Tuesday, 13 October 2015

1 MDB DIGEMBAR-GEMBUR HANYALAH SASARAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN NAJIB!


Segala persepsi dah terungkai.Masih nak menafikan 
lagi ke?Atau pun masih nak cari isu-isu lain dengan 
cubaan nak memburukkan kerajaan yang dipimpin 
oleh DSN.!



Alhamdulillah.. akhirnya, kebenaran tentang 1MDB 
telah muncul. Namun ini satu perkhabaran yang tidak baik kepada kelompok manusia (terutamanya puak 
pro Mahathir) anti kerajaan pimpinan PM Najib. Mahu dibuktikan dengan cara yang bagaimana lagi agaknya ye?

Sudah lah tak perlu nak susah-susahkan diri. Buat 
penat aje 1MDB untuk manfaat rakyat jugak.. 

Ianya satu jaminan untuk pembangunan negara dari pelbagai aspek demi masa depan generasi yang akan datang.
- - -

PUTRAJAYA 8 Okt. - Jabatan Peguam Negara 

mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas mengkaji kertas siasatan Bank Negara terhadap 
syarikat tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jabatan itu mengesahkan menerima kertas siasatan tersebut daripada Bank Negara pada 21 Ogos lalu.

‘‘Kertas siasatan telah diteliti Timbalan Peguam Cara Negara I, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah yang membuat keputusan tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB serta mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu diambil.

‘‘Kertas siasatan telah dipulangkan pada 11 September dan keputus­an berkenaan turut dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama,’’ kata kenyatan itu.

Kenyataan itu dibuat bagi meng­ulas titah Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan 

secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Jabatan Peguam Negara seterusnya memaklumkan 

pada 1 Oktober lalu, Bank Negara telah meminta 
jabatan tersebut supaya mengkaji semula keputusan hasil siasatan yang telah dibuat.

‘‘Selepas mempertimbangkan fakta bahawa tidak lagi ada bukti baharu, Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputus­an awal. 


Dalam soal ini, Jabatan Peguam Negara ingin menyatakan bahawa laporan berita antara 12 
September hingga hari ini bahawa kertas siasatan berada di jabatan ini dan perbincangan masih 
dijalankan adalah tidak tepat,’’ jelas kenyataan itu.

Jabatan Peguam Negara turut memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB kerana ke­terangan daripada beberapa saksi penting belum dirakamkan.

Jabatan itu turut menegaskan, pasukan petugas khas mengenai 1MDB tidak pernah dibubarkan dan siasatan yang sedang berjalan tidak pernah terhalang atau terhenti.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pegawai-1mdb-tidak-lakukan-kesalahan-1.144508

No comments: