Tuesday, 27 October 2015

RINTIHAN GURU ANGKARA BEKAS MURID YANG BERGURUKAN JEMBALANG TANAH!!!

susah jugak berhadapan dengan hantu yang 
sering berurusan dengan manusia!!!



KHUSUS BUAT EX MURID YANG TAKABUR

RUJUK TAJUK : cikgu mengada-ngada.Kami pun ada paru-paru!

kata kau orang..


Cikgu mengada-ngada.Cuti banyak pun ngada lagi..



Tapi pernah kau tahu saat anakanak kau cuti sekolah, cikgucikgu tu pergi sekolah macam biasa dan selesaikan segala kerja, report-report dan result-result anak kau?




Kata kau orang..


Cikgu kerja senang..


Tapi pernah kau tau, cikgu punch card ja 7.30 pagi, terus langsung tak berhenti. habis mengajar di blok A, berkejar ke blok C, anak kau tunggu je dalam kelas goyang kaki. Saat kerja dalam kelas pun tak menang tangan, kementerian bagi pula kerja-kerja pejabat. kau pernah tanya?



Kata kau orang..


Apa susahnya layan budak-budak je pun..



Kau pernah tanya saat kau kerja dalam ofis aircond, sambil ada masa main fb, Cikgu-cikgu tu tengah panas dengan budak-budak buat line padang. Kau ada saat budak-budak kita bergaduh sampai baling-baling kerusi dan koyak-koyak tudung?


Berapa tahun kau kerja ofis? Berapa kali kereta kau kena calar? Berapa kali tayar kau kena pancit?Dah nasib,apa nak buat?Perangai anak teruk angkara mak bapak tak reti nak berdoa ketika bersetubuh kot?



Kata kau orang..


Sabtu Ahad pun cuti. ngada-ngada..



Kau datanglah sekolah hari Sabtu Ahad. dan kau tengok sendiri. Ya, kalau kau kerja Sabtu claim OT. kerja Ahad OT triple. Cikgu Sabtu Ahad? NOTHING. Dia bising ke kau dapat OT?



Kata kau orang..


Cikgu balik pukul 2 petang.


Kau hidup zaman bila ni? Kau datang lah pukul 6 petang pun kereta mereka masih di situ. Dan macam biasa, itu BUKAN O.T


Kau kerja pejabat.


Engineer, Doktor.. satu hari kalau bos kau suruh kau masak. kau rasa kau buat? Come on. Engineer kot.
Tapi kau pergi sekolah.. cikgu tu la yang ajar jadi dewasa, dan cikgu yang sama, yang jadi budakbudak bodohkan diri dia untuk buat anakanak kau gelak. Cikgu yang kaki bangku tu lah yg usung anak kau serata daerah lawan bola. Cikgu yang ngada lebih tu la kejap baju kemeja, kejap baju pengakap, kejap baju PJ lambang sekolah. Kau ada tanya perasaan dia?

Hari ni sebab jerebu sehari dua kau katakan ckgu ini hina. Kerana rezeki dia cuti dan kau takda. Kenapa hati kau busuk sangat? 

Saat anak-anak kau ada masalah, dia cari cikgu dia.Dia tak cari kau. And then u still claim ckgu as "hina"? thankz Malaysian. seriously Thanks..

No comments: