Monday, 26 October 2015

RUPA-RUPANYA DI PARLIMEN MALAYSIA TERDAPAT PULUHAN EKOR BERUK TERBIAR!!!


Di Parlimen kelmarin 'BERUK-BERUK' 

tanya mana pisang mereka. . .



Kelompok Ahli Parlimen PAS tidak memegang 
plakad RM2.6 billion

Pembentangan belanjawan 2016 yang dibuat oleh YAB Pekan ini telah mendapat perhatian oleh kebanyakan pihak. 

Banyak persoalan yang telah terjawab khususnya elemen GST yang selama ini 
menjadi isu hangat dalam politik negara.

GST dilihat menjadi faktor penyelamat 
kepada belanjawan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil apabila kebanyakan harga komoditi negara mengalami kejatuhan beserta nilai matawang negara yang jatuh.

Namun, pengumuman belanjawan 2016 
yang dibentangkan oleh YAB Pekan tidak menggambarkan yang negara Malaysia diambang muflis seperti mana yang telah dihebohkan oleh pihak pembangkang 
selama ini.

Langkah kerajaan melaksanakan GST 
pada awal tahun 2015 dilihat satu tindakan yang pro aktif dalam memastikan Malaysia berjaya mengurus ekonomi dalam keadaan ekonomi negara-negara Asean sedang diambang kemelesetan.

Sesi pembentangan belanjawan hari ini 
berjalan sempurna pada peringkat awal 
namun diakhir sesi pihak pembangkang 
berdiri secara beramai-ramai sambil 
memegang plakad yang tertulis "Mana 
RM2.6 Billion?". Namun tindakan 
tersebut tidak disertai oleh ahli 
parlimen PAS.




1 comment:

Anonymous said...

PAS x lagi sokong DAP. Tiada alasan lagi beb. Sokonglah PAS.