Tuesday 20 October 2015

Mampukah Tun M Menjawab Punca Kekayaan Mokhzani Dan Mirzan Disebalik Dakwaan Beliau Terhadap PM?



By Samurai Biru 

Siapa yang tidak mengenali dua orang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini tersenarai sebagai antara bilionair Malaysia yang tersenarai didalam majalah Forbes Asia. 

Kebanyakan perkhabaran yang kita terima mengatakan mereka adalah ahli perniagaan Melayu yang berjaya masa kini.
Namun, berapa ramai dikalangan kita mengetahui dimana mereka memperolehi modal yang banyak untuk memulakan perniagaan mereka.

Siapakah mereka sebelum menjadi ahli perniagaan dan bilionair antara termuda didalam negara hari ini?


images (15)











Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir pada awal kariernya sama seperti adiknya Mukhriz yang menyertai politik tetapi dalam masa yang sama menjalankan perniagaan kecil-kecilan. 

Beliau adalah salah seorang ahli UMNO dan pada satu masa berkhidmat sebagai bendahari Sayap Pergerakan Pemuda UMNO. Sehingga 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah.

Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO, selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar. Dilahirkan pada 1961, beliau sudah mula tidak aktif berpolitik sejak tahun 2002 dimana beliau dikhabarkan lebih berminat dalam bidang perniagaan. Dari situ beliau tidak lagi kelihatan dalam kancah arena politik negara.

Namun, menjelang tahun 2010, kebangkitan nama Mokhzani mula kedengaran. Tindakan beliau pada tahun 2012 dengan menggabungkan Kencana Petroleum dengan SapuraCrest, yang dikendalikan oleh rakan zaman kanak-kanaknya Shahril Shamsuddin menjadi sebutan ramai.

Namun begitu beliau telah meletakkan jawatan daripada peranan eksekutif pada bulan Januari 2014 untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan yang lain. Bulan berikutnya, beliau memotong kepentingannya dalam Sapura Kencana, yang penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara dan telah menjual saham milik beliau bernilai $248 juta.


download (17)












Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bukan sahaja Sapura Kencana tetapi juga syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis dan syarikat kabel gentian optik, Opcom Holdings. 

Beliau merupakan seorang pelabur asas dalam IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings. Beliau juga merupakan Pengerusi Litar Sepang, yang menjadi tuan rumah Formula 1 di Malaysia.

Paling mencuri tumpuan, beliau juga dikenali sebagai lelaki kaya yang memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga USD $ 1.5 juta.

Beliau juga disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan USD$ 1.2 bilion pada tahun 2014.

Bagaimana pula dengan Mirzan? Anak sulung Tun M ini tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti politik didalam UMNO. Namun, disebalik perkhabaran beliau menjalankan urus niaga pelaburan beliau, beliau muncul sebagai dalam senarai bilionair negara pada umur 37 tahun.


download (18)









Beliau dilaporkan menjadi Pengarah bagi beberapa buah syarikat gergasi seperti IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Stratergy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan yang mengkaji tentang keberkesanan sesuatu pelaburan.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah pemilikan beliau didalam sebuah syarikat minuman keras terkemuka di Filipina, San Maguel Corporation. Pada waktu berkenaan beliau dikenali dengan reputasinya menyelamatkan beberapa perniagaan yang bermasalah termasuk suntikan modal terhadap perniagaan berkenaan.

Antara kejayaan yang cukup dibanggakan oleh Mirzan adalah berjaya menukarkan syarikat berkenaan daripada berasaskan arak kepada sebuah syarikat yang berasaskan infrastruktur dan utiliti awam di sana.


download (19)


















Persoalannya kini, dari mana mereka memperolehi bantuan kewangan yang cukup besar bagi memulakan perniagaan dan pelaburan. Malah pelaburan yang dilakukan mereka bukan kecil tetapi melibatkan ratusan juta yang pada hakikatnya tidak akan mampu diperoleh andai mereka bukan anak kepada Perdana Menteri.

Dalam banyak situasi, penyertaan mereka banyak dipertimbangkan berikutan membawa nama Mahathir pada nama mereka. Jesteru, kebanyakan syarikat akan mengizinkan sebarang pelaburan dilakukan.

Inilah yang berlaku sebenarnya disebalik kejayaan mereka hari ini. Bukan mempertikaikan atau dengkikan kekayaan mereka, cuma yang menjadi pertikaian, adakah Tun M berani menidakkan dakwaan mengatakan beliau langsung tidak pernah menggunakan kuasa eksekutif beliau selaku Perdana Menteri dalam memudahkan urusan anak-anak beliau?


images (16)











Hari ini, Tun M begitu sibuk mempertikaikan RM 2.6 bilion yang diterima Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hasil daripada sumbangan derma salah sebuah keluarga Di Raja Arab Saudi terhadap sumbangan beliau dalam memerangi pengganas IS di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Malah beliau begitu giat mempertikaikan kehilangan dana RM 41 bilion oleh 1MDB yang kononnya dakwa beliau adalah penyelewengan terbesar dalam sejarah Malaysia. 


Namun, beliau sehingga hari ini mengelak untuk menjawab, kemanakah hilangnya RM 100 bilion yang pernah dilaporkan lesap dari simpanan Bank Negara satu ketika dahulu.

Mengikut laporan yang dikeluarkan pada awal 1990-an dahulu, sebanyak RM 30 bilion daripadanya lesap disebalik alasan urusan pertukaran matawang asing yang melibatkan Malaysia dan negara luar. 

Sebanyak RM 20 bilion lagi dilaporkan lesap tanpa sebarang transaksi manakala RM 50 bilion lagi lesap sewaktu pemansuhan not RM 1,000 dan RM 500 sewaktu pemerintahan beliau dahulu.


IMG_5998














Kenapa ini langsung tidak pernah dijawab oleh Tun Dr Mahathir disebalik pelbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Mohd Najib yang kononnya menggelapkan wang negara? 

Semua ini hanya akan terbongkar jika pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa pihak yang lain berani membuka kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

9 comments:

Anonymous said...

Munafik hanya nampak kesalahan org lain...

Anonymous said...

Syukur
Masih ada orang Melayu sudah termasuk dalam golongan Bilionair.
Seronoknya melihat Melayu sudah jadi Bilionair.

Takkan cemburu dengan kekayaan seseorang Islam.

Berdoa agar lebih ramai tergolong dalam bilionair termasuk Dato seri Najib !!!

Anonymous said...

Rakyat malaysia semakin Bijak ...Please .... Sila berikan Fakta sebenar dan bukannya Auta.... Mewujudkan PERSEPSI bagi mengelakkan isu Negara yg sebenar amat mendukacitakan... Adakah ini mentaliti CAI2 penyokong PM dewasa ini..

Anonymous said...

Disarankan Melayu yg kaya mcm anak2 Tun ni tolong pulak Melayu yg miskin supaya menjadi kaya seperti mereka.

Adakah kekayaan datangnya dari menghisap wang rakyat melalui kroni dan perjanjian berat sebelah tu? Rasa2nya x halal kot sebab rakyat x rela diperlakukan sebegitu.

Tun better muhasabah diri dan ingat balik apa yg telah dibuatnya selama 22 tahun tu. Tentu banyak kesilapan2nya, berbanding tempuh 6 tahun Najib. Beliau sepatutnya perbetulkan kesilapan2nya sendiri itu dan bukannya mencari kesilapan orang lain.

Anonymous said...

Takyah nak alih cerita... Najib, bila engkau nak saman WSJ, Al Jazeera, Ling Liong Sik dan lain-lain ?

Labu8455 said...

Kekayaan anak anak Tun kerana mereka ada perniagaan sendiri tetapi kekayaan luar biasa Najib tanpa ada sebarang perniagaan dan diperolehi dari sumbangan "DERMA" amat dikagumi seluruh penduduk dunia !

Anonymous said...

Bapak hanya sibuk suruh najib tunjuk harta keluarganya...harta mahdey dan anak2 dia boleh buat senyap jer....
Anak tak pandai buat bisnes...bila lingkup, bapak tolong dgn salah guna kuasa.
Buat perjanjian IPP..untungkan kroni dan anak.
Buat perjanjian top..untungkan kroni dan anak.
Manusia bodo dan bangsat memewahkan kroni dan anak sedangkan rakyat dibiar menanggung beban kaya kan mrk!!!!!

Anonymous said...

orang melayu kampung lebih suka terima makan brim dari meniaga ubi kayu..
orang melayu bandar lebih suka makan komisyen dari buat projek sendiri..
pemimpin melayu pula lebih suka makan rasuah dari membantu bangsa sendiri
ada perdana menteri lembek pula, seperti kena remote control je..
dan itulah sebab utama najib didesak berundur.
1mdb tu mungkin jadikan sebab je supaya jangan nampak sangat proxy mereka disingkirkan dari memimpin negara. najib dgn anwar rakan seperguruan. bezannya najib jd hero dan anwar jd crook...

Anonymous said...

munafik hanya nampak kesalahan orang?kesian kat mahathir munafik!!! mahathir tuduh najib tunjuklah bukti.kena fakta bukan auta. bila madey burukkan najib cai2 madey bersorak gembira!bila orang bukak buruk madey cai2 madey mulalah marah,maki,lebelkan orang dengan pelbagai label yang buruk2.inilah manusia penyembah mamak kerala!kata dulang paku serpih kata orang kau orang yang lebih!