Saturday 31 October 2015

KERAJAAN TERUSKAN BEKERJA! BIARKAN PEMBANGKANG MELALAK SEBAB MEREKA MEMANG TAK ADA KERJA! PARLIMEN SENDIRI PUN TAK TERJAGA!!!

Janganlah mendengki iri hati bila kerajaan nak buat sesuatu yang boleh menaikkan nama negara kita sendiri. Perkara yang baik kita harus sokong..
Pembangkang pun akan cipta rekod dunia jugak... 
iaitu rel keretapi bertol yang pertama di dunia. 
tih tih tih..

UMNO Era Baru-ori
Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang berani mewujudkan hab kewangan Islam di dunia ini. Apakah kita tidak bangga dengan negara kita sendiri?

1MDB yg akan merealisasikan rancangan ini.. jadi demi kepentingan dunia perbankan Islam.Berhentilah menghentam 1MDB. Biarkanlah 1MDB laksanakan rencananya demi kebaikan sejagat.
Sistem kewangan dunia hari ini kesemuanya dikawal secara penuh oleh barat di mana tiada walau seorang pun daripada umat Islam mahupun negara Islam dapat menandingi apa yang dilakukan barat terutamanya Switzerland.
Hampir seluruh penduduk dunia mengakui bahawa sistem perbankan di Switzerland merupakan antara yang tercanggih dan paling hebat diciptakan oleh barat bagi menggalakkan semua jutawan dan bilionair menyimpan wang mereka ke Switzerland, dengan alasan keselamatan dan rahsia para pendeposit akan tersimpan rapi sepertimana wang-wang dan barang berharga mereka tersimpan.
Persoalannya kini, adakah wang mereka benar-benar selamat? Adakah simpanan mereka dapat diwarisi kepada pewaris andai pendeposit itu menemui ajal samada secara semulajadi ataupun hasil rampasan kuasa seperti apa yang dialami oleh Presiden Iraq, Saddam Hussein, Presiden Libya, Muaamar Gaddafi dan Presiden Tunisia, Zain el Abidin?
Seperti sedia maklum, Saddam Hussein sewaktu memerintah Iraq mempunyai aset bernilai ratusan bilion ringgit dimana aset berkenaan telah dicampurkan sekali dengan aset negara. Setelah beliau dibunuh oleh tentera Amerika sewaktu Perang Teluk kedua, semua aset negara dan beliau sendiri dibekukan oleh EU setelah mereka mengeluarkan dekri untuk melarang kerajaan Iraq menuntut aset berkenaan di Switzerland.
Begitu juga nasib yang menimpa Muamar Gaddafi selepas pembunuhan beliau di Libya. Semua aset beliau dan negara dibekukan dan Amerika menerusi proksinya hanya mengeluarkan aset berkenaan secara bulanan (ansuran) kepada kedua-dua buah negara ini dimana menurut EU dan Amerika, ia merupakan bantuan kemanusiaan daripada mereka, walhal itu merupakan aset Gaddafi dan Saddam yang disimpan di beberapa buah bank di Switzerland.
Hari ini, ramai jutawan-jutawan serta bilionair Islam dari negara-negara Arab berpusu-pusu menyimpan wang mereka ke hampir segenap bank yang ada di Switzerland kerana termakan dengan dakyah keselamatan dan kerahsiaan identiti. Mereka tidak menghiraukan jumlah cukai yang dikenakan malah jumlah faedah penyimpanan juga bukanlah isu pokok utama bagi jutawan dan bilionair Islam ini.
Dalam hal ini, 1MDB menyedari akan keperluan untuk mewujudkan hab kewangan Islam dengan menjadikan sebidang tanah milik syarikat berkenaan di Tun Razak Exchange sebagai lokasi yang dikenal pasti sebagai tempat berpotensi untuk dimajukan.
Tiada negara Islam di dunia ini berani melaksanakan hub kewangan Islam ini dan Malaysia menerusi 1MDB mengambil inisiatif untuk melakukannya buat kali pertama. Malah rancangan ini begitu dialu-alukan oleh ramai jutawan dan bilionair Islam kerana mereka menganggap, usaha Malaysia ini begitu baik kerana memperluaskan perbankan Islam menerusi hub kewangan berkenaan.
Berkonsepkan hampir sama yang diamalkan di Switzerland, apa yang dicadangkan Malaysia ini mempunyai kelainannya yang tersendiri ditambah pula dengan model kewangan Islam yang telah menjadi sebutan sejak sekian lama.

No comments: