Tuesday 25 February 2014

Gadis Pengiring Untuk Golongan Kenamaan. Siapa?


 
BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.


Upah ‘bapa ayam’ RM450



Bermodalkan bayaran RM450 sebagai upah khidmat orang tengah, satu sindiket pelacuran dikesan boleh menghubungkan lelaki hidung belang dengan pelacur kelas atasan, termasuk pelajar dan wanita daripada golongan profesional di negara ini.


Difahamkan, kebanyakan pelanggan bagi khidmat orang tengah itu membabitkan golongan kenamaan dan kaya berikutan wanita berkenaan menerima bayaran sebagai gadis pengiring antara RM1,200 hingga RM4,500 untuk langganan selama satu hingga enam jam.


Berdasarkan siasatan, khidmat sebagai orang tengah itu diatur melalui sebuah laman web sosial yang menawarkan khidmat gadis pengiring dan difahamkan turut menarik perhatian pelanggan dari Singapura. 


Penyiasat cuba berhubung dengan orang tengah berkenaan melalui e-mel, dan maklum balas diterima menyatakan jika bayaran upah diterima, mereka akan menyertakan gambar gadis pengiring berkenaan.



“Saya ada lebih 40 kenalan gadis freelance (sambilan), ada seorang gadis Cina belajar di kolej, dua pelajar kolej Melayu, seorang campuran Melayu-Cina, bakinya gadis tempatan Cina dan Melayu.



“Bayar saya RM450, saya beri semua senarai nombor contact (kenalan), atau RM300 untuk 20 contact saja. Semuanya freelance di Kuala Lumpur dan Selangor,” kata orang tengah dalam e-mel itu.



Difahamkan, mereka membantu pelanggan berhubung dengan wanita terbabit dan bayaran boleh dilakukan melalui pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) atau transaksi Internet.

No comments: