Sunday, 25 October 2015

JEREBU,GURU,KAKI BAMBU!!!


Maklumlah... cikgu-cikgu di Malaysia ni habis pmr je dah boleh apply jadi cikgu. Kalau jawatan lain semua minima kena ada master. Oklah maafkanlah cikgu-cikgu ni. Cikgu-cikgu ni la yang keluarkan arahan tutup sekolah di Malaysia ni...

Yang jadi doktor, engineer, pharmacist tu semua dulu tiang gol yang ajar bukan cikgu kot??? Sebab tu berjaya melahirkan manusia yang jadi bangang macam Fer Naz tu.




Jerebu ni ada tahap-tahapnya. Pada tahap yang unhealthy 101-200 IPU ni kita orang dewasa yang sihat masih boleh survive. Tapi pada peringkat bayi hingga kanak-kanak sekolah ianya sangat berbahaya. 

Sistem pernafasan mereka belum matang sepenuhnya macam orang dewasa yang mana mereka mudah jatuh sakit.  

Persoalannya bersediakah kita untuk menghadapi total shutdown. Pasaraya tutup. Kilang-kilang tutup. Kedai makan tutup. Pejabat-pejabat kerajaan, hospital semua tutup..mesti tak bersedia punya. 

Cuti dibidas. Tidak diberi cuti pun dibidas. Rakyat di Syria mahu ke sekolah pun sudah tiada lagi sekolah. Hari-hari pun menghirup asap daripada bom. Bukan lagi dari pembakaran. Yang itu lebih bahaya.

Kenapa hanya cuti guru yang dilihat?Sedangkan yang diberi cuti adalah murid iaitu anak-anak termasuklah anak-anak sipengomen negatif itu sendiri!!!Kenapa tidak dilihat pada bebanan guru yang saban hari kian bertambah??? 

Dalam sebulan lebih kurang 2 atau 3 Sabtu perlu ke sekolah untuk mesyuarat dll. Cuti jerebu ni bukan duduk bergoyang kaki...masih banyak urusan sekolah perlu disiapkan. 

 
Pelik kan? Dah diberikan cuti sekolah disebabkan jerebu teruk ada jugak ibubapa ambik acuh tak acuh tentang hal ni... 

Boleh pulak bawak anak-anak keluar ke pasar malam. Siap bawak baby lagi. 

Kat taman pun sama masih lepak macam biasa.Bawak anak-anak berjogging... berbasikal... Itu yang kita masih Tak Faham sikap ibubapa....
 
Kalau bersekolah nak mintak cuti jerebu
Kalau diberikan cuti.. merayap pulak dah... haihhhhh......

Masalah jerebu ni benar-benar mengganggu kesihatan.Kalau tak diberi cuti...nanti kata kejam pula.Tak sayangkan kesihatan anak murid.Dah diberi cuti masih tak puas hati kutuk guru makan gaji buta.Susah nak puaskan hati manusia..komen laju je kat laman sosial.

Semoga tiada hati yang berjerebu dengan guru. Sama-sama kita doakan semoga masalah jerebu akan selesai dan sinar mentari akan tersenyum kembali menyimbahi bumi Malaysia!

Pendek cerita hidup jangan suka merendah-rendahkan kerjaya orang lain...

Barang siapa suka merendah-rendahkan/menghina kerjaya orang lain, dia akan menjadi 'rendah' atau terhina dengan sendirinya..

Barang siapa yang menghormati orang lain TANPA mengira kelas, pangkat dan darjat, dia akan disayangi oleh manusia dan ganjaran Allah akan menanti.

Barang siapa yang buat kebaikan TANPA minta dipuji atau buat kebaikan secara tersembunyi, nescaya walaupun dia tidak terkenal di FB ataupun muka bumi, tetapi pasti dia akan terkenal di kalangan malaikat dan masyarakat langit sehingga langit lapisan ke tujuh dan Allah telah melipatkan pelbagai ganjaran untuknya.

p.s- Anak tak pandai cikgu kena serang. Anak bergaduh cikgu kena serang. Anak kene cubit tak siap kerja sekolah cikgu kena serang. Anak cuti sekolah cikgu pun kene serang!!!

Walaupun diberi cuti, ada rakan-rakan guru tetap ke sekolah setelkan kerja khusus & tanda kertas. Ada pulak tu suami kepada guru yang hantar isterinya pergi kursus  di luar kawasan dari pagi sampai petang walaupun sekolah diumum cuti.Si suami tu pulak yang kena mohon cuti dari jabatannya. Pasangn guru lebih memahami. Apa yang sakit hati sangat?

1 comment:

Anonymous said...

Rakyat Malaysia memang haramjaddah tak guna langsung, yang hanya pentingkan diri sendiri.

Tak dapat antar anak kat pusat penjagaan kanak2 pon kerajaan yg salah.

Rakyat Malaysia jenis ini memang haramjaddah, celaka, woooi tukar kerakyatanlah jadi nepal, bangla, pakistan, indon waimma pilipino.

Takkan dah lama kerja tak der plan B C D E jika berlaku kecemasan..

Warga Polis yg kena bertugas tak pernah nak komplen..?

Memamng sial wagra malaysia macam nieh...semua nak mudah, celaka pukimak kau orang