Bekas peguam Seketariat Perundangan Umno, Ahmad Shuaib Ismail berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengambil kesempatan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan persepsi rakyat dengan melibatkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
KUALA LUMPUR, 10 Oktober:
Bekas peguam Seketariat Perundangan Umno, Ahmad Shuaib Ismail menyarankan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno kerana beliau kini bertindak seolah-olah seperti pembangkang.
Menurutnya, bekas timbalan perdana menteri itu juga cuba mengambil kesempatan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan persepsi rakyat dengan melibatkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Muhyiddin cuba ambil kesempatan dengan apa yang berlaku sedangkan sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin sendiri berada dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“Segala masalah yang berlaku berkaitan 1MDB dalam pengetahuan beliau namun dia bertindak seolah-olah seperti tidak bersalah dan menunding jari kepada Datuk Seri Najib,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
“Seperti yang kita sedia maklum, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri namun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno masih dikekalkan dan secara tersirat, sepatutnya beliau mainkan peranan sebagai penyokong kepada Datuk Seri Najib untuk memperbaiki Umno.
“Apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana beliau tidak mainkan peranan sebagai Timbalan Presiden Umno tetapi sebaliknya mengambil peranan sebagai perosak Umno,” ujarnya.
Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin pada Khamis lalu, Shuaib memberitahu bahawa, kata-kata Muhyiddin yang menyifatkan 1MDB sebagai syarikat yang sarat dengan hutang adalah mengelirukan kerana sebagai bekas anggota Kabinet, Muhyiddin tentunya lebih ariff dengan selok-belok syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan itu.
“Muhyiddin kini bercakap seolah-olah seperti ketua pembangkang hingga nampak tembelangnya untuk mengecam kepimpinan Datuk Seri Najib dengan bawa perjuangan peribadi.
“Beliau patutnya terangkan kepada rakyat dan juga Penyimpan Mohor Raja-Raja tentang apa yang berlaku termasuk pelan rasionalisasi yang sedang diusahakan oleh 1MDB namun kenyataan beliau baru-baru ini dilihat lebih kepada serangan bermotifkan politik untuk mensabotaj,” katanya.
Beliau berkata, oleh sebab itu, beliau menyarankan agar Muhyiddin meletak jawatan Timbalan Presiden Umno dan berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di luar dari kepimpinan Umno.
“Biarlah Umno dipimpin oleh mereka yang setia dengan parti itu. Saya pun letak semua jawatan supaya bebas nak bercakap. Kalau duduk dengan jawatan dalam Umno pusat, saya tidak bebas bersuara dan kini saya menyampaikan suara pun sebagai ahli Umno biasa dan rakyat Malaysia.
“Kalau masih pegang jawatan dan mengata kepada kepimpinan Umno, orang akan cop individu itu bersuara atas dasar kepentingan peribadi bukannya atas dasar parti dan rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shuaib turut menyamakan tindakan yang dibuat oleh Muhyiddin itu sama dengan apa yang dibuat Dr Mahathir.
“Apa yang diutarakan bekas perdana menteri itu boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara apabila masyarakat antarabangsa membaca laporan yang dibuat oleh media luar. Pelabur pun boleh rasa kurang yakin dengan kebolehan negara namun kini pelabur kembali yakin setelah kepimpinan Datuk Seri Najib memberikan penerangan dan nilai mata wang Ringgit pun sudah kembali kukuh.
“Kenapa Muhyiddin tidak mempertahankan Najib sebaliknya mencari peluang untuk menjatuhkannya. Bukan dia tidak tahu, apa-apa serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia boleh beri tekanan kepada negara dan ini bukannya soal ‘main-main’,” katanya.
Tambahnya, Dr Mahathir banyak berdosa dengan negara dan rakyat Malaysia namun, semua dosanya itu sudah dilupakan setelah beliau berjaya mengalihkan kesalahannya itu ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
“Mahathir banyak terlibat dengan pelbagai skandal di zaman pemerintahannya hingga digelar sebagai Maha Firaun. Terlalu banyak dosa beliau kepada rakyat dan negara dan kini beliau cuba menutup dosanya dengan menyalahkan Datuk Seri Najib pula.
“Sedangkan kerosakan yang beliau buat terhadap Umno sendiri menyebabkan parti itu berpecah pada tahun 1998 hingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dan Umno diharamkan pada tahun 1987. Malah ketika Pak Lah menjawat jawatan sebagai perdana menteri pun, Mahathir beri tekanan hingga empat negeri jatuh ke tangan pembangkang.
“Kata-kata Mahathir itu bersifat peribadi serta banyak hasutan. Oleh itu, saya minta agar kerajaan menyiasat kerana dia banyak menghasut dan memecah-belahkan rakyat Malaysia. Jika benar dia berjuang untuk negara, kenapa skandal beliau seperti kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Bumiputra Malaysia Finance (BMF) tidak disiasat semula?” ujarnya.
more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/10/muhyiddin-elok-letak-jawatan-berjuang-bersama-tun-m/#ixzz3oFUBgr8o
more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/10/muhyiddin-elok-letak-jawatan-berjuang-bersama-tun-m/#ixzz3oFUBgr8o
4 comments:
Ya ker apa yang ko katakana atau ko nak political mileage gak......hehehehe
Mcm muka gay tua je..
jgn hina susuk tubuh kerana itu pemberian dari Illahi....ke kau nak tukar rupa kamu pada hari ini kepada rupa huduh suatu hari nanti???....bagi Tuhan mengambil baik rupa kamu adalah semudah dan sepantas kilat..insaf laa..
Sejarah membuktikan yg tsmy adalah anjing setia mahdey sejak pertelingkahan tsmy dgn almarhum sultan johor.Mahdey yg kutip tsmy dan bawa dia ke kabinet.Klu ikut ranking dlm umno..tsmy boleh jadi pm jika berlaku sesuatu pada presiden.
Jadi isu 1mdb telah membutakan hati tsmy dgn beranggapan mahdey mempunyai kuasa luar biasa yg dpt mngubah segala2nya dlm politik umno dan negara.
Skrg terbukti serangan mahdey ke atas 1mdb krn lubuk emas kroni diambilalih 1mdb.Sokongan tsmy ke atas mahdey telah menjadikan dia hanya anjeng dan boneka mahdey dan kroni2 nya kaya raya.Segala keputusan akan dianggap oleh rakyat adalah keputusan tangan2 ghaib dan menjadikan tsmy cuma boneka tanpa maruah.
Pintar tetapi bodoh krn tunduk kpd golongan munafik yg dah cukup mewah!!!!
Post a Comment