Friday, 2 October 2015

JABATAN AGAMA ISLAM TAK PERLU MOHON MAAF KEPADA DAP !!!



Majoriti umat Islam di negara ini sudah jelak dengan perangai DAP.

Terbaru Khutbah Aidul Adha dijadikan senjata oleh DAP untuk memperlekeh-lekehkan institusi Islam di negara ini.



Kita umat IsIam seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JAIP. SemaIam Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman menolak paksaan DAP agar Institusi Islam Pahang itu memohon maaf kepada DAP, sebaliknya menggesa DAP memohon maaf kepadanya dan umat Islam kerana mempertikaikan khutbah yang disampaikannya pada Hari Raya Haji.

Hanya golongan munafiq, zindiq dan penyokong liberalisme yang mengambil dasar Bahai yang membenarkan tempat ibadat mereka dikongsi dan digunakan oleh semua agama sahaja yang akan menyebelahi DAP dalam isu ini.

DAP seharusnya menjadi pihak yang memohon maaf kerana cuba campurtangan dalam hal ehwal Islam. Contoh paling ketara ialah apabila para pemimpin parti tersebut bertungkus-lumus menentang pengenalan hukuman hudud di Kelantan.

Kenyataan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Sha yang memberikan masa selama lima hari kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk memohon maaf, atau DAP akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Jabatan Agama Islam tidak memohon maaf adaIah jeIas tindakan MeIayu bangsat yg tak sedar diri.

JeIas sekaIi perpecahan di kalangan umat Islam berpunca daripada politik. Sebahagian orang Islam yg menjadi anggota DAP memang boIeh disifatkan sebagai pengkhianat kepada bangsa dan agama, sedangkan DAP SECARA TERBUKA MENENTANG ISLAM sepertimana yg ditunjukkan dalam Isu Hudud dan kebimbangan keterlaluan DAP terhadap PAS Selangor yg mungkin akan membawa isu yang sama.

Orang-orang Islam di dalam DAP seharusnya mempertahankan institusi dan badan-badan rasmi Islam dan menasihatkan Dap supaya tidak mencampuri haI-hal agama IsIam, berbanding mengancamnya dengan mengambil tindakan undang-undang.

Khutbah itu adalah berdasarkan ayat-ayat al Quran yang antara lain melarang golongan yang beriman daripada bersekutu dengan golongan kafir sebaliknya memerintahkan umat Islam agar bersatu.

Mufti Pahang turut menafikan khutbah itu mengandungi unsur-unsur hasutan sebagaimana yg didakwa oleh DAP!

No comments: