Wednesday 30 November 2011

Shahrizat,Panglima Perang Tanpa Senjata!

Shahrizat mengamuk sakan dalam PAU 2011.Memang wajar pun beliau mengamuk.Tapi amukan itu tidak akan mengubah keadaan.Keadaan tetap serupa.Imej sudah tercalar.Bukan dek kerana realitinya tapi dek kerana persepsi.

Persepsi rakyat terhadap beliau adalah berdasarkan intergriti.Shahrizat tiada intergriti lagi.Shahrizat tak perlu bertanding lagi.Namun Shahrizat masih diperlukan oleh Umno untuk memimpin jentera sayap parti tertua Umno.

Banyak cara untuk berkhidmat kepada parti.Tak jadi YB pun boleh berbakti cemerlang membantu parti.Wira tak didendang ramai sekali dalam umno.Mereka berkhidmat demi kelangsungan kuasa melayu di bumi bertuah ini.

Memang Shahrizat tak bersalah langsung.Beliau mangsa keadaan.NFC berdaya maju.Tiada kerugian.Salah apanya Shahrizat ni?Memang tak bersalah.

Beliau tak terlibat langsung dalam penganugerahan projek kepada suaminya.Bermakna tiada penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh beliau.Dia memang bersih.Cuma tak nampak bersih.Itu aje!

Tapi dari sudut moralnya dia sudah tempang sedikit.Dari segi moralnya dia tidak mengambil rasa tanggung jawab terhadap rakyat.

Rakyat melihat dan menilai.Dalam penilaian mereka kalau Shahrizat bukan menteri apakah mungkin suaminya mendapat projek tersebut?Tentu tidak.Ini sudah jelas pada mata rakyat berlakunya kronisme.

Ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.Itu duit rakyat.Wajarlah mereka bersuara.Salahkah mereka bersuara pada perkara yang melibatkan mereka.

200 juta tu banyak jumlahnya.Kalau diagih-agihkan pada penternak yang ramai ada di Malaysia ini sudah barang tentu ramai merasai nikmatnya.Penternak dapat,pekerja mereka pun dapat.Maka taburan begitu meluas.

Inilah rasionalnya luahan hati rakyat yang menjunjung kebenaran.Bukan isu politik di sini tapi lebih kepada moral dan intergriti.Beliau tu menteri,kalau orang lain tak heboh pulak.Berilah pada taukeh besar bumiputera atau join dengan syarikat bukan bumiputera,orang tak heboh pun.

Menteri pengangkutan India langsung tak bersalah apabila kereta api berlanggar.Tapi keperibadian tingginya membuatkan dirinya berasa bertanggungjawab lalu melatakkan jawatan.

Kesimpulannya adalah terbaik bagi dirinya dan partinya,beliau tidak perlu bertanding pada PRU 13.Ini adalah formula terbaik untuk memulihkan imej yang sudah tercalar.Berilah peluang kepada winnable candidate untuk berdepan dengan sijelita PKR tu.InsyaAllah boleh tawan kembali.

Shahrizat boleh terus berperanan sebagai panglima perang tentera amazon dalam berdepan dengan musuh.Segala pengorbanannya akan berbalas dan berbaloi kepada parti.Orang berbudi kita berbahasa.
Parti menang Sharizat pun tidak akan dilupakan.Harta rampasan tetap dia merasa!!!!

PAS Tak Bersunat,Blogger dinturtle Tolong Sunatkan!

  Kaji dan teliti pemikiran Blogger dinturtle di bawah:

 Ust Hadi / Pas Nak Pertahankan Rasis ?

Ustaz Hadi nak mencelah juga tu tentang Hak Melayu dan Umno dalam sibuk-sibuk berlangsungnya PAU kali ni. TMI - Pakatan jamin kuasa Melayu.

Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan ‘sentimen perkauman’.

“Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti,” Juga bukan satu fantasi ...... hehehehe ...

Kutukan Dewata:

Jaminan konon,lihatlah apa yang berlaku di Selangor bila Ronnie Liu terlalu berkuasa,dia boleh over rule tindakan Dr Hasan Ali.Lihat di Kedah,Menteri Besar Kedah terpaksa akur mengubah keputusan setelah mendengar DAP berdehem!Itu jaminan ke namanya?

Saya boring betullah bila pemimpin Pas bercakap tentang Melayu ... mana satu ni ? Kejap kata tak boleh perjuangkan bangsa, kejap nak perjuangkan bangsa ? Kalau dah jamin kuasa Melayu dan hak Melayu tetap dikekalkan bukankah itu namanya mengiktiraf perjuangan atas nama bangsa ?

Dan bukankah memperjuangkan bangsa itu RASIS ? Bukan saya yang cakap tapi Nik Aziz yang cakap. Bukan saja memperjuangkannya malah perkataan bangsa itu sendiri RASIS ! Ni artikel tahun 2009 dari TMI - Nik Aziz says ‘bumiputera’ term is racist

 Masa tu tengah heboh dengan isu Adun Dap Johor Boo Cheng Hau yang menyamakan Bumiputera itu dengan Rasis dan Nik Aziz segera tampil kedepan mempertahankan ahBoo.

Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat said the use of the term “bumiputera” smacks of racism and deprived other races of government aid.



Kutuakan Dewata:
Bolehkah kita menerima ungkapan kata-kata pemimpin Pas yang sering bolak-balek ni.Sekejap kata tak bangga jadi melayu,sekejap kata hak melayu dijamin,sekejap kata bela melayu assobiyyah,sekejap kata hanya islam bukan melayu yang penting mana satu ni,wahai si lidah bercabang?Tak faham lahh.


Sekarang Ust Hadi pula nak jamin Bumiputera / Melayu akan kuasa dan hak mereka ..... Saya tak hairan kalau satu hari nanti Pas juga akan kata bangsa Melayu dinegara kita tak sama dengan takrif bangsa dinegara lain, disini Melayu itu Islam walaupun Islam itu tidak semestinya Melayu. Sebab Pas sudah semakin kearah Umno, kekadang tu Pas lebih nampak Umno dari Umno sendiri tiap kali berdepan Dap !

Lagi Ust Hadi berkata -

Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul. “Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal,”
Bila memperkatakan tentang kuasa ia lebih merujuk kepada pengaruh, tanpa pengaruh apa gunanya kuasa. Yang ini ada saya komen diartikel minggu lepas - Penang Kearah Autonomi Sendiri ? - bukan bilangan wakil rakyat yang penting tapi sebesar mana pengaruh mereka keatas keputusan kerajaan yang menjadi perkiraan.


Kutukan Dewata:
Haji Hadi,Bukan soal jumlah kerusi abang,soalnya sekarang apakah jaminannya bagi pihak Pas untuk tidak tunduk pada desakan Dap.KITA LIHAT ANDAIAN DIBAWAH:



Dap dan sewaktu dengannya: 60 kerusi(kerusi bukan melayu,kata Hj Hadi)
Pas                                      : 62 kerusi(dapat ke,itu pun kalau bertanding 100 kerusi)
Jumlah                                 :122 kerusi
Tertubuhlah kerajaan pakatan rakyat.


Apakah jaminannya yang Pas tak akan tuduk pada tuntutan Dap yang memang terkenal brutalnya itu?
Demi kelangsungan kuasa Pas akan merelakan tindakan sekutunya seperti yang telah berlaku di negeri Selangor dan Kedah.Puak rasis ini tidak akan melepaskan peluang walaupun dengan merampas hak orang.
Dap akan teruskan budaya ugutan yang memang lazim berlaku dalam budaya kongsi gelap cina.Lu tak ikut cakap wa,wa keluar lu mampuss!!Maka akan tergadailah hak melayu satu persatu.

Yang saya nampak jelas sekarang, kedua-dua parti politik utama orang Melayu akan berebut-rebut mendabik dada mengaku sebagai JUARA bangsa Melayu bila berdepan dengan audien Melayu, tapi bila berdepan dengan bangsa lain, kedua-duanya juga berebut-rebut nak tunjuk merekalah yang paling LIBERAL.

Masih adakah lagi parti yang berani mengaku memperjuangkan bangsa Melayu, mengaku menjadi JUARA MELAYU  baik didepan Melayu, atau bangsa lain atau diperingkat dunia sekalipun ?

KUTUKAN DEWATA:

Pas bolehlah kita labelkan Parti Anak Sesumpah.Dia sering menukar warna kulitnya.

Ketika memerlukan undi orang melayu Pas mencanangkan hudud.Setelah mendapat undi melayu dan bertambah kuat tetapi masih gagal membentuk kerajaan dia cuba dapatkan sokongan bukan melayu untuk mencapai kuasa idaman.

Pelbagai prinsip pegangannya selama ini di gadaikan demi kuasa.Pas tak konsisten dalam memegang prinsip perjuangan.Setelah menyedari melayu semakin marah dan meluat maka mereka jadi takut dan berbalik semula mencanangkan Hudud.

Sekarang bila UMNO cuba mempertahankan Status quo melayu yang semakin terancam angkara asakan bertali arus babi rasis yang di sokong pengkhianat bangsa melayu sendiri,mula lah Pas mengada-ngada cuba
menonjolkan diri sebagai pembela bangsa Melayu.

Munafik dan hipokrit sungguh Parti Anak Sesumpah ni!!!!!!!!!!

Syabas Dinturtle,mereka ni buat kerja macam orang tak bersunat.Kau tolonglah sunatkan mereka,kalau berdegil juga potong sampai pangkal biar dia join kumpulan seks bebas!!!!

Tuesday 29 November 2011

Hudud VS Undian Penyokong Pandir!!!!!!!!

Semalam entah macam mana aku tersesat ke laman web pembangkang tegar.Blogger ni terkenal juga dan tinggi ratingnya.Tapi bila aku baca isi kandungannya ternyata lah ianya seperti majalah gila-gila atau mangga yang ramai pembacanya tapi isinya menggelikan hati.

Blogger ini menganjurkan undian(poll)tentang UMNO menolak hudud.Sudah tentulah tinggi peratusnya,78%, sebab yang mengundi adalah penyokongnya yang pandir-pandir belaka.Yang dicucuk hidung.Yang kurang upaya untuk berfikir sendiri.

Kalau blogger ini anjurkan undian Darah Orang Umno Halal Ditumpahkan nescaya 100% penyokong pandirnya menyokong.Peratusan undi tersebut tiada kesahannya.Peratusan syok sendiri.

Kalau kita tanyakan penyokong mereka apa itu hudud aku gerenti 78% daripada mereka takkan tahu atau faham apa itu hudud.Jangan ingat mereka ahli parti islam mereka dah sempurna islamnya.Mereka serupa aje dengan orang lain.Mereka juga ada yang kaki judi,kaki nombor,kontraktor kuat kasi rasuah,kaki betina dan lain-lain yang sewaktu dengannya.Usah tipulah aku,aku pun ramai kawan yang jadi ahli pas,masak sangat dengan perangai mereka.

Tak usahlah blogger tersebut tersenyum gembira dengan keputusan peratusan yang tinggi kerana itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri.

Tak faham hudud jangan menyalak beria-ia sangat.Nanti dapat dosa kering aje.

Untuk pengetahuan umum,Hudud Allah ciptakan bukan untuk dikuatkuasakan penghukumannya.Hukum ini lebih kepada memperingat dan penanda aras keimanan sesorang mukmin.Sebab itu pada zaman nabi tiada pelaksanaan hukuman ini yang disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang.Tiada nabi tubuhkan pegawai penguatkuasaan undang-undang hudud untuk menangkap pesalah hudud.

Yang ada dilaksanakan ialah apabila pesalah hudud sendiri mengaku di hadapan nabi yang agak keberatan untuk menerima pengakuan pesalah tersebut.Berulang-ulang kali pesalah tersebut merayu minta dihukum baru lah dengan berat hati nabi melaksanakannya.

Mengapa pesalah hudud bertindak demikian?Kerana keimanan yang teguh terhadap Allah,kerana membenarkan hukum Allah tentang hudud itu benar semata-mata benar.Kerana itulah nabi menjaminkan syurga untuk pesalah tersebut.Bukan Nik Aziz yang  boleh jamin sembarangan tiket untuk ke syurga.Nik Aziz tidak wajar meletakkan dirinya setaraf nabi junjungan kita.

Pelaksanaan hukum hudud hanya dapat dilaksanakan dengan pengakuan pesalah yang sedar akan kesalahannya.Mengapa begini?

Ini adalah kerana Allah telah meletakkan syarat yang agak ketat dan rapi.Jadi jelaslah ianya bukan untuk dikuatkuasakan melalui penguatkuasaan undang oleh pegawai penguatkuasaan yang akan menangkap pesalah.

Cuba lihat Syarat utamanya iaitu Persaksian 4 saksi yang tidak fasik.


Boleh jamin ke si penzina akan berzina tunggu 4 orang saksi yang kamil melihatnya?Mustahil!
Andainya tuntutan nafsu penzina membuak-buak,dia orang tak kan berzina depan orang ramai.Tentu dalam bilik atau di tempat tersorok.Maka lepaslah mereka.

Kalau nasib tak baik mereka akan terserempak oleh orang.Katalah cukup 4 orang saksi,adakah saksi ini yang bolehlah kita kategorikan saksi yang tidak fasik hanya akan membiarkan sahaja?Sudah tentu kena penerajang sebelum keris masuk sarung.Kalau saksi ini tidak terajang sudah tentu dia orang akan terhukum kerana bersubahat.Maka tergolonglah mereka dalam kalangan saksi yang fasik.Silap hari bulan mereka pun tumpang sekaki.Maka sudah barang tentu penghukuman hudud tidak terlaksana.Jadi qisas dan takzir alternatifnya seperti sekarang ini.

Begitu juga perlakuan rogol.Orang tak merogol depan orang ramai.Nak mampus!!

Orang akan merogol di tempat sunyi tiada orang.Bagaimana kita nak hukum perogol ini?Cara sekarang lebih afdal berdasarkan DNA atau atau cap jari di sekitar lokasi.Ini lebih menjamin keadilan.


Jadi jelas sekali Allah Memperuntukkan hukum hudud dengan tujuan memperingatkan tentang azab hukuman tersebut,berkait dengan kesalahan tertentu.Agar keimanan orang mukmin menjadi semakin kukuh dan teguh.Ianya jadi penanda aras keimanan sejati terhadap Allah.


Ianya bukan untuk dijadikan senjata politik oleh orang yang memperdagangkan agama.
"Aroaitallaziyukazzibubiddin".

Monday 28 November 2011

Lim Kit Siang!Jangan Cuba Menanam Benih-benih Militan Ke Dalam Jiwa Melayu!!!!

Lim Kit Siang Dalang Sebenar 13 Mei 1969...!!!!!!







                                Mahukah kita melihat peristiwa seperti ini berulang lagi?



Mengimbau sejarah negara akan membuatkan kita lebih matang dan bijak menilai sepak terajang politikus yang ada pada hari ini.Mereka telah memainkan peranan dalam mewarnai politik negara.Agenda yang mereka cuba laksanakan di negara ini suatu ketika dulu telah gagal kerana tindakan pantas yang telah diambil oleh pemerintah ketika itu.


Namun demikian dapatkah kita mengabaikan sahaja apa yang telah mereka lakukan dahulu?Apakah jaminannya yang mereka tidak akan lakukan sekali lagi sekiranya mereka mendapat peluang dengan sokongan segelintir manusia melayu yang derhaka terhadap bangsa sendiri?


Bolehkah kita mempastikan yang ianya dapat dihalang dan dibendung?Lihat sahaja pada persidangan dewan lewat dewan undangan negeri mahupun dewan parlimen.Betapa kurang ajarnya mereka.Itu baru sedikit bilangan mereka.Apa akan jadi kalau ramai?Bilangan yang sedikit itu boleh merubah dewan yang mulia itu menjadi sarkas jalanan dengan beruk kera terloncat-loncat tak sedar diri.


Bayangkan kalau lebih 2/3,dewan yang mulia itu akan jadi rimba raya yang bising dengan bunyi beruk kera dan ditambah dengan bisingan dari mula ungka.Ungka budak tak apa lagi,ini ungka bapak budak!


Barang diingat,fahaman rasis yang berakar umbi di dada sukar dibuang.Dia tetap menyala dan membakar di jiwa.Sekiranya PRU13 memihak kepada mereka sudah barang tentu tidak mustahil mereka mengulanginya lagi.Penyapu jadi simbol mereka untuk menghapuskan Melayu.Ini tidak boleh dinafikan kerana ianya adalah  fakta sejarah.


Seandainya mereka mengulanginya lagi maka jelaslah mereka bermain dengan api yang menjulang tinggi.Maka ketika itu mereka akan berdepan dengan umat melayu yang sanggup menjadi militan.Seruan syahid adalah seruan keramat.Umat melayu yang tertindas tidak akan membenarkan bangsanya dikhianati.


Penindasan dan pengkhianatan akan menyuburkan benih militan.Lihat Afghanistan,Iraq dan Pakistan.Maka oleh itu ingatlah Lim Kit Siang,berhati-hatilah kamu,jangan cabar bangsa yang diam ini.Amukan masih disimpan.Melihat waktu dan keadaan.Amukan akan menyerlah sekiranya kamu melampaui batas sempadan tolak ansur anak melayu.



Amukan militan sukar untuk dibendung.Oleh itu jangan biarkan ia membenih.Jangan biarkan ia bercambah. Kelak huru hara akan berpanjangan.Sasaran utama tentulah puak rasis.Kedua orang melayu yang bersekongkol dengan puak rasis.Akhirnya tentulah puak pedagang yang menindas pengguna.

Jadi untukmu DAP dan Lim Kit Siang,Berhati-hatilah  ketika bermain lidah,berkira-kira ketika bertutur bicara,kerana hati majoriti perlu dijaga.





































































































Kerajaan DS Najib Kerajaan Pilihan Allah!!


Baca tajuk di atas aku dah dapat bayangkan wajah yang mencebek bibir.Ini wajah ahli PAS.Wajah tersenyum simpul.Ini wajah penyokong dan pengampu Najib.Wajah yang tersenyum Kambing.Ini wajah orang yang kurang yakin dengan pernyataan di atas.Wajah selamba.Ini wajah orang tak tahu apa-apa atau tak suka membaca. Macam wajah ada.

Aku berani bertanggungjawab dengan kenyataan yang aku tulis di atas.Sebab apa?Sebab aku amat yakin ianya betul dan tersangat betul.Kalau ada yang kata aku bohong dan sesat bermakna orang itu telah tergelincir akidahnya.Sebab apa tergelincir akidah?Sebab itu adalah janji Allah.Orang yang menentang janji Allah adalah tergolong dalam kalangan tergelincir akidah.

Bukankah Allah telah berjanji  bahawa Dia akan naikkan sesebuah kerajaan yang dia suka.Dia juga akan tumbangkan kerajaan yang Dia tidak suka.Itu adalah di bawah kekuasaan Dia.Siapa berani sanggah kenyataan ini?Sanggahlah.Sudah tentu orang itu tergelincir akidahnya kerana tidak percaya pada janji Allah.

Nabi pula melarang orang menentang sebuah kerajaan pilihan Allah.Apa lagi membuat onar, menghasut, dan membuat huru hara anjur perhimpunan jalanan untuk menggugat kestabilan dan keselamatan.Orang-orang yang melakukan perkara-perkara ini sudah tentu terkeluar dari jemaah islam.

Sunday 27 November 2011

Lim Kit Siang Sial!!!!

Blog MIK menyerlahkan lagi kesialan Lim Kit Siang.YB Zulkifli Nordin menelanjangkan kesialan LKS ni.


Baca di bawah dan fikir-fikirkanlah!!!!Wahai orang melayu!!!!!                                                                                 

Sunday, November 27, 2011

Lim Kit Siang Dalang Sebenar 13 Mei 1969...! Cetak Dan Sebarkan Penulisan Ini....

PENGUNGKAIAN, proklamasi-proklamasi Darurat oleh YAB PM, Datuk Sri Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka daripada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.

Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.

Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya, melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

"Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat [LKS] Ipoh Timur..;
“Melayu keluar...! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa...”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu... “... semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau....!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu...”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita...! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu....! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..

Sanggah Tok Janggut
 
Di sini lah penting orang melayu membaca buku sejarah agar tahu di mana jati diri sendiri!!!!!!
 

Shahrizat! Letak Jawatan,Atau Tunggu Di Pecat!

Naik kuda kuda sembawa,
Tanam serai tanam selasih,
Pemimpin unggul pemimpin berwibawa,
Diri bersih nampak bersih.

Aku terbaca posting terbaharu blogger WZWH pagi tadi.Aku sungguh dan amat amat bersetuju dengan pandangannya kerana aku rasa memang Shatrizat telah dan sudah jadi liabiliti kepada Umno.Seandainya Najib masih meletakkannya sebagai calon BN,maka dia bukan sahaja akan kalah,malah Umno sendiri dan BN akan kehilangan banyak kerusi.

Isu lembu fitlot akan menjadi tomahawk pembangkang.Isu ini bukan hanya membebankan kerajaan untuk menangkis dan menepis malah menyusahkan jentera kempen untuk menjawab tohmahan kerana fakta yang terang lagi bersuluh susah untuk ditutup.

Dari segi fakta dan kebenaran memang Shahrizat langsung tidak bersalah.Beliau tidak terlibat langsung dalam hal ini.Projek ini anugerah Muhyiddin Yasin kepada suami Shahrizat.Kita tidak boleh menyalahkan TS Muhyiddin kerana beliau berasakan projek ini perlu dijalankan untuk merealisasikan dasar pertanian negara.
Maka beliau melihat suami Shatrizat berkemampuan melaksanakan hasrat kerajaan.Mana salahnya Shahrizat di sini?Bukan Shahrizat yang meluluskan projek tersebut.Nampak di sini bahawa Kak Shahrizat TERANIAYA!

Namun perlu diingat,POLITIK ITU BUKAN REALITI,POLITIK ITU LEBIH KEPADA ANDAIAN..Maka barang diingat apabila sesuatu perkara itu dilihat dari sudut andaian maka lahirlah pelbagai andaian yang logik maupun andaian tidak munasabah.Jadi kita harus melihat isu pada sudut andaian kerana inilah yang sering dimainkan oleh politikus yang sering mengambil kesempatan.

Dilihat dari sudut realiti jelas sekali Kak Shahrizat orang yang bersih.Tapi bila dilihat dari sudut andaian jelas sekali Kak Shahrizat nampak tidak bersih.

Apa yang sangat jelas di sini ialah apabila kita melihat dari sudut MORAL.Secara jujur aku mengakui dari sudut moral Kak Ijat telah tercalar.Kalau di India apabila keretapi berlanggar melibatkan banyak nyawa yang melayang,menteri pengangkutannya terus meletakkan jawatannya.Pada hal dia langsung tak bersalah!Demi tanggungjawab moral dia mengorbankan jawatannya.Dari segi realiti dia memang tidak bersalah tapi dari moralnya dia rasa bersalah atas kecuaian anak buahnya.

Kak Shahrizat tersepit di antara kepentingan tanggungjawabnya terhadap negara dan kepentingan tanggungjawab moral.Aku bersimpati dengan beliau.Secara jujurnya aku amat menyayangi beliau kerana dia comel dan sangat ramah,friendly,dan prihatin terhadap orang yang susah.TAPI AKU LEBIH MENYAYANGI  PARTI.

Jadi kepada Kak Ijat aku menyeru agar beliau tunjukkan ketinggian peribadi beliau dengan cara meletakkan jawatan.Itu lebih baik dan terpuji.Aku tak mahu beliau dipecat oleh pengundi dan BN sendiri akan terkena tempiasnya.Kak Ijat sayangkan parti jadi lebih baik beliau mengorbankan diri demi partinya.

Undur setapak untuk melangkah sepuluh tapak adalah suatu yang terbaik.Kerajaan BN menang maka peluang untuk naik kembali masih ada walaupun mengambil masa!

P/S :Siapalah aku untuk desak beliau.!!!!!!

Friday 25 November 2011

Baginda Sultan Tampar Muka Aziz Bari!!!!!!!

Kulat telinga lepat berinti,
Sengat keli bisa di jari,
Adat beraja rakyat mendaulati,
Adat berakyat raja menaungi.               

Aziz Bari buat hal lagi.Pandai besi bicara tentang cara-cara bikin tenunan songket yang berkualiti.Apa akan terjadi?Orang mendengar akan jadi tuli.Orang melihat akan buta hati.Orang meraba akan tercari-cari.Itulah yang akan terjadi.

Ingat-ingat pesan nabi.Sesuatu perkara berikan kepada yang ahli.Barulah kerja jadi teliti.Semua orang akan berpuas hati.Aziz Bari memang sangat berani.Tulah Sultan berani dilangkahi.Melayu apakah ini?

MAIS,PZS,Apa-apalah nama diberi.Janganlah dikacau lagi.Pandailah mereka buat kerja yang diberi.Aziz Bari usik lagi.Itu urusan mereka sendiri.Sultan yang menaungi..

Sungguh malang  sekali.Mahu berhujah fakta salah yang diberi.Baginda Sultan punya hemah yang tinggi.Sebelum bertitah mempersiapkan diri.Semua fakta dibelek diteliti.Sudah sahih senang lah hati.Senanglah hendak tampar Aziz Bari.Belepah-lepah kena di pipi.Aziz Bari Malu sendiri.Lintang-pukang melarikan diri.

Itulah, susah dan malu jangan dicari.Berdepan baginda Sultan yang rakyat kasihi.Tak tahu fakta diamkan diri.
Inilah padah tidak melihat keupayaan diri.Dia seorang saja rasa pandai dan bistari.Orang lain bodoh sekali.

Aziz Bari.Biarlah betul Idola yang disanjungi.Jangan disebabkan itu maruah dan harga dirimu tercalar begitu teruk sekali.Jagalah title yang diberi.Baharulah kamu akan dihormati.

Thursday 24 November 2011

Indon Luka,Indon Kecewa,Indon Lupa.

Sukan Sea sudah melabohkan tirainya.Pelbagai cerita terdengar ditelinga.Pelbagai peristiwa mewarnai kerancakan temasya.Itu semua lakonan pentas dunia.

Semangat kesukanan tiada dalam kamus kehidupan rakyat Indonesia.Dari atlet sehinggalah kepada pengamal media.Diladeni sedemikian rupa.Hati tersenth mengundang rasa.Layakkah Indonesia menjadi tuan rumah berwibawa?

Apakah pemimpin mereka langsung tidak peka?Atau tidak prihatin serta lupa.Tidak punya hati dan rasa.Membiarkan rakyat mereka fanatik tahap dewa.Membiarkan rakyat mereka bermaharajalela.Tanpa teguran yang membina.

Siapakah yang punya angkara?Mencarik-carik hubungan yang sedia ada.Hubungan baik yang sekian lama terbina.Indonesia,Indonesia!!!

Jalur gemilang disiat-siat jalurnya.Tak cukup bilang dan tak cukup kira.Jalur gemilang dikencingi berdiri dek
anak dara mungkin juga janda.Atlet dan penyokong kita diherdik dan di hina.Setiakawan bangsa serumpun lenyap hilang entah ke mana.Ungkapan abang adik menjadi sirna.

Indon luka indon kecewa.Namun indon juga lupa.Bantuan mencurah-curah tiba.Ketika negara mereka diratah bencana.Diulit derita diulit sengsara.Anak Malaysia suka suka tolong suka derma.

Pendatang mereka disuapi,diladeni jumlahnya juta-juta.Merata-rata di Malaysia.Mereka memang tetap lupa.Kepada orang memberi jasa.Semuanya tidak bermakna.Diberi susu bibalas tuba.Namun aku bangga.Rakyat Malaysia begitu besar jiwanya.Ketamaddunannya tinggi amat ketara.

Segala penghinaan perkara remeh temeh semata-mata.Langsung tiada terjejas kelebihan yang kita ada.Kita semua jiwa merdeka.Tidak terjajah oleh sifat syaitan durjana.

Tingkahlaku mereka  tingkahlaku tahap murid tadika.Tingkahlaku  kita tingkahlaku tahap guru wibawa guru pendita.

Ayuh!!!!!Kita tunjuki mereka bagaimana caranya jadi manusia.Mereka beri tuba kita beri mentega.Mereka baling cota kita hantar pizza.Biar mereka terpinga-pinga.Mencari diri sendiri di mana letaknya.ATAU MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK RETI BAHASA?

AKU BANGGA AKU ANAK MALAYSIA.RAKYAT  BESAR JIWA TINGGI MARUAHNYA.MENJULANG TINGGI HARGA DIRI DAN DARJATNYA.!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 22 November 2011

Syabas! Hishamuddin Telinga Besi Sudah Matang Dan Dewasa!!!

Dulu-dulu aku begitu menyampah melihat wajahnya yang terpampang di kaca tv.Orang lain pun menyampah juga kat dia ni.Beliau menjadi bahan ejekan dan senda gurauan oleh mereka yang menyampah dan jemu dengan segala tindakannya.

Beliau kelihatan amat berhati-hati dan takut untuk bertindak atau mencegah segala perbuatan dan onar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Ketakutan terlampau beliau ini amat tidak difahami dan tidak disenangi oleh sebahagian besar warga Malaysia yang cintakan keamanan.

Pecinta keamanan bertempik-tempik macam ahli gusti mendesak beliau bertindak terhadap puaka-puaka yang suka mencetus ketegangan kaum dan menghuruharakan negara yang hampir menyebabkab negara terjun ke kancah ketidakstabilan.Namun tempikan itu menjadi sia-sia seperti tempikan sang pelacur yang memaki hamun pelanggannya yang lari tidak membayar wang setelah puas meratah tubuhnya.

Setelah kehabisan kata-kata dari otak yang waras maka mulut mulalah mengambil alih fungsi otak.Maka kedengaran kata-kata kutukan terhadap beliau.Kemuncak kehabisan kata-kata lahirlah label "Menteri Amaran".Heboh serata alam Malaysia menjaja lebel tersebut.Sebut aje nama Hishamuddin maka orang ramai menggeleng-gelengkan kepala sambil menjebek.Keluarlah susunan kata-kata,"Tak sempat anak Hussein Onn ni jadi perdana menteri seperti sepupunya".

Hishamuddin menjadi liabeliti(Tak betul rasanya ejaan aku ni,gamoknya lah)kepada kerajaan seperti mana Khairi Jamaluddin,Ketua Pemuda.Orang kata Khairi ni Beruk Google.Tapi pada aku Khairi ni budak cerdik "Hang Nadim Singapura" yang dicampak ke laut Singapura kerana terlalu cerdiknya dia.Biarlah orang hina kau sebegitu rupa hingga tersenggut maruah kamu.Sabar ajelah.Percayalah dik,kesabaran adalah kemenangan.Itu janji Allah.

Hishamuddin ada keistimewaannya.Apa istimewanya dia ni?Istimewanya dia ni ialah dia memiliki sepasang telinga besi.Tapi dia tidak tuli.Telinga besi dia ni menapis maklumat.Saraf telinganya bersambung terus ke saraf ketenangan.Di mana letaknya saraf ketenangan ini?Menurut saintis yang berpuluh tahun mencari saraf ini dia menemuinya ketika asyik melihat seorang muslim sedang khusyuk bersembahyang.

Dia melihat wajah muslim tersebut begitu bersih seolah-olah tiada masalah langsung.Kehairananlah saintis ini.
Maka dia bergegas balik ke rumah memikirkan apa kaitannya sembahyang seorang muslim dengan ketenangan jiwa.Dia menjalankan eksperimen demi eksperimen.Akhirnya dia ketemu jawapannya.

JAWAPANNYA APA?  SARAF KETENANGAN MENJADI BEGITU AKTIF KETIKA MANUSIA SUJUD MENYEMBAH ALLAH. TUNDUKAN KEPALA DAHI MENYENTUH BUMI MENYEBABKAN DARAH BERKUMPUL BERTUMPU KE BAHAGIAN BELAKANG KEPALA DAN MERANGSANG SARAF KETENANGAN MENJADI AKTIF. MAKA KETENANGAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAH JIWA.

Maka oleh yang demikian Hishamuddin sentiasa tenang dan senyum memanjang walaupun dihimpit api kemenyampahan orang.Telinga besinya banyak membantu.

Hari ahad lalu aku jumpa dia di PWTC.Bersalam dengannya.Menyampah dan benci aku yang dahulu hilang lenyap serta merta.Senyumannya yang aku menyampah dulu bertukar menjadi senyuman simanis 18.Hishamuddin,Hishamuddin!!!.

Mengapa aku jadi begini?Sebabnya Hishamuddin sekarang sudah jadi jantan macho yang gagah tegang.Tidak lembik tewas di atas ranjang durjana.Pancutannya sekarang sudah selaju pecutan formula one.320km/j.Syabas lho!!

Penggunaan ISA ke atas 13 petualang negara termasuk 6 orang warga asing adalah sesuatu yang amat didambakan oleh pecinta keamanan.

Biarkan SUHAKAM terpekik terlolong.Biarkan dia orang yang hanya beberapa puntung itu berlagak jadi juara.Keselamatan negara bukan barang yang boleh dijual beli.Bukan barang mainan yang boleh diinjaki.
Apakah suhakam boleh menjamin keselamatan negara dengan hanya bertempik menghamburkan kata-kata berserta pecikan air liur sahaja.

HISHAMUDDIN! Pedulikan kata-kata pembangkang,ketepikan kata-kata suhakam.Keselamatan negara lebih penting daripada menjaga lubang buntut dia orang.Biar kita kalah piliharaya daripada melihat negara huru hara.28 juta rakyat Malaysia membutuhkan suasana aman damai seperti yang wujud pada hari ini.

Kepada SUHAKAM hentikan lah tindakan kamu yang hanya mahu meraih populariti.Tak kemananya kamu.Apa sumbangan kamu kepada negara yang boleh dibanggakan sejak kamu ditubuhkan?Aku tak nampak pun.Kehadiran kamu bagai melukut di tepi gantang.Ada tak menambah tiada tak mengurang.

Kepada pihak kerajaan,Keselamatan negara adalah kewajipan nombor satu yang perlu dipertahankan.Kalau ianya memerlukan korban maka korbankan saja.Negara yang tidak selamat tidak menjanjikan kesempurnaan hidup.

KESELAMATAN KEPENTINGAN NEGARA NOMBOR WAHID.

Monday 21 November 2011

Sehari Kehidupan Tentera Cyber BN,Hari-hari Kehidupan Lembu Fitlot!!!

Matinya semut kerana gula,
Orang ditunggu tak kunjung tiba,
Mulut di suap punggung disula,
Orang lain meraih laba.

KD hadir ke konvensyen media sosial 1 Malaysia di PWTC pada ahad lalu.KD seronok melihat anak-anak muda berduyun menghadirinya.Almaklumlah KD ni dah tua,jadi terhibur juga melihat gelagat anak muda.Seperti mana seronoknya Hang Tuah melihat Tun Mamat mendaki gunung Tahan sedangkan dia dah tua untuk melaksanakan misi sultan,begitulah seronoknya KD melihat anak muda melaksanakan misi kerajaan.Misi yang agak susah untuk dilaksanakan dalam keadaan yang agak parah.

Walaupun parah,walaupun berdarah,keringat tetap diperah,tenaga tetap dikerah,demi kelangsungan dan kesenimbungan sejarah.Maka bertitik mula di sini KD sudah menjadi tentera Cyber kerajaan?.Gah namanya Kan?

Tentera cyber perlu turun padang.pertahan kerajaan.Bawa senjata.Bukan parang,bukan lembing,bukan senapang,bukan rifle M16,bukan rifle Styer,bukan,bukan,bukan,bukan,bukannnnnnnnnnn!Bawa senjata i-pad,galaxi tab,laptop,blackberry dan apa binatang lagilah.Satu seruan keramat,satu sambutan maut.Nokhtah.

KD berbekalkan komputer buruk tak peduli itu semua.Kalau tentera lain bawak rifle,KD bawa senapang isytinggar buatan Turki abad 15.Kalau kena tembak mati juga orang.Biarlah duit buat beli rifle di balun panglima-panglima yang membalun duit raja.Mati raja panglima pun kena pancung.

Tak ada peluru KD baling batu macam pejuang palestin.Walaupun KD rasa sia-sia perjuangan KD membela orang yang acuh tak acuh akan nasib sendiri,KD atas rasa tanggung jawab terhadap parti KD teruskan juga.
Kadang-kadang terasa juga bodohnya buat kerja ni,tiap-tiap bulan habis duit bayar broadband,dapat letih dan maki hamun orang semata-mata nak mempertahankan parti keramat ini.

Bodoh memang bodoh.Macam bodohnya doktor merawat pesakit kronik sedangkan pesakit yang nak mampus tu langsung tak jaga kesihatan sendiri.Kita letih-letih mempertahankan mereka,mereka tak pandang pun sebelah mata.Setakat pujian dan ampuan tak main lah saudara!Kita keluarkan duit sendiri beli papan tampal dinding kapal yang bocor,kita beli getah gala tampal perut kapal yang bocor takut karam.Tapi juragan kapal buat muka seposen sekadar senyum dan pujian.Secawan kopi pun kasi.Sekurang-kurangnya hilang haus bertukang.

Sehari aku jadi tentera cyber kerajaan.Diiktiraf dan dimasyhurkan oleh panglima perang.Hari-hari aku jadi lembu fidlot.Dipergunakan orang untuk ampu bapak menteri.Untuk sapu bajet masyuuuuuk poket sendiri.

Aku pun ada cerita sedih.Kisah sedih tentera cyber(kononnya,nak ampu dan nak melembulah tu  gamoknya?)

Aku bukak beg yang diberikan oleh urus setia.Aku belek-belek,tak ada buku tentang kisah dato Najib.Aku nak mintak dengan urusetia orang masih sibuk mengagihkan beg-beg yang ada.Aku tunggu.Walaupun itu buku propa sekurang-kurangnya ia boleh jadi rujukan untuk sejarah dato Najib.Lama juga aku tunggu.

Apabila dah lengang aku pun menghampiri Kaunter Urussetia yang terdiri dari gadis comel dan mungil.Layanan yang aku terima amat memuaskan.Gadis itu berusaha membelek-belek beg-beg yang ada untuk mencari buku tersebut.Akhirnya dapat juga.Terima kasih gadisku!..

Tiba datang dato Sharkar exco  pahang kalau tak silap akulah.Aku pun tegur dia.Maklumlah satu negeri,dia tak menoleh pun.Aku tegur lagi dengan suara yang kuat sedikit.Dia menoleh.Aku hulur salam.Dia sambut.Tapi salamnya salam monyet.Tangan pegang dahan muka pandang buah.Aku tahulah aku tak hensem,tapi manisnya ada.Pantang nenek moyang aku salam muka pandang ke lain.Orang mentakab panggil dia dato landak.

Bila aku fikir-fikir betul juga cakap orang mentakab tu.Sebab landak bila jumpa orang dia akan pusing badan beri belakang dia yang penuh berduri.Huhhh! Memang sah dia ni landak.Bukan landak belaan tapi landak halal seratus persen.Lain kali kalau aku  jumpa dia kat mana-mana majlis tak sudi aku nak bersalam dengan dia buat berdosa aje.

Kesedihan aku terubat bila jumpa dato Adun Kuala Sentul kat Pan Pasifik.Mende nama dia ni ye?Dato Shahaniza,bukan setakat bersalam,dari jauh dia datang hulur salam.Kemas salamnya.Ikhlaslah namanya tu.Pandang dengan senyuman.Siap berborak-borak lagi.Friendly betul dia ni.Badan pun dah slim sikit,kuat kayuh basikal katanya.

Aku gi kat pan pasifik bukan ada apa-apa.Dengar kata dato landak nak jumpa.Adalah ramai rakan pergi situ.Lama juga tunggu beliau ni.Hari dah petang.Aku nak balik juga jumpa anak bini.Kalau aku orang tak punya ni padanlah tunggu lama-lama.Ini menteri Dato Noh Omar ke hulu ke hilir tunggu dia.Lepas ke hulu ke hilir turun bawah naik lif.Lama kemudian naik pulak Noh Omar ni.Sempat juga lah borak-borak dengan menteri tubuh kecik ni.Menteri pun tunggu lama wooooiiiii!

Bila aku fikir secara waras maka aku ambil keputusan tak perlulah aku jadi tentera Cyber  kepada segelintir
manusia yang tak menghargai usaha kita untuk menyelamatkan mereka.Biarlah aku jadi tentera selendang merah  parang terbang daripada menjadi lembu fidlot manusia durjana.

Kerana apa?KERANA AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA.YANG BURUK AKU TEGUIR YANG BAIK AKU SANJUNG.SELAMAT TINGGAL TENTERA CYBER LEMBU FITLOT.BIAR AKU JADI DIRI SENDIRI.!!!!!!!!!!!                         

Saturday 19 November 2011

UMNO Perlu Berubah Part 2.

Terumbu cantik dilaman dasar,
 Buluh cina gemuk ruasnya,
Kelambu antik jangan dibakar,
Bunuh saja nyamuk durjana.

Imej yang musnah perlu dipulihkan kembali.

Imej umno rosak teruk pada mata rakyat.Selaku parti yang telah lama mentadbir negara adalah suatu yang amat malang sekiranya ia dibiarkan berterusan.Umno akan menjadi sejarah.Umno akan hanya tinggal nostalgia yang mengharukan,memilukan bagi para pejuangnya yang tulen angkara perangai puaka pemimpinnya sendiri.

Lihatlah di mana-mana,pelbagai penyelewengan baik yang haram,mahu pun yang terancang,atau pun yang nampak kelam-kelam semuanya membabitkan pemimpin.Yang besar menyental jumlah yang besar.Yang kecil membaham jumlah yang kecil.Yang ciput makan yang ciput.Janji semua dapat merasa.

Pemimpin nasional balun ratusan juta.Pemimpin negeri balun puluhan juta.Pemimpin bahagian hentam juta-juta.Pemimpin cawangan melantak juga juta-juta tapi juta rupiah ajelah.Yang menambahkan cantiknya lagi ialah habis anak bini pun terlibat.Belum lagi campur kroni kronik.Sehinggakan mereka macam tak nampak langsung atau tak terfikir langsung akan balasan  yang menanti.Kalau di dunia pengundi yang balas mahkamah  menanti.Kalau akhirat Allah membalas neraka menanti.Subhanallah!

Banyak mana lagi yang mereka hendak ni?Apakah 9 mereka nak sapu 1 untuk rakyat tunggu?Keranda emas  bersalut berliankah yang mereka nak tempah?Kapan sutera cinakah yang nak dibalut pada mayat mereka?Air wangi peranciskah yang hendak dimandikan pada tubuh mereka?Hubaya hubaya ingatlah.

Janganlah mau disanjung-sanjung,engkau digelar manusia agung,sadarlah diri tahu diuntung,sebelum masa keranda diusung.Tiada lagi gunanya harta,kawan karib sanak saudara,jikalah ada amal didunia itulah saja pembela kita.

Lihatlah di depan mata kita sebanyak ratusan juta wang rakyat dikerjakan oleh keluarga menteri untuk ternak lembu.Yang anehnya harga lembu sentiasa naik tak turun-turun.Bapak mentua aku ternak lembu juga,tak ada pun kerajaan nak bagi pinjaman untuk tambah lembu dia.Namun begitu adalah juga dalam 40 ekor.Banyak juga.Kalau kerajaan bagi 100000 rm aje pun aku gerenti berjaya juga dia menambah  jumlah lembu dan kerbaunya.Sebab apa?Bukan nak cakap besar,kalau lembu atau kerbau liar dia boleh pegang tanduk dan tampar hidung maka senyap diam binatang tersebut.Senang cakaplah,pelihara lembu dan kerbau ni dah jadi kepakaran dia.Ini baru bapak mentua aku.Belum lagi taukeh-taukeh lembu dan kerbau yang ramai di Pahang ni.Mereka lagi profesional.Duit ratusan juta  tu bagi aje,agih aje kat  penternak  di seluruh Malaysia.Ramai yang akan merasa termasuklah para pekerja mereka.

Namun apakan daya,mereka bukan bapak-bapak ibu-ibu menteri.Mereka hanya sendiri-sendiri.Rakyat melihat dengan teliti.Pemimpin rakus memusnahkan imej sendiri.Ahli umno yang tulen mahu membela rakyat menjadi ngeri.Melihat perangai itu menteri.Tak cukup anak tambah suami.Diselit juga itu kroni.Perdana menteri hanya mampu memerhati.Cakap banyak dikerling isteri.Punah habis imej menteri,Jari-jemari rakyat dah mula menari-nari.Bila lagi nak mengundi.Kerajaan harus sedar diri,pulihkan imej bermula ini hari.Yang buruk halau pergi,yang baik-baik terus menanti.Baru lah bersih diri sendiri.Barulah rakyat yakin kembali.

Kalau masih berdegil lagi,tak mahu berubah besarkan diri,bodoh sombong setiap hari,nasihat orang tolak ke tepi,LU TUNGGULAH ITU HARI,WA RAMAI-RAMAI TARAK KASI UNDI,LU SEMUA BOLEH PEGI MATI,ITU HAJI HADI GERENTI PERDANA MENTERI.

ITU HAJI HADI LU JANGAN JADI KUDA DAP,GERENTI JADI PM SAMPAI MATI.

 P/S; OOOUITTT URAG DRULLUG!MANE GON NIH,RINDUK AMARHT AKUQ KE GON NIH,TAK DEK URAG NOK KELAHIK DENGAN AKUQ NIH.BALIK LARH SAYYYYANGGGGG!
HIK!HIK!HIK!HIK!

Wednesday 16 November 2011

Isu 9 Jam Kecualikan Murid.

Terang subuh jong berlabuh,
Gerak panji melentuk menari,,
Empangan kukuh cuba diroboh,
Kelak banjir seluruh negeri.

Tenang-tenang air di kali,
Menggegar merak mengirai bulu,
Senang-senang guru dibuli,
Sabar terlerai syaitan mendahulu.

Perlaksanaan waktu kerja guru kepada 9 jam seharusnya tidak membabitkan murid.Murid bukan kaki tangan awam yang terikat dengan GO.Jangan kita rampas masa mereka.

Pakar yang terpakar dalam mencadangkan isu ini perlu mengambil kira beberapa faktor bersangkutan keperluan murid.

Mereka boleh rampas masa guru yang telah diperuntukkan untuk mereka sejak dulu-dulu lagi.Apa masalahnya dengan sistem yang yang ada.Sistem ini tiada cacat celanya.Murid semakin ramai yang cerdik.
Kadang-kala tidak terjangka pencapaian mereka.

Atau ada udang disebalik batu.Atau dendam yang membara tidak dapat menceroboh perjawatan yang banyak dalam bidang pendidikan.Maka  guru perlu dipaksa menerima sistem mereka.Sudah banyak yang kita lihat pegawai-pegawai handalan menteri pendidikan membuat eksperimen yang pasti menemui kegagalan.

Lihat sekolah wawasan,kemudian lihat pelaksanaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik.Habis bercelaru.Terpaksa pula memertabat bahasa melayu yang telah mereka pinggirkan.Puluhan juta wang menjadi cair membeli lap top,segala macam peralatan canggih,dan elaun guru.Belum masuk lagi perbelanjaan kursus untuk guru.

Setelah menghina bahasa melayu barulah sekarang sedar dan mahu memertabatkan bahasa melayu.Guru-guru bahasa melayu dipandang sepi.tida laptop untuk cikgu BM.Apa cikgu BM ni tak reti cari bahan pengajaran dalam internet?Nasib baiklah guru-guru BM menyedari kepentingan ict dan beli sendiri laptop.Nasib BM semakin hampir menjadi seperti tulisan jawi.Nasib baik BM guna tulisan rumi,kalau guna tulisan jawi dah lama hancur.

Melihat sejarah lalu tentang kebijaksanaan pegawai-pegawai yang cerdik ini KD tak yakin 9 jam waktu kerja ini akan mendatangkan impak yang maksimum.Sejarah mungkin berulang akibat buat kerja macam orang tak bersunat.

KD mengharapkan pelaksanaan 9 jam waktu kerja ini tidak membebankan murid.Guru-guru boleh menerima dan melaksanakannya.Sistem sekarang ni pun murid dah terbeban dengan kelas tambahan yang terpaksa dihadiri,ko kurikulum,sukan Mss daerah,negeri,dan malaysia juga.

Faktor-faktor lain:

1.Keupayaan sistem otak menampung maklumat yang masuk adalah terhad bagi kanak-kanak.
2.Keperluan masa yang lebih untuk kerehatan otak dan fizikal murid.
3.Keperluan pengajian alquran pada waktu petang baik oleh guru agama sekolah agama rakyat atau oleh pandai alquran dikampung-kampung.
4.Keperluan masa bersama keluarga.jangan rampas lebihan masa yang mereka ada.
5.Keprluan membantu ibu bapa bagi yang hidup susah.Contoh,anak orang asli perlu bantu bapa cari hasil hutan,anak cina perlu bantu bapa niaga kecil-kecilan sambil belajar niaga secara praktikal,anak-anak nelayan perlu bantu ibu siang ikan untuk dijadikan ikan masin,anak pekerja kilang perlu jaga adik ketika kerja syif petang dan malam.Itu hanya sekadar beberapa contoh dari banyak-banyak contoh.
6.Waktu selama 6 jam pun ramai yang ponteng apa tah lagi kalau 9 jam.
7.Memberi masa yang banyak kepada murid-murid samseng melakukan aktiviti rutinnya.Peras ugut,buli,dan vandalisme.Otak letih tambah pulak tak ada pitih nak makan tengahari.Jadi bolehlah ten budok kecik.
8.Belanja keluarga makin bertambah.Seorang tak apa lagi.Kalau empat lima orang atau lebih sudah tentu siksa.Makanan pulak semakin mahal.Kalau bawak bekal ringan sikit,tapi tak ramai ibu-ibu bapak-bapak
 yang sedia bangun pagi menyediakan bekal dan sarapan pagi.Yang ramainya beli sarapan dan beli bekalan untuk anak-anak.Bertambahlah kos persekolahan anak-anak.

Itu faktor depan mata.Belum lagi faktor belakang mata.Tak payah KD perincikan nanti kata KD politikkan isu pulak.Cukuplah hak yang di atas tu.

Kalau berkeras juga nak melibatkan murid maka ibu bapa terpaksa lah menanggung risiko luar jangka.Ketika itu tahulah nasib anak-anak kita.Seperti mana nasib yang menimpa eksperimen-eksperimen yang telah lalu.

Persediaan prasarana di sekolah perlu ditingkatkan.Bilik tandas perlu ditambah dan bilik mandi perlu diperbanyakkan untuk kegunaan murid mandi membersihkan diri dan penjagaan kesihatan tubuh.Almari atau locker perlu disediakan untuk kemudahan murid menyimpan pakaian dan peralatan mandian.

KELAS SEBELAH PETANG PERLU SEDIKIT  KE ARAH MPV SEPERTI PENDAWAIAN DOMESTIK,PERBENGKELAN AUTOMOTIF DAN LAIN-LAIN KEMAHIRAN.INI DAPAT MENGHILANGKAN KEBOSANAN DAN TEKANAN DI SAMPING DAPAT MENYEDIAKAN SEDIKIT ASAS UNTUK PEKERJA MAHIR.

KD rasa ini semua ada dalam kepala mereka yang mencadangkan perkara ini.Kalau ada alhamdulillah!

Semoga isu ini berakhir dalam situasi menang-menang.Kalau tidak hasilnya akan menjadi seperti maksud pantun di atas.!!!!!!!!

Monday 14 November 2011

400000 Guru Bakal Jadi Amah Ganti Amah Indonesia.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


KD pun tergolong dalam kalangan orang yang bodoh.Tapi bodoh KD tidak sebodoh piang orang yang mengemukakan cadangan bangang ni.Menteri pak turut pakai menurut aje tanpa mengira sensitiviti guru.

KD ada pertanyaan kepada si bodoh piang ni.

1.Mengapa orang yang merancang sistem pendidikan moden meletakkan tempoh pengajaran dan pembelajaran seperti tempoh masa yang ada sekarang ini?

2.Apakah sistem pendidikan yang di rancang dulu-dulu mengambil murid sebagai fokus atau guru itu sendiri?

3.Mengapa KPM sering mengganggu dan membebani guru yang memang sentiasa terbeban dengan bebanan yang di reka oleh KPM.?

4.Hendak undi guru atau tak nak?

JAWAB JANGAN TAK JAWAB.


TING!TING!TING! Opppph.....masa habis.Bodoh piang tak boleh jawab.

Biar bodoh ni yang jawab.

1.Pakar yang menggubal dasar pendidikan negara dahulu telah mengambilkira pandangan pakar-pakar kesihatan.Mengambil kira pandangan pakar-pakar psikolog serta orang yang arif tentang sekolah baik sekolah inggeris atau sekolah melayu maupun sekolah vernakular serta sekolah mubaligh.

Gabungan pemikiran mereka dapat melihat setakat mana daya guna pakai otak kanak-kanak dan remaja.Berbeza dengan orang dewasa.Orang dewasa pun kalau menyertai seminar,kursus ilmiah pun hanya tahan beberapa jam aje.Lepas tu mula lari kelaur dewan hisap rokok.

Barang dingat,berdasarkan faktor itulah juga maka mereka memberi cuti seminggu dua,kemudian sebulan dihujung tahun.Bukan untuk guru tapi untuk murid.Guru tak kisah,kadang-kadang cuti pun pergi sekolah.
Kalau nak sekolah sepanjang tahun tak apa guru-guru sanggup.Tapi sanggup dan mampu ke murid-murid menghadapinya.

Tengok ajelah murid-murid apabila tiba waktu tengah hari.Mulalah mereka gelisah nak balik.Asyik tanya cikgu pukul berapa sekarang.Otak mereka dah letih disumbat dengan pelbagai maklumat.Kalau laksana juga 9 jam maka pitam dibuatnya.Pakar-pakar di sekeliling Muhyiddin apa tahu.Duduk bilik ekon sejuk beku pandai-pandai  cadang itu ini.

Murid kat bilik kelas sekolah berpeluh jejes dengan bahang panas mentari.Kipas ada kadangkala berfungsi adakala terhenti.Kesian lah sikit kat budak-budak tu.Kipas tak mampu menyejukkan tubuh dan minda mereka.

2.Soalan nombor 2kalau tak boleh jawab memang sah bodoh piang.

3.Penyakit ini pun tak terubat.Nak tambah penyakit lain.Pelbagai bebanan di cipta KPM.PPD pun tumpang semangkuk.Ditambah lagi oleh pengurusan sekolah.Bermacam dokumen perlu diisi.Padahal ada dokumen yang jika digabungkan boleh memudahkan kerja.Guru yang menurut  perintah lakukan juga walau pun sering kali mengabaikan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Masalah ini pun tak boleh diselesaikan.Yang tak bersangkut paut dengan pembelajaran murid yang banyak guru kena selesaikan.

4.Undi guru sikit aje,tak undi BN tetap menang.marilah kita semua kaum guru jangan undi BN.Kurangkan majoriti aje.BN tetap menang sebab dia kuat amat tak lemah macam kita.

Guru adalah spesis yang sering diganggu.oleh ibu bapa,oleh umno,oleh KPM,oleh semua yang bencikan guru.Terima kasih.

suatu ketika dulu gurulah pejuang tulen umno.berkhidmat untuk parti sepenuh jiwa raga.Datang golongan koporat(keparat?)terajang guru tak meninggal sekor pun.kalau ada pun hanya guru mati pucuk tak berdaya.
maka bermula dari situ imej umno mula tercalar angkara korporat mengejar projek dan membolot laba.Rakyat jadi bosan dan meluat.

Sekarang kerajaan kacau lagi guru dengan cadangan mengarut ini.Sadis,Sadis.!!!!!!!

Tak habis-habis mengganggu guru.Dah lah tak beri salam malah di tendangnya pintu rumah guru sampai tercabut.Guru terkejut dari tidur.Paksa pula guru yang biasa tidur pukul 10 suruh tidur pukul 2.Mangantuklah wehhhhh!!!!!!!

Tak mengapalah cikgu.Hari ini dia tendang pintu rumah kita.Esok lusa kita bakar rumah dia biar dia jadi HOMELESS.

Andainya cadangan 9 jam ini dipaksakan juga,maka KD cadangkan bawa sekali bayi-bayi yang ada dirumah ke sekolah.tak cukup lagi bawa sekali nenek dan datuk yang uzur.Jangan bimbang 400000 amah baru akan ambil alih tugas amah indonesia.HIDUP MUHYIDDIN,SELAMAT DATANG SAIFUDDIN(NASUTION BAKAL MENTERI PELAJARAN  MALAYSIA)

ESOK SMBUNG LAGI TENTANG KESAN KEPADA MURID DAN EKONOMI KELUARGA.9 JAM YANG MENGARUT.

Saturday 12 November 2011

Umno Perlu Berubah.Benda Apa Yang Dah Berubah?

Jangan bersedih yatim piatu,
Tiada berayah tiada beribu
Bersedihlah diri tiada berilmu,
Ke mana arah hendak dituju.

Najib cakap umno perlu berubah,Muhyiddin cakap umno perlu berubah.Menteri-menteri burung tiung ikut tuannya pun cakap umno perlu berubah.Pak turut di bahagian dan cawangan umno juga sibuk cakap umno perlu berubah.Apa benda yang berubah?Ntah.Ntah apa-apa!!

Setakat ini tak nampak apa-apa perubahan yang dilakukan.Yang nampak berubahnya hanyalah PM.Usaha dan kerja kerasnya tahap titiwangsa untuk memenangi hati rakyat.Nampaknya najib seorang ajelah yang berubah.Nak harapkan menteri-menteri lain tak nampak pun.Hishamuddin?Ntah lah asyik takut aje.Nazri?Ntahlah asyik jaga cina gampang namewee ajelah yang dia boleh selain buat statement kontroversi.

Lagi menteri lain ada ke yang usaha bagi umno berubah?Tak nampak pun.Atau mungkin mereka ni tak tahu benda apa yang hendak diubah.Nak bermula di mana?Siapa yang perlu memulakannya?Engkau ke aku?Atau dia?Mungkinkah mereka?Barangkali diaorang?UMNO DISELUBUNGI PELBAGAI PERSOALAN.

Namun jawapannya masih belum ketemu.Apa bendalah yang nak diubah.Bagaimana nak mengubah.Bila nak ubah.Siapa yang perlu ke depan dulu untuk mengubah.Mengapa perlu berubah.Segala macam kata tanya terkeluar dari mulut ahli umno se Malaysia.Tidak ketinggalan juga tanda ?.Nokhtah.

Selagi jawapan tidak di ketemui maka kerja mengubah itu tidak akan berjalan dan umno terus berada pada takuk lama.

APA BENDA YANG PERLU DI UBAH

Kalau setakat mengubah sistem pemilihan pucuk pimpinan dari seramai 2000 lebih perwakilan kepada perwakilan diseluruh bahagian di Malaysia semata-mata  mahu membendung  politik wang itu masih belum cukup untuk memperkuatkan umno.Kerana penyakitnya bukan itu.

PENYAKIT UMNO YANG KRONIK SEBENARNYA ADALAH KEMUSNAHAN IMEJ.

Tak percaya tanyalah orang ramai tentang Umno.jawapan yang pasti adalah,"Pemimpin umno kaki makan harta rakyat,kenyangkan perut sendiri".

Tak percaya tanyalah tanyalah ahli umno sendiri.Jawapan yang pasti adalah,"Pemimpin umno membuncitkan diri sendiri mengketedarah segala projek berserta kroni-kroninya sekali,kami tidak pun dipeduli".

Tak percaya tanyalah ahli parti pembangkang.Jawapan yang tersangat pasti adalah,"celako lah binatang babi anjung ni".Biasalah,PEMBANGKANG.

TETAPI APA YANG PALING PASTI ADALAH SEMUA JAWAPAN ITU TEPAT SEKALI.UMNO SENDIRI YANG MEMUSNAHKAN IMEJ DIRI.LU SELESAILAH SENDIRI.

Cuba kita bayangkan.Kalaulah ahli parlimen yang kita semua tahu sentiasa sibuk dengan tugasnya dapat meluangkan masanya pada sebelah malam ketika tiada persidangan di parlimen,pergi ke seluruh surau di kawasannya secara bergilir-gilir hari secara tidak rasmi berjemaah dengan rakyat,alangkah baiknya untuk pembinaan imej.

Dicantikkan lagi dengan mengajak sekali orang disekelilingnya pergi bersama-sama berjemaah bersama rakyat di surau-surau.Kalau ahli Parlimen itu berkelulusan al azhar boleh juga dia buat tazkirah dan menjawab kemusykilan agama ahli jemaah  surau tersebut.Kalau tak berkelulusan agama sekurang-kurangnya boleh ajak sekali maulana maahad tahfiz atau pun ustaz sekkolah pun boleh.

Bayangkan betapa bangga dan sejuk mata dan hati rakyat melihat ahli parlimen mereka mesra masjid dan surau.Juak-juak ahli parlimen yang sering mengekori boss mereka mungkin pada awalnya agak rimas mengikut boss pergi sembahyang.Tapi lama- kelamaan akan timbul juga rasa kesedapan berjemaah dan dapat juga sedikit sebanyak mengubah perangai musibat yang ada pada mereka.Kerana berkawan dengan saudagar minyak wangi pasti dapat juga bau wanginya.

Ini lebih baik daripada mengajak juak-juaknya melancong ke Medan mencari lubang berbulu lebat yang nikmatnya hanya seketika.Yang kuat dapatlah nikmat selama 15 minit.Yang lemah?5 saat aje wehhhhh!
Berbanding nikmat akhirat yang kekal abadi.

Letih dah jari KD ni.Mungkin lemah,hanya bertahan sejam dua.Esok sambung lagi.


                               TO BE CONTINUED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday 10 November 2011

Masyarakat Hudud vs Masyarakat Hodoh.

Jinak-jinak merpati
Dikepung terbang lari
jinak-jinak kucing
Dicakar kencing hancing.

Sukar sekali untuk kita membaca tindakan manusia yang punya akal.Dapat pulak akal yang berbelit simpul mati.
Disempurnakan lagi dengan hati yang penuh nafsu nafsi.Sukar sekali untuk kita memahami teka teki tingkahlaku
bersalut agenda yang tersembunyi.Si bijak pandai pun pening,apatah lagi kita yang otak kosong bak air tenang yang hening.


Saudara-saudaraku yang seagama dengan ku,

Perlukah kita terlibat sama dalam menentukan sesuatu yang ruang lingkupnya menyentuhi hidup kita.Kita insan jahil,telah di tarbiyahkan agar jangan pandai-pandai nak campur urusan yang kita tak ada kepakaran dan kemahiran.Kita selalu di sarankan agar dengar aje apa cakap ulama.Kemudian mesti patuh.Minda anugerah Allah terbelenggu,terpenjara.Maka jadilah kita pak turut diraja.

Maka bermaharajalelalah puak sereban jubah mencatur menyusun atur kehidupan seharian kita seperti mana bermaharajalelanya golongan paderi pada zaman kegelapan Eropah.Otak geliga sudah tiada harga.

Sekarang dengan kaedah yang sama Hudud dicanang kembali.Ketika seronok berbulan madu dengan kafir harbi dulu mereka mudah lupa pada hudud.Setelah kian tersepit dengan jerat sendiri maka barulah mereka ternampak batang hidung hudud.

Apa yang KD nak sentuh di sini ialah bagaimana hudud berjaya di laksanakan.Cakap lebih-lebih nanti ada pulak yang marah dan kata awak  ni cakap pakai akal aje,bukan hukumTerpenjara dan terbelenggu lagilah minda kita.

 KD tak pandai nak pusing-pusing.KD tak pandai nak auta-auta.KD cakap lurus ke depan tak ada simpang-siur nya lagi.Baca kisah benar di bawah:


Seorang lelaki tua telah menjual tanahnya kepada sahabatnya.Setelah lama memiliki tanah tersebut maka pada suatu hari dia mencangkul tanah untuk menanam pokok kurma.Cangkul punya cangkul tercangkul peti besi.Dibukanya peti tersebut.Alangkah terperanjatnya dia melihat begitu banyak emas permata didepan mata.
Peninglah kepala dia.
 
Dengan kepala yang penuh kemusykilan dia datang kerumah sahabat yang menjual tanah itu kepadanya.

    saudaraku,kau ambillah harta ini.

    tidak,tanah itu aku dah jual kepada engkau,jadi harta itu engkau yang punya.

    mana mungkin,aku hanya beli tanah ini,bukan harta ini,aku tidak mahu harta haram ini.

    Aku pun tak mahu harta haram ini,sebab ini harta enkau,aku dah jual tanah itu kepada engkau jadi harta  itu     engkaulah yang punya.

    Cis,jangan sesekali kau menghina aku dengan harta ini.Tanah itu aku punya ,harta ini kau punya.

     Harta itu kau yang punya sebab tanah itu sudah jadi milik kau.Jangan kerana harta ini,kau letakkan aku   pada tahap sehina ini.

      Kau punya!

      kau punya!

Pertengkaran itu berlarutan hampir mencetuskan pergaduhan.Kebetulan lalu seorang hakim di tempat itu.Maka kes itu dirujuk kepada hakim tersebut.Terjadi  sekali lagi pertengkaran tersebut.Berserabut kepala hakim mencari jalan penyelesaian.Akhirnya hakim itu jumpa ubat yang mujarab.

     Kamu ada anak lelaki.?

     Ada,jawab lelaki tua itu.

      
     Kamu ada anak perempuan?

     Ada,jawab sahabatnya pula.

      Eloklah kamu kahwinkan mereka berdua.Harta itu beri kepada mereka berdua.Selesai masalah.
   

Itulah secebis kisah masyarakat hudud.Sekiranya hudud ditegakkan dalam kalangan mereka nescaya tidak ada hukuman Hudud dijatuhkan sebab mereka tidak akan melakukan kesalahan besar.

Masyarakat sekarang masyarakat hodoh.penuh kecurangan.Bukti jelas depan mata masih tak mahu mengaku.
Malah semakin galak mempertahankan diri.Dalam masyarakat hodoh,insan kerdil akan terhukum.Insan besar akan terlepas kerana kuasa di tangan mereka.

Dalam masyarakat hodoh,Saksi-saksi sahih sukar dicari.Yang ramai ada saksi -saksi fasik yang tidak layak untuk diterima keterangannya.Video dan dna tidak boleh pakai sebab ianya saksi bisu.

Hapuskan masyarakat hodoh,tegakkan masyarakat hudud.Barulah Hudud Sempurna untuk dilaksanakan.

Tuesday 8 November 2011

Ambik Kau Kaki Tangan Awam,Padan Muka!!!!!!

Ku cuba-cuba melempar manggis,
Manggis ku lempar mangga ku dapat,
Ku cuba-cuba melamar gadis,
Gadis kulamar janda ku dapat.

Dah letih KD berehat.Dulu letih berfikir macam mana nak ajak kawan-kawan berfikir secara rasional bagaimana nak membina nasib anak cucu.Anak cucu melayu islam kini makin terancam nasibnya.Sebab apa?Sebabnya ada melayu dungu yang sedang diperkuda oleh kafir harbi untuk merealisasikan cita-cita dan impian kafir harbi untuk meruntuhkan setiap institusi yang ada nama melayu dihujungnya.

Mereka tidak senang dan resah selagi yang bernama melayu itu tidak dihapuskan atau dilupuskan.Setidak-tidaknya disekat atau di kawal ketat.Belang rasis mereka semakin nyata menampakkan rupa.Malangnya ada melayu dungu pandir yang menyokong mereka.

Melayu dungu ini umpama raja katak menunggang ular sawa.Raja katak mengarahkan ular sawa menangkap dan memakan katak-katak yang tak sehaluan dengannya.Akhirnya setelah habis katak-katak yang menentangnya dihapuskan maka ular sawa pun menelan raja katak tersebut.Padan muka kau!!!

Lihatlah tak habis-habis puak rasis ini berlagak dan begitu berani mencabar perasaan orang melayu.Mereka konfiden sangat dapat memerintah dengan bantuan hamba tebusnya yang dungu itu.Mereka ini tak sedar bahawa menjelang 2050 populasi mereka makin mengurang tinggal 16% aje.Tapi angka bukan ukuran.Israel hanya 4 juta lebih boleh jentik aje ratusan juta makhluk arab,arab bodoh.Jenis arab bodoh ni dah menjelma di Malaysia.Bersekongkol dengan kafir harbi.

Kafir rasis ni nak hapuskan raja-raja melayu dan tubuh republik.Nak hapuskan islam sebagai agama rasmi ganti dengan libral dan plural.Nak hapus kuota biasiswa ganti dengan sistem merit,biasiswa kerajaaan dia sapu,biasiswa swasta dia rembat,anak melayu melopong.Nak halalkan seks luar tabii biar hancur sistem kekeluargaan yang amat dititikberatkan dalam islam.Puak rasis ni asyik nak jolok perasaan umat melayu dan islam sebab mereka rasa orang melayu dah lemah dan dayus.Mereka rasa ahli selendang merah dan ahli parang terbang dan lama pupus atau terkubur.SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK!!!!!!

Akhir-akhir ini mereka jolok pula kaki tangan awam yang mereka sedar dan tahu majoriti nya orang melayu.Asal melayu aje dia orang kacau.Kurangkan kaki tangan awam bermakna meramaikan lagi penganggur melayu di Malaysia.Apa akan jadi pada anak melayu yang tiada pekerjaan kerana saiz sektor awam di kecilkan?Sektor swasta sudah pasti mereka kontrol dengan pelbagai syarat ketat yang mereka ciptakan.Kemana arah anak cucu kita nanti?Menganggur seumur hidup.

Itulah yang sebenarnya di kehendaki oleh Dap rasis ni.Mereka mahu lihat melayu lemah.Dengan harapan melayu lemah ini akan bergantung kepada ehsan mereka.Jadi senanglah di kontrol dan di beli.Tapi sampai bila keadaan ini berterusan?Mampukah melayu bertahan atas penindasan ini.

Tindakan penindasan ini akan melahirkan kekecewaan terlampau.Jadi hamba dibumi sendiri.Mata melihat hati menanggung.Jasad terikat jiwa melolong.Lolongan inilah yang akan melahirkan jiwa militan.Militan yang akan bertindak mengikut rasa.Yang akan bergerak mengikut hawa.

Mampukah kerajaan dap berhadapan dengan militan yang mengharapkan mati kerana hidup tiada lagi artinya.
Penindasan minoriti terhadap majoriti jarang berkesudahan dengan kesudahan yang baik.Selalunya "Sad Ending",bukan "Happy Ending".Penindasan fizikal dan di sertai penindasan minda akan mencorakkan satu generasi brutal yang berfikir di luar minda.Berfikir ke alam malakut.Susah nak bendung kalau dah sampai peringkat itu.Tengok pengikut al Qaeda sudah!!!!

Pada kaki tangan awam yang atas pagar,yang sokong dap,yang sokong pas dan pkr sedarlah.Mereka tak pilih bulu,asal melayu aje buang.ketika itu kau orang tahulah nasib kau orang.Kau undi dia menang,dia menang kau di buang.Dia tak tahu pun kau undi dia.Apa yang dia tahu kau melayu kena buang,kurangkan saiz sektor awam.Fikir-fikirkan lah.Atau nak masuk jadi militan?

Janganlah mencuba melamar gadis,silap-silap dapat janda.Janda tu jauhlah hodoh dari bini yang ada sekarang ni.Bini kita sekarang mungkin tua tapi manisnya ada.Masih sedap mata memandang walaupun suka mencopet saku kita.Malam-malam hangat juga.Walaupun longgar tetapi lebih baik daripada janda sipilis.Dapat janda yang aids lagi naya.Mampus wa cakap lu!!!!!!!!!

Wednesday 2 November 2011

Oh Nala,Oh Nala,Mengapa Kau Senator,Macam Mana Aku Tak Senator,Gomen Panggil Aku,Gomen Panggil Aku!

Oh bangau kaki panjang
Oh bangau leher jinjang
Oh bengong tahap piang
Oh bangang tahap gampang.

Hanya itu pantun yang layak untuk orang yang mencadangkan dan melepaskan nama Nalakarupan sebagai senator.Perlantikan ini adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kerajaan yang bersih.Tidak cukup beruk sarkas yang bekeliaran dalam dewan rakyat di tambah pula dengan bapak ayam dalam dewan negara.

Dewan negara adalah suatu tempat yang mulia di dalam sesebuah negara khususnya negara Malaysia yang tercinta ini.Di sinilah tempatnya rang undang-undang digubal untuk menghasilkan anakmen dan undang-undang negara.Bukan calang-calang tempat.Sini bukan lorong Hj Taib(penghinaan kepada golongan haji),bukan Jalan Hamzah Kota Bharu,bukan lorong pasar besar kuantan,bukan,bukan,bukan!!!

Imej kerajaan Malaysia telah tercemar.Bapa ayam jadi sebahagian penggubal undang-undang.Apakah sudah tidak ada lagi kaum India di Malaysia ini sehingga terpaksa melantik orang macam ini.Tidak layakkah Ananda Krishnan?Datuk Rajagobal?Datuk Nicol Ann David?Itu hanya sedikit nama daripada beribu-ribu nama yang layak.Kemanakah perginya  penghayatan kesopanan dan kesusilaan yang sering dilaung-laungkan selama ini.

Cis!!!! Angkuh sungguh pihak pemerintah.Isi hati dan perasaan rakyat di ketepikan.Langsung tidak peka pada sosio-budaya masyarakat.Agaknya berada pada tahap selesa yang tidak mungkin tergugat.Mungkinlah parti mereka parti keramat.yang tidak akan goyah digoncang-goncang dicincang lumat.

Semakin hari semakin menjadi-jadi rakyat diperbudak-budakkan oleh binatang politik nie.Mungkin kah rakyat sudah semakin bodoh.Atau sudah jadi biul.Tapi jangan lupa sibodoh dan si biul inilah yang akan mengajar mereka berjalan perlahan-lahan meninggalkan PUTRA JAYA.Si bodoh dan si biul inilah yang akan mengesahkan mereka menjadi pembangkang dan penganggur terhormat.

Bagaimana perasaan mak bapak bila kat sekolah  guru besarnya kerja sambilan jadi bapak ayam.Bagaimanakah perasaan orang kampung kalau tok empat yang dilantik kerjanya jadi bapak ayam.Bagaimanakah perasaan rakyat tempatan kalau ahli majlis daerah nya bapak ayam.Bagaimanakah perasaan nya orang yang tidak berperasaan boleh melantik manusia jenis ini.

Ingatkan hanya majlis daerah saja yang melantik orang yang tak berguna(bukan semua,siapa makan lada pedaslah weh!) menjadi ahli majlis.Rupa-rupanya kerajaan pusat lagi teruk boleh lantik ke bapak ayam.
Jangan lupa atau buat-buat tak faham bahawa ini juga suatu penghinaan kepada DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan Ke Bawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama.

Huhhh!Ketika kita selama ini menentang seorang ketua pembangkang  yang tercalar oleh skandal seks dari menjadi seorang ketua negara tiba-tiba kita ambil pula yang 2 kali 5 dengan nya menjadi penggubal undang-undang.Apa cerita ni? Jangan lah double standard kerajaan oiii!

Lepas ini tak tahu apa benda pulak kejutan yang akan di persembahkan kepada rakyat.Molek dah Najib pulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.Alih-alih buat pulak kerja bodoh ni.

Nampak gaya nya kepimpinan negara kita akan dipenuhi manusia-manusia yang terkelompok dalam kalangan benda-benda ajaib dunia selain piramid dan candi borobodour.Maka sejarah kejatuhan Kerajaan Abassiyyah
akan berulang DEK KERANA ARAK DAN SEKS.

 HUBAYA-HUBAYA OH BANGAU,OH BANGAU,OH NALA OH NALA.

"Ke manakah akan ku pergi setelah tidak ku temui ketenangan abadi.Caca marba menjadi-jadi,aku tersesat mencari diri sendiri"