Sunday, 11 October 2015

MUNNA BHAI BABA DAN PENYAMUNNYA AKAN DISIASAT KEGIATAN MEREKA!!!


DS NAJIB AKAN BONGKAR DAN ROBOHKAN SEMUA GUA-GUA PENYAMUN BHAI BABA DAN 40 EKOR PENYAMUN-PENYAMUN TARBUSNYA.


BERPULUH  TAHUN MUNNA BHAI BABA DAN 40 PENYAMUN TARBUSNYA MENYAMUN DAN MENCURI 
HARTA NEGARA DAN MENYEMBUNYIKAN HASIL CURIAN DALAM BERPULUH SYARIKAT TERMASUK 
SYARIKAT ANAK-ANAKNYA SENDIRI.

SEKARANG PENYAMUN TARBUS MUNNA BHAI BABA MACAM CACING KEPANASAN:


Proksi: Lebih Banyak Lubuk Duit Akan Dimusnahkan.


Kelmarin, Malaysia Today melaporkan, 
Francis Yeoh memperolehi pendapatan 
berjumlah RM15 sehingga 29 bilion 
sepanjang 21 tahun menerusi syarikat
nya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan 
bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion 
lagi sekiranya kerajaan bersetuju 
untuk menyambung Perjanjian Pembelian 
Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional 
Bhd untuk selama 25 tahun lagi, 
sepertimana yang diminta oleh YTL. 

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, 
bagaimanapun, enggan melayan 
permintaan YTL untuk memanjangkan 
kontrak dan pada 1 Oktober 2015, 
YTL menyaksikan kilang duitnya telah 
'ditarik balik'. 

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa 
IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-
pengeluar tenaga yang lain. 

Sekiranya mereka enggan menjual kepada 
1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga 
akan menerima nasib yang sama seperti YTL 
Power memandangkan kebanyakan PPA 
untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir 
sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 
bilion untuk memperolehi baki IPP yang 
lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak di
ambilalih, kerajaan terpaksa membayar 
10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut 
kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 
25 tahun akan datang. 

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 
10% pendapatan YTL sahaja datangnya 
daripada IPP tersebut, manakala Ananda 
Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja 
Negeri Sembilan turut memperolehi 
pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada 
perniagaan IPP.  

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan 
yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang 
menguasai kemewahan daripada penjualan 
tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba 
melihat dan memomok-momokkan 1MDB 
sebagai sebuah entiti berhantu sehingga
kan kempen agar Najib diturunkan daripada 
jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.  

PPA inilah juga yang menyebabkan Allah
yarham Anie Arope meletakkan jawatan 
sebagai Pengerusi TNB kerana tidak 
bersetuju dengannya. 

Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu 
rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang 
menurut mereka terlalu banyak lompat dan 
tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak 
duit' semata-mata. 

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya 
mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus 
mematikan 'angsa emas' kumpulan-
kumpulan tertentu sehingga sakit hati 
tersebut memunculkan kempen menurun
kan Najib daripada jawatan Perdana 
Menteri dan keburukan 1MDB kepada 
negara.  

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya 
IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, 
tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut 
menerima nasib yang sama iaitu AP untuk 
kenderaan-kenderaan import dan golongan 
penyedut darah rakyat Malaysia selama 
lebih 30 tahun. 

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan 
oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis 
yang diberikan kepada pemegang francis 
jenama-jenama kereta yang didaftarkan 
dengan MITI dan satu lagi adalah AP 
terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi 
mengimport sebarang jenama kereta 
untuk dijual di pasaran Malaysia. 

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan 
setiap tahun, sepatutnya hanya 10% 
daripada jumlah keseluruhan kereta 
yang dipasang di dalam negara bagi tahun 
sebelumnya dan 60% AP telah diberikan 
kepada pemegang AP terbuka Bumiputera 
manakala 40% lagi diberikan kepada 
pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' 
telah muncul apabila didedahkan, hanya 
beberapa orang individu sahaja yang 
memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, 
antara mereka yang menjadi Raja AP 
termasuklah Allahyarham Tan Sri SM 
Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman 
Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff 
Abdul Aziz. 

Mereka telah berjaya memperolehi 
33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada 
jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 
2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 
68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut 
senarai yang didedahkan oleh kerajaan. 

Berdasarkan kepada anggaran jualan 
kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan 
daripada perniagaan ini adalah RM996 
juta secara keuntungan bagi tahun 2004 
dan RM848 juta bagi tahun 2005. 

Jumlah keseluruhan perniagaan AP 
adalah lebih kurang RM2 bilion setahun 
atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion 
semenjak kali pertama ia diperkenal
kan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi 
Perdana Menteri (dan apabila dia meng
implementasi sistem berkenaan).

Menurut maklumat dari industri permotoran, 
AP telah menghasilkan kenaikan harga 
kereta sebanyak 20% berbanding harga 
sebenar memandangkan para pembeli 
kereta akan memberi subsidi kepada 
pemegang-pemegang AP secara tanpa 
sedar. 

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan 
AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia 
bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan 
oleh Amerika Syarikat. 

Berita tentang pengakhiran perundingan 
selama lima tahun antara Malaysia dengan 
Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-
benar mencemaskan golongan terbabit 
kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja 
Malaysia menyertai TPPA, mereka akan 
kehilangan hak AP, malahan AP sendiri 
sudah tidak wujud lagi. 

Satu lagi mesin cetak duit yang amat 
menguntungkan dan bakal dihapuskan 
oleh Najib adalah mesin slot. 

Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah 
menjana keuntungan dianggarkan lebih 
RM10 bilion setahun di mana 70% 
daripada perniagaan tersebut dikuasai 
oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, 
saudara lelaki Vincent yang mengendalikan 
perniagaan tersebut, menjadi pengkritik 
keras Najib Abdul Razak dan pentadbiran
nya.-TFK.

SIASAT, TANGKAP, DAKWA DAN PENJARA!!!!!

No comments: