Friday, 23 October 2015

NAK BUAT UNDI TAK PERCAYA KAT PM??? LIM KIT SIANG PUN TAK MAMPU NAK DISELAMATKAN OLEH PEMBANGKANG!!!




Keputusan untuk menggantung Ahli Parlimen DAP dari Gelang Patah, Lim Kit Siang tengahari terpaksa melalui proses pengundian di Dewan Rakyat....

Keputusannya undi yang menyokong 107 dan yang tidak menyokong pula 77 undi, sementara itu 1 undi berkecuali. Menurut rekod kehadiran siang tadi, jumlah Ahli Parlimen BN yang hadir ialah 97 orang sahaja....

Dari mana datangnya tambahan sebanyak 10 undi untuk menyokong Kit Siang digantung...??

TENGOK YANG INI PULAK! APE KE HAL NI?



Dapatkah anda anda semua membaca dengan jelas apa yang cuba dimainkan oleh juak juak wakil rakyat Pakatan Pembangkang ?

Iya, mereka masih berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Sri Najib Razak... Tetapi kali ini dengan menggunakan sidang Dewan Rakyat maka nampaklah agak bersopan sedikit caranya untuk menggugurkan jawatan Perdana Menteri yang menjadi milik mutlak dan sah Najib Tun Razak.

Jika anda teliti apa yang cuba dinyatakan sebagai alasan oleh wakil rakyat Pembangkang, kesemua isu isu itu adalah serupa dan sama modal sembang kedai kopi dan coffee house beberapa pimpinan UMNO sendiri. Mereka seiring dan senada rentak serangan terhadap Najib..

Adakah akan ada beberapa kerat pimpinan UMNO dan wakil BN yang duduk dalam sidang Dewan Rakyat nanti sudah memasang niat akan menyokong Undi Tak Percaya terhadap Najib...?

No comments: