Tuesday 31 December 2013

VIDEO SEKS MIMI TERSEBAR!!!




Setelah Filem 3GP  ditayangkan Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.



Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.


“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.


.
“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.


“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.


Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya

BLOGGER ARTIS COMEL-COMELAN!!!




Sekali Lihat pasti tertawan,Cuma satu perkataan pantas muncul dalam fikiran. Cantik! Namun, cantik sahaja masih belum cukup untuk menghuraikan cerita di sebalik gahnya nama Hanis Zalikha Zainal Rashid ini.


Siapa dia? Apa istimewanya dia? Hentikanlah bertanya soalan-soalan begini kerana faktanya, wanita berusia 22 tahun ini sebenarnya sudah punya status tersendiri di mata dan perhatian mereka yang mengaku peminat setia Hanis Zalikha sejak tiga tahun lalu.


Siapa dia? Apa istimewanya dia? Hentikanlah bertanya soalan-soalan begini kerana faktanya, wanita berusia 22 tahun ini sebenarnya sudah punya status tersendiri di mata dan perhatian mereka yang mengaku peminat setia Hanis Zalikha sejak tiga tahun lalu.


Dikenali sebagai antara penulis blog popular tanah air, wanita yang mesra disapa dengan panggilan Hanis ini ada fenomenanya sendiri selepas aktif menulis blog dalam tempoh itu.


Kini, dia tak cuma memegang satu gelaran. Tuah Hanis sudah mula bercambah dari hari ke hari apabila dia kini mula dikenali sebagai seorang model, pelakon dan pengacara program televisyen.


Umpama sudah punya segala-galanya, Hanis dianggap memiliki kehidupan yang sempurna. Jadi mengapa perlu tamak merangkul semua gelaran dalam satu masa?


Itu andaian sesetengah pihak apabila melihat Hanis bagai terlalu mengejar populariti sehingga semua benda mahu dilakukannya serentak.


Sebagai pendatang baru, mungkin ada yang faham bahawa inilah masa yang sesuai untuk Hanis melakukan perkara yang disukai apalagi ketika kudrat mudanya masih ada.


Namun, tak semua orang boleh melihat satu perkara itu dengan pendapat dan pandangan yang sama.

Manusia berciri negatif pasti gemar mencari salah orang lain dan Hanis juga tidak terkecuali.


Menolak andaian dirinya tamak, Hanis memandang apa yang dilakukannya sekarang adalah rezeki yang datang tanpa diduga.


Saya bukan tamak, cuma saya buat apa sahaja yang termampu dilakukan sementara masih boleh. Lagipun inikan rezeki, “ katanya.


Mengaku pada awalnya tidak berminat dengan dunia lakonan, anak kedua daripada enam beradik ini tidak menyangka di tempat yang tidak disukainya inilah dia berdiri sekarang.
Mula berlakon dalam drama Memberku Hawa sebaris dengan pelakon Faezah Elai dan Nad Zainal, bakat Hanis kemudian dikembangkan menerusi filem Gangster Celop arahan Ahmad Idham.


Berkongsi perasaan ketika pertama kali menerima tawaran berlakon, kata Hanis, dia seboleh-bolehnya enggan terlibat dengan dunia lakonan kerana ada satu persepsi kurang senang baginya.
Sebenarnya, saya takut nak masuk dalam dunia lakonan walaupun saya seperti dapat meramalkan bahawa satu hari nanti lambat laun ia akan terjadi juga pada saya.
“Bukan apa, sejak aktif dalam bidang peragaan lagi dah ada yang tawarkan pada saya. Tapi saya selalu tolak sebab tak minat.
“Sampaikan ibu marah dan geram dengan saya sebab seringkali menghampakan permintaan mana-mana pengarah dan pihak produksi.
“Masa tu, apa yang saya fikir, dunia lakonan ni bukan untuk saya sebab saya memang tak berbakat. Jadi lebih baik beri peluang pada yang nak jadi pelakon.
Namun, selepas melihat kesungguhan Ahmad Idham, saya terbuka hati untuk cuba berlakon dan sekarang, saya berada di sini, “ katanya.
Pun begitu, cerita Hanis, Khalid Nazri yang merupakan adik kepada Ahmad Idham adalah pengarah yang berjaya membuka minatnya dalam dunia lakonan.
“Sejak berlakon dalam telemovie Mariam Kampung Putat, saya dah mula minat berlakon. Seronok bekerja dengan Khalid. Dia santai dan sempoi orangnya.
Tak tertekan dan dari situ saya sedar yang saya sudah mula meminati dunia lakonan berbanding dulu," katanya.
Tak apa, kritiklah
Menyedari bahawa masyarakat sering meletak jangkaan tinggi terhadap pendatang baru sepertinya, akui Hanis, dia tidak mampu memuaskan hati semua orang.
Maka kerana itu, kata wanita berbintang Libra ini, dia tahu bahawa dia tidak dapat lari daripada kritikan.


Bagaimanapun, umpama sudah bersedia, kata Hanis, dia tidak kisah jika ada yang mahu mengata dan mengkritiknya kerana menganggap perkara itu bukan pertama kali perlu dihadapinya.
Biasalah, ada yang memuji, ada yang mengkritik. Saya tak kisah pun sebab saya tahu kritikan mereka ada baik dan buruknya.
“Sebenarnya, saya dah biasa kena kritik dan paling dekat dengan saya adalah menerusi dunia penulisan blog!



“Saya menulis dan orang mengkritik, saya dah biasa dengan semua itu. Ada keburukan bila popular datang dulu daripada lakonan.


“Saya dah popular menerusi dunia blog dan orang ramai kenal saya dengan itu. Jadi bila tiba-tiba saya berlakon dan mungkin lakonan saya tak capai jangkaan mereka, maka kritikanlah yang saya kena hadapi.
Kadang-kadang kritikan mereka agak kasar juga, tapi saya cuba untuk tidak fikirkannya dengan mendalam sangat, memang sikap saya begitu. Ambil kritikan yang perlu sahaja.
“Saya tak kisah sebab sebelum orang kritik, saya sendiri kritik lakonan saya. Tak pernah rasa puas hati. Rasanya, semua pelakon pun macam tu, “ ujarnya.
Terasing?


Sengaja melayangkan pertanyaan sama ada setakat ini dia menerima layanan yang baik atau tidak daripada kalangan penggiat seni dalam industri.
Bukan apa, kadangkala sebagai pendatang baru, tak ramai yang mahu menoleh atau melayan sangat. Biasalah, persepsi ‘budak baru’’ atau junior seakan sukar dikikis daripada mereka yang terlebih dahulu berada dalam industri.
Barangkali ada yang bimbang atau ‘goyang’’ dengan kehadiran muka-muka baru yang semakin lama semakin ramai mewarnai dunia hiburan kita.


Dalam riak wajah tenang, kata Hanis, dia bersyukur kerana setakat ini menerima layanan yang baik daripada teman-teman dalam industri.

HUJAN SEHARI, HILANG PANAS SETAHUN!!!


unit_amal












.






Bacalah luahan ni.....

SYIAH,SENSITIF KAFIR!!!


MASIH NAK MENAFIKAN LAGI HAKIKAT MAJORITI AHLI PAS ADALAH SYIAH????





Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak perarakan PAS
Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak
perarakan PAS

Sebelum TG Nik Abdul Aziz memberikan kata-kata ataupun hukuman bahawa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan yang mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi orang Islam yang menyertai DAP atau PKR.

Di mana fatwa tersebut? Apabila kita tanyakan kepada sebahagian pemimpin Pas, mereka mengatakan masuk DAP tidak mengapa, DAP ini wadah sahaja. Jadi ini sangat-sangat tidak seimbang dan dilihat fatwa tersebut berkepentingan. Untuk mereka halal, untuk Umno haram. Jadi tidak adil sedemikian rupa.

Jika kita hendak keluarkan fatwa, banyak perkara yang perlu diraikan. Bahkan menyertai PAS sekalipun, adakah boleh?

Adakah PAS merupakan parti yang membawa kebenaran secara keseluruhannya? Atau masih ada kelemahan? Apabila isu Syiah dalam Pas pun masih lagi celaru.

passyiah1[1]
SAYANG SUNGGUH AHLI-AHLI PAS
KAT IMAM SYIAH NI YE!

Pada tahun 90-an, TG Haji Hadi menyebut secara terang bahawa Pas tidak menerima Syiah di dalam keratan akhbar. 

Kemudian baru-baru ini pula TG Haji Hadi menyebut secara terang juga di dalam kenyataannya bahawa Syiah boleh masuk Pas. Bahkan dikatakan secara terang, kalau Khawarij nak masuk Pas pun boleh masuk.

Kenyataan dia juga baru-baru ini ketika perhimpunan besar-besaran Pas di Kelantan, dalam satu temubual media, dia menyebut secara terang bahawasanya Bashar Al-Asad pemimpin Syiah di Syria perlu turun. 

Tetapi kita dapat lihat Timbalan Presiden Pas membuat lawatan menziarahi kepimpinan Bashar Al-Asad bahkan memuji kepimpinan Bashar Asad.

Jadi yang mana satu? Bercelaru. Sekejap mereka kata Pas tidak terima Syiah, kemudian terima pula. Kemudian tidak setuju dengan Presiden Bashar Asad yang kecenderungannya Syiah Alawiyyin. Kemudian Timbalan Presiden membuat lawatan menziarahi dan bersetuju dengan kepimpinan Syiah.

Di sini berlaku pertembungan dalam Pas itu sendiri. Jadi sebelum hendak mengeluarkan kenyataan tentang orang masuk Umno, bicarakan terlebih dahulu siapakah ahli-ahli Pas. Bicarakan dulu siapa yang bersama-sama dengan Pas.

Timbalan Presiden PAS di dalam laman web dan penulisannya secara terang mengangkat Imam Syiah sebagai 'idola'nya
Timbalan Presiden PAS di dalam laman
web dan penulisannya secara terang
mengangkat Imam Syiah sebagai ‘idola’nya

TG Haji Haji telah mengiktiraf bahawasanya Syiah dan Khawarij boleh masuk Pas. Bersihkan yang ini dulu. Adapun kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin Pas di Selangor yang mengatakan bahawa di dalam Pas tidak ada Syiah, ini perlu merujuk kepada TG Haji Hadi. 

TG Haji Hadi sendiri mempersilakan Syiah masuk Pas, maka bertembung dengan kepimpinan Pas di negeri Selangor.

Sebelum menghukum orang lain sebagai mungkar, perlu dikeluarkan terlebih dahulu fatwa berkaitan hukum orang Melayu masuk DAP, orang Syiah masuk PAS, Khawarij masuk PAS, dan orang melayu Islam masuk PKR. 

Jawab semua ini dulu secara terperinci kemudian baru cerita tentang orang melayu masuk Umno.

MEMANG SAH AGENDA UTAMA MEREKA CETUSKAN HURU-HARA!!!





 * Sempat lagi- KOS SARA HIDUP NAIK,BARANG LAGI NAIK!!!


by Mad Dhuha


Bekerja di Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 


PANDUAN PESERTA PERHIMPUNAN TURUN 31.12.2013


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?


o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis

o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan


2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?


o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja

o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas


3. Bilakah anda ditahan?


o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

o Apabila anda digari



4. Apa harus anda buat
apabila ditahan?


o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

o Tanya apakah alasan anda ditahan

o Tanya ke balai mana anda akan dibawa




5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan


6. Berapa lama polis boleh menahan anda?


o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis

o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan

Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari


7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?


o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam

o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

o Anda han
ya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan



8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda

o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis

o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan 




9. Bilakah anda didakwa di mahkamah?


o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'TURUN' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai. 



Disediakan:
UNIT JENAYAH
Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS PUSAT

JALAN KEINDAHAN! NIKMATNYA KESUDAHAN!!!




Di jalan ini, Nuh menangis.
Di jalan ini, Ibrahim dibakar.
Di jalan ini, para Nabi diburu, dilukai kejam.


Musa dan Isa. Zakariya dan Yahya.
Belum lagi Nabi kita, Muhammad Saw.
Yang diludahi, yang diusir, yang dimaki.
Yang dituding gila. Yang diperangi.
Yang diancam dan hendak dibunuh berkali-kali.



Sebenarnya, tak ada jaminan kau akan bersenang-senang didalam Dakwah.
Sebab sunatullahnya memang begitu. 



Dijelaskan berkali-kali.
Semua serba berat. Serba susah. 

Serba terkuras, rasa, fikir dan jiwa.
kerana tempat istirahat yang kekal 

di surganya Allah swt. 


InsyaAllah,Subhanallah........

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam kesabaran, dan memberikan kita segala pertolongan sehingga setiap persoalan yang kita hadapi selalu mendapatkan naungan dan kemudahan-Nya. 


Aamiin...

Dunia sementara,akhirat selama-lamanya! 

Monday 30 December 2013

Batas Aurat Muslim!!!


SESUATU yang harus ditutupi oleh seseorang kerana merasa malu atau rendah diri jika dilihat atau diketahui oleh orang lain disebut aurat. Aurat berasal daripada bahasa Arab aurah. Secara harfiah aurah bererti terbuka, kemaluan, telanjang, aib, cela dan cacat.


Aurat yang terbuka biasa mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga mengundang perbuatan yang tercela.


Ulama sepakat bahawa menutup aurat wajib hukumnya, baik lelaki mahupun perempuan, terutama yang telah dewasa.


Meskipun demikian, memperlihatkan aurat kepada muhrim atau suami isteri hukumnya mubah (boleh). Begitu pula untuk hal-hal darurat, seperti ketika berubat yang mengharuskan si pesakit memperlihatkan auratnya.


Salah satu surah yang digunakan para ulama untuk menetapkan hukum menutup aurat adalah surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: 


Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.


Sebahagian ulama, terutama dalam mazhab Hanafi, berpendapat suara perempuan merupakan aurat. Hal ini didasari oleh firman Allah SWT yang bermaksud: 


…Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…


Menurut mereka, membunyikan kaki saja tidak boleh, apatah lagi mengeluarkan suara yang dapat mengundang fitnah dan nafsu berahi.


Adapun ulama Mazhab Syafie berpendapat suara perempuan bukan aurat. Kerana itu, mereka berhak ikut dalam berbagai kegiatan, seperti jual beli.


Bahkan, isteri-isteri Nabi Muhammad SAW juga banyak yang meriwayatkan hadis dan mengajarkan agama kepada semua orang.


Batas aurat



Setiap yang mengakui dirinya Islam dituntut agar berusaha menjadi Muslim sejati. - Gambar hiasan


Para ulama berbeza pendapat tentang batas aurat laki-laki dan perempuan. Menurut Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Syafie, batas aurat lelaki ialah anggota tubuhnya antara pusat dan lutut, sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: 

Paha adalah aurat. (riwayat Bukhari)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah kemaluan. Ini didasarkan pada hadis daripada Anas bin Malik bahawa: 

Nabi pernah membuka pahanya ketika beliau duduk bersama para sahabat. (riwayat Bukhari)

Batas aurat perempuan, menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya, termasuk muka dan kedua-dua telapak tangannya, bahkan kukunya.

Pendapat lain mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangannya. Imam Hanafi berpendapat bahawa kaki perempuan tidak termasuk aurat.

Setiap Muslim wajib menutup auratnya dengan cara berpakaian.

Ajakan bertaubat merupakan isyarat bahawa pelanggaran besar mahupun kecil terhadap tuntutan memelihara pandangan kepada lawan jenisnya tidak mudah dihindarkan oleh seseorang.

Kerana itu, setiap orang dituntut untuk berusaha sebaik-baiknya dan memohon ampun kepada Allah s.w.t atas kesalahan yang dibuatnya.

Utusan Malaysia Online Bicara Agama 

WASIAT IMAM SYAFIE!!!


SEBELUM Imam Syafie pulang 

kerahmatullah..

Beliau sempat berwasiat kepada para

muridnya dan umat Islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat 
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.