Wednesday, 28 October 2015

KERJASAMA DUA PARTI MELAYU TERBESAR BUKAN MUSTAHIL!!!




PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Era mahdey antara era paling buruk hbg pas dan umno krn kepimpinannya asyik kutuk mengutuk dan saling berdendam.Akibatnya berlaku perpecahan di kalangan ummah.
Tak kesahlah gagal bersatu dlm politik tetapi utk kemenjadian bangsa, agama dan negara biarlah buang segala ego demi rakyat yg berbilang kaum.
Mmg seronok kali ini tiada kutukan secara terbuka, berjemaah dgn tenang di surau dan masjid dan segalanya lebih harmoni.Klu ada pon, otai2 yg msh dgn doktrin lama yg hanya segelintir.
Tahniah kpd kedua2 pemimpin!!!Semoga syurga balasan kpd mrk yg menyambung silaturahim sesama umat!!!!!

Anonymous said...

Umno x dpt undi kaum cina.Pas akan dtg pun sama.Dan kita dah nmpak sapa main sape.Udah udah la.Dulu Madey dgn arwah Nik Aziz dok keras kepala.Bergabung lah.Jgn dok sandiwara lagi.Yg rugi org melayu.

Anonymous said...

Walaupun Najib dan Isterinya dikutuk, difitnah, dicarut namun yang nyata sebelum isu 1MDB lagi aku dah tengok Najib sentiasa hemoi dengan pemimpin PAS. Semasa mereka uzur arwah Nik Aziz, Ustaz Harun Din hingga Ustaz Hadi Awang, Najib meluangkan masanya melawat mereka.

Najib tidak hirau lautan penyokong taksub PAS dia datang juga menziarahi Arwah Nik Aziz. Walaupun ilmu agama taklah seberapa namun cara dia melayan seteru politiknya telah menjadikannya seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Pemimpin yang berjiwa besar tak akan lari dari tanggung jawab walau pun setiap masa dicemuh, dihina kerana dia tahu bahawa kesabaran adalah kekuatan yang ampuh menghadapi fitnah dari dajjal akhir zaman.

Belum pernah aku lihat seorang Perdana Menteri kerap kali bersama2 rakyat menghadiri Majlis Selawat Nabi sebelum ini. Walaupun taklah sehebat mana hakikatnya dia berani kehadapan menongkah arus untuk mengingatkan kita bahawa dalam negara ini Islam jangan dipandang kerdil dan serong.

Biarlah pemimpin2 sebelum ini bertegang leher antara PAS dan UMNO dengan adanya PM Najib diharap kesederhanaan di antara kedua-duanya dapat dinikmati bersama.

Puak-puak RBA komunis takkan senang dengan perkembangan ini. Pastinya akan bercambah batu api yang akan membakar hati PAS dan UMNO. Jangan risau musim tengkujuh yang semakin hampir akan menenggelamkan percikan api neraka ini.

Anonymous said...

Ya la tuu...anon 18.53

Anonymous said...

Ala...setakat kelantan ngan trengganu aje kot. Itupun sebulan dua aje. Ingat mudah sangat ke nak ubah perangai org berkarok le kau dgn org kaki zikir? Kononnya...!