Tuesday, 6 October 2015
APABILA TUHAN SUDAH MATI!!!
Gadis ini ialah salah seorang daripada 4 melayu
yang dok saman menghalang private bill hudud
daripada dibentangkan oleh TGHH. Serius aku
lupa nama dia siapa.
Memang aku marah. Marah sebab melayu
(yang mengaku islam) sendiri menghalangi
usaha menegakkan hukum Allah. Allah tu
Pencipta dia, Pencipta aku, Pencipta LGE,
Pencipta TGHH, Pencipta segala-segalanya.
Kita tak de hak langsung untuk halang
perlaksanaan hukumNya sebab kita ni hamba.
Hamba mana boleh lawan cakap tuan? Inikan
pulak nak lawan cakap Tuhan! Gila ke apa?
Cumanya aku tak lah marah sampai nak maki
hamun minah ni dan kawan-kawannya. Silapnya
dari kecil dia mungkin tak didedahkan dengan pendidikan Islam yang betul, yang syumul.
Mungkin rakan-rakan gaulannya juga bukan
dari jenis yang mementingkan Islam.
Mungkin dia lahir daripada masyarakat yang beranggapan Islam itu memundurkan. Bukannya
tak de kisah masyarakat kita yang beranggapan
belajar agama itu akan menyebabkan seseorang
itu "susah nak hidup bila dewasa nanti". Maksud
nya ialah papa kedana sebab tak de kerja la.
Mungkin dia terlalu menjiwai perlembagaan
barat sehinggakan tak nampak keindahan
Islam.
Mungkin ada yang cuba menegur, namun mungkin
juga tiada siapa di kalangan agamawan yang cuba menariknya kembali dari kesesatan. Wallahu a'lam.
Tak apa la dik. Anda mungkin jahil, dan semoga
satu hari nanti anda akan terbuka hati untuk
belajar tentang Islam agar anda tidak lagi jahil.
Semoga Allah berikan hidayahNya kepada anda
agar kembali menjadi muslimah yang solehah,
seperti sepatutnya anda jadi. Sayang sekali -
dalam Islam, wanita cukup mudah masuk syurga.
Malang jika anda melepaskan peluang sebegitu
dengan mudah saja.
Semoga satu hari nanti, kemahiran anda dalam perundangan dapat digunakan untuk memantap
kan Islam di Malaysia ini, insya Allah.
Rasulullah tetap menerima Hindun selepas
taubatnya walaupun Hindun itulah yang
memamah jantung pakcik Baginda. Maka
apalah kami ini jika dibandingkan dengan
Baginda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment