Thursday 8 October 2015

MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!


Semalam, Malaysia Today melaporkan, 
Francis Yeoh memperolehi pendapatan 
berjumlah RM15 sehingga 29 bilion 
sepanjang 21 tahun menerusi syarikat
nya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan 
bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju 
untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional 
Bhd untuk selama 25 tahun lagi, 
sepertimana yang diminta oleh YTL. 

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan 
permintaan YTL untuk memanjangkan 
kontrak dan pada 1 Oktober 2015, 
YTL menyaksikan kilang duitnya telah 
'ditarik balik'. 

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa 
IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-
pengeluar tenaga yang lain. 

Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir 
sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang 
lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 
10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 
25 tahun akan datang. 

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja 
Negeri Sembilan turut memperolehi 
pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.  

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan 
yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba 
melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehingga
kan kempen agar Najib diturunkan daripada jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.  

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan 
jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. 

Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata. 

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-
kumpulan tertentu sehingga sakit hati 
tersebut memunculkan kempen menurun
kan Najib daripada jawatan Perdana 
Menteri dan keburukan 1MDB kepada 
negara.  

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya 
IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, 
tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun. 

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di 
pasaran Malaysia. 

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan 
setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun 
sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada 
pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' 
telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, 
antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman 
Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff 
Abdul Aziz. 

Mereka telah berjaya memperolehi 
33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) 
bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 
41% daripada 68,330) untuk tahun 
2005 sahaja, menurut senarai yang 
didedahkan oleh kerajaan. 

Berdasarkan kepada anggaran jualan 
kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 
juta secara keuntungan bagi tahun 2004 
dan RM848 juta bagi tahun 2005. 

Jumlah keseluruhan perniagaan AP 
adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenal
kan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan).

Menurut maklumat dari industri permotoran, 
AP telah menghasilkan kenaikan harga 
kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli 
kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa 
sedar. 

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan 
AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. 

Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan 
Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-
benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri 
sudah tidak wujud lagi. 

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. 

Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih 
RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik 
keras Najib Abdul Razak dan pentadbiran
nya.-TFK.

6 comments:

Anonymous said...

Kerajaan dah pun renew lesen ytl power. Jika ipp merugikan tnb dan kerajaan..kenapa perlu 1mdb beli dan kesen di renew.... tak perlupun di renew lesen.

Anonymous said...

Penyambungan contract YTL oleh Kerajaan hanya untuk dua tahun untuk membolehkan 1MDB ambil aleh sepenuhnya dalam masa dua tahun tersebut.

Anonymous said...

tak timbul soal untung atau rugi.soalnya tempoh lesen YTL dah tamat.YTL dah sapu untung berpuluh bilion hanya kerana dia kroni mahathir.kenapa mahathir tak gunakan wang epf tu untuk TNB?kenapa untuk YTL?TNB milik kerajaan,YTL milik kroni mahathir.kenapa pentingkan kroni tidak kerajaan.Najib ambil alih untuk 1MDB handle IPP tersebut dan menguntungkan kerajaan kerana 1MDB syarikat milik kerajaan.Najib tak mahu ikut perangai mahathir yang terlalu kronisme.dek kerana kronisme lah sampai banyak projek mega di buat oleh mahathir.sedangkan projek itu tak datangkan manfaat kepada rakyat.Bina KLCC hanya untuk berbangga.tak mampu rakyat khasnya orang melayu nak mendapatkan hak milik terhadap unit yang ditawarkan.setakat berbangga apalah maknanya.boleh ke kebanggaan itu digunakan untuk beli beras.projek mega diperbanyakkan untuk mendatangkan keuntungan berbilion ringgit kepada kroni2nya!IPP kerajaan ambil alih untuk keuntungan kepada kerajaan.cukup2lah mengkayakan vincent tan tu.vincent tan adik beradik sesusu mahathir!

Anonymous said...

Akhirnya yang benar akan diketahui, Allah maha besar. Allahkuakbar.TUN M kami sayangkan Tun tetapi kami minta Tun tolonglah retire dengan senang hati, lupakan semua kroni-kroni yang Tun telah cipta , walau pun mereka sudah kaya raya, Tun pun sudah enjoy kesana kesini dengan menggunakan privatye jet mereka. Ingat Tun sudah 90 tahun rumah kata pergi kubur kata mari, insaflah. banyak berzikir untuk disana. Waallahuaalam.

Anonymous said...

Dah tau ipp akan meningkat kos tnb...kenapa perlu renew..kalau tun nahathir dah buat silap..kenaoa nak ulang silap yg sama..jadi tujuan 1mdb pun samalah mcm ytl..untuk mencarivuntung cara mudah dgn alasan isnya syarkat kerajaan...hadilah pemimpin yv bijak..bukan cari untung cara mudah dan susahkan ramai org...

usin gampang said...

ANON 9:54, 1mdb ambil alih IPP dr YTL adalah untuk kepentingan rakyat.keuntungan akan pulang kepada kerajaan untuk digunakan dalam pembangunan negara.dulu YTL kontrol IPP memonopoli tenaga ikut suka dia aje.tun M pula memaksa TNB menerima perjanjian PPA yang berat sebelah.keuntungan hanya dinikmati segelintir manusia.bukan untuk semua.kalau tun M telus apa salahnya IPP yang di bina guna duit KWSP 4 bilion tu serah terus ke TNB.tak lah TNB terikat kaki tangannya dengan terpaksa mengikut telujuk YTL yang monopoli.dah tentu tarif elektrik jadi murah waktu itu dan tidak membebankan rakyat!1MDB dah ambil alih IPP dengan nilai 18 bilion.1mdb dan tnb kan GLC milik kerajaan.