

"Dia sedang gigih menghantar surat ke 
syarikat untuk mencari peluang pekerjaan. 
Anggita ingin bekerja di pejabat saja," 
katanya.

Aktiviti pelacuran kelas atasan itu terbongkar 
apabila Anggita ditangkap polis Surabaya di 
sebuah hotel di Jalan Embong Malang pada 
awal September lalu.

Ketika ditangkap, Anggita Sari dalam 
keadaan khayal kerana mengambil dadah 
dan baru lepas melayan dua pelanggan 
lelaki.

Kes berkenaan masih belum diselesaikan 
kerana pihak polis dalam proses mendakwa
nya di mahkamah.

Namun setakat ini Anggita boleh menarik 
nafas lega kerana dia tidak dijadikan 
tertuduh bersama Alfania dan Alen, sebalik
nya diperlukan pihak pendakwa sebagai 
saksi.

Berikut adalah beberapa fakta menarik 
mengenai Anggita:

- Model kelahiran Jakarta pada 26 Desember 
1992 ini memulakan kerjaya sebagai model 
selepas terpilih 10 peserta finalis 
pertandingan anjuran majalah FHM 
pada 2011

- Dia kemudian dikenalis sebagai model 
majalah dewasa, Popular.

- Pernah berpacaran dengan Henry Baskoro 
Hendarso, iaitu anak lelaki Ketua Polis 
Indonesia

- Henry juga adalah bekas suami penyanyi 
Ayu Ting Ting

- Salah seorang teman lelakinya adalah 
pengedar dadah yang kini menunggu 
hukuman mati

- Mengikuti pengajian komunikasi 
pemasaran di universiti

- Walaupun sibuk dalam dunia peragaan, 
dia mendakwa tidak mengabaikan pengajian 
di Universiti Bina Nusantara, Jakarta

- Hobinya ialah beraksi di depan kamera 
dan melancong

- Instagram adalah salah satu media sosial 
paling digemarinya

No comments: