YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad
KENYATAAN YB DATO' HJ ABDUL RAHMAN MOHAMAD(AHLI PARLIMEN LIPIS/KETUA UMNO BAHAGIAN LIPIS) BERKAITAN ISU KHUTBAH AIDIL ADHA DI PAHANG
Sedih lagi menghinakan, apabila ada segelintir pihak dan individu yang mahu mengaut keuntungan politik murahan. Lebih memalukan dan teramat malang apabila yang mempertikaikan khutbah adalah orang Melayu yang mengaku Islam tetapi menjadi lisan dan tangan puak kafir harbi.
Polemik pertikaian khutbah solat Aidil Adha baru-baru ini masih belum padam malah semakin marak apabila saya difahamkan adanya ura-ura Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab mahu menyaman Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.
Memang benar negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan sesiapa juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika beliau yakin di pihak yang benar.
Namun,satu perkara yang berlegar di benak fikiran saya,dimanakah suara Melayu-Islam yang mahu respon dan mempertahankan Mufti Pahang?
Saya menyeru semua parti yang mendokong agama Islam sebagai wadah utama perjuangan baik Pemimpin dan Ahli UMNO,Pemimpin dan Ahli PAS mahupun Pemimpin dan Ahli PAN harus memainkan peranan dan memastikan sikap kurang ajar DAP mengecam Mufti Pahang dan Agama Islam ini tidak berlanjutan.
Peringatan saya pada parti DAP, cukup-cukuplah bermain api politik perkauman dan keagamaan ini, DAP harus insaf bahawa merekalah yang sebenarnya punca perpecahan kaum di negara ini. Sampaikan khutbah Aidil Adha umat Islam pun mahu dipertikaikan?
Kepada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman, terima kasih dan tahniah kerana tidak berganjak dari saf daulah Islamiyah. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pejuang tulen Alif (Agama) Ba (Bangsa) dan Ta (Tanah Air).
-Abdul Rahman Mohamad-
Tindakan saman juga perlu diambil terhadap kereta
yang buat bising di jalan raya ketika kaum mereka berkahwin.Hon bising dibunyikan sesuka hati sepanjang jalan membingitkan telinga dan mengganggu keselesaan orang lain.
Kita akan bertolak ansur kalau mereka juga bersikap suka bertolak ansur.Sikap tak apa yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu kala sudah tidak boleh dijadikan ikutan lagi kerana mereka sekarang sudah kurang ajar.
Sikap terlalu baik hati dan suka mengalah yang diamalkan oleh datuk nenek kita dulu sudah tidak sesuai lagi untuk dipraktikkan lagi sekarang ini kerana mereka sudah tidak sedar diri yang mereka hanya sekadar menumpang di tanah melayu ini.
Kurang ajar lawannya kurang ajar juga.Menceroboh dan menghina agama islam adalah sikap yang terlampau dan mengundang bahaya.
Ikut hukum Islam golongan seperti ini halal darah mereka untuk ditumpahkan termasuklah melayu yang mengaku islam tetapi bersekongkol dengan kafir harbi yang bermaharajalela memperkosa agama Islam tanpa rasa segan silu dan takut.
Mereka rasa terlalu berani dan mereka juga harus berani berhadapan dengan umat islam yang berasa agama mereka semakin terancam.
Mati mempertahakan agama adalah mati syahid yang menjanjikan syurga!!!
No comments:
Post a Comment