Thursday, 15 October 2015

DASAR PENSWASTAAN BUKAN KURANGKAN BEBAN KEWANGAN NEGARA TETAPI UNTUK KAYAKAN KRONI!!!

DALAM ketegangan orang-orang di Perak, di Pahang, di Johor dan negeri-negeri lain di luar Lembah Klang membincangkan kenaikan harga tol 17 lebuhraya dalam bandar sekitar Kuala Lumpur Khamis nanti, tidak adakah yang nak bertanya bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membina lebuhraya percuma untuk Sabah dan Sarawak sementara tidak ada Perdana Menteri sebelum beliau yang boleh?

Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri yang paling legend kononnya tu pun nak buat lebuhraya 18km pun kena tol tapi Najib buat lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239km dengan nilai RM 27 billion, tanpa tol.

Bagaimana ini boleh dilakukan? Sudah tentu kerana Najib lebih bijak dari Mahathir dan Pan Borneo hanyalah satu contoh. Pada saat ini, penulis sudah dengar orang merungut kenapalah bukan Najib yang jadi Perdana Menteri pada 1981, kalau tidak sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan mengalami kenaikan harga tol seperti sekarang.

Najib tidak terikat dengan formula Mahathir yang bijak memindahkan beban atas sesuatu projek pembangunan kepada rakyat, pembinaan lebuhraya bertol sebagai contoh. Mahathir tidak boleh lari dari konsep swasta bina, kerajaan bagi konsesi dan rakyat bayar. Dulu macam itu dan kalau dia masih Perdana Menteri, selamanyalah macam itu, asyik rakyat saja kena.

Sebab itu bila diumumkan tol naik, muka nombor satu yang naik dalam kepala penulis ialah muka Mahathir. Inilah masalah yang sebenarnya, bukan Najib. 

Malah penulis dengar dari beberapa sumber, Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi lebuhraya yang dibuat pada zamannya itu tidak adil, baguslah mengaku, tapi apa gunanya lagi?

Memandangkan kebanyakkan perjanjian konsesi sedia ada, Mahathir terlibat di dalamnya, kenapa tidak dia berjumpa semula dengan pemegang konsesi ini minta dirunding semula perjanjian yang tidak adil itu bagi menebus dosa yang dilakukan? Dia buat najis, biarlah dia yang bersihkan najis itu.
-mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Perjanjian kawtim hanya mengkaya dan memewahkan kroni dan anak2.
Perjanjian bodo yg tak peduli hasil jangka panjang yg menyusahkan rakyat.Bodo dan bangang!!!
Kenapa tak tetapkan perjanjian yg hanya membolehkan syarikat terbabit menurunkan kadar tol setelah pelaburan dan paras keuntungan yg sesuai diperolehi.Klu dikutip pun cukup utk penyelenggaraan dan pendapatan yg berpatutan.Ini tidak...naik dan terus naik tak henti2.Yang bagi idea dan subahat dgn perjanjian sial tersebut memang bangsat menyusahkan rakyat!!!!!
Amat menyusahkan dan lebih menguntungkan golongan yg mewah dan kaya!!!!

Anonymous said...

Salam Tuan Admin...

Saya nak tanya Tuan Admin...dah pernah tengok dan lalu ke highway pan Borneo di Serawak tu ??.

Tuan Admin..yang dikatakan highway tu sebenarnya jalan yang dah sedia ada mcm jalan negeri saja hanya repair mana2 yang rosak dan sempit itu sahaja...tak kan jln mcm nie pun nak kena tol..

Tak payah la nak bermegah...cuba lalu jalan Jerantut Benta tu kalau admin tak muntah kira hebat la.....

usin gampang said...

nak kata bodoh nampak hebat.yang nak difokuskan oleh admin ialah bentuk perjanjian yang sentiasa menguntung syarikat konsesi tersebut.kalau kerajaan tak tunaikan permintaan menaikkan tol,kerajaan kena bayar pampasan.kalau tunaikan permintaan mereka rakyat pulak yang sengsara.nampak tak?kerajaan dalam keadaan tersepit,rakyat dalam keadaan tercekik angkara perjanjian ciptaan mahathir yang mempelopori dasar penswastaan negara! yang melarat ke jalan benta jerantut tu apa barang?kampung punya pemikiran tak capai standard piawan kemahiran berfikir aras tinggi.