Wednesday 21 October 2015

Dirogol Beramai-Ramai Depan Teman Lelaki!!!



Alor Gajah – Seorang pelajar IPTA bernasib 
malang apabila dirogol oleh empat lelaki 
yang menyamar sebagai ahli Rukun Tetangga 
sebuah kampung secara bergilir-gilir di 
depan teman lelakinya di Pantai Pengkalan 
Balak di sini, tengah malam kelmarin.

Mangsa juga turut mendakwa dia ditumbuk 
sebelum dirogol manakala teman lelakinya 
dibelasah oleh empat suspek yang berusia 
dalam lingkungan 20-an dalam kejadian kira
-kira jam 12.30 tengah malam.

Memetik laporan dari sumber Harian Metro, 
mangsa yang berusia 18 tahun dan teman 
lelakinya, 21 tahun singgah di kedai makan 
berhampiran sebelum berkhemah di tepi 
pantai tersebut.

“Gadis berkenaan dipercayai baru 
mengenali teman lelakinya beberapa 
bulan lalu dan ketika dihampiri empat 
suspek, kedua-duanya dikatakan memadu
asmara di tepi pantai itu.

“Suspek meminta pasangan itu menyerah 
kan kad pengenalan mereka selain mengugut
membawa mereka ke balai polis untuk
tindakan lanjut bagi menakutkan pasangan
itu,” katanya sumber terbabit.


Teman lelaki gadis terbabit merayu agar 
tidak dibawa ke balai polis kerana tindakan 
itu mungkin akan menyebabkan mereka 
dibuang dari universiti, kata sumber.
Salah seorang dari suspek kemudian 
menumbuk lelaki terbabit, manakala tiga 
lagi suspek menarik pelajar perempuan 
tersebut ke tepi pantai dan merogol 
mangsa secara bergilir-gilir.



“Walaupun merayu, suspek tetap
merogol penuntut wanita itu di
depan teman lelakinya yang dalam
kesakitan,” katanya.

Pasangan terbabit kemudian membuat 
laporan polis di Balai Polis Kuala Sungai 
Baru selepas kejadian.

1 comment:

Anonymous said...

tn admin yg mulia ada tak formula bagaimana nak kotey jadi panjang, besar dan keras, kalau setakat nengok gamba dapdolls keras sekejab jer?