Monday, 1 June 2015

Wanita Melayu Gemar Tayang Eset..Benarkah???

Tajuk hangat..gambar panas..Benarkah wanita 
melayu zaman sekarang gemar membuat perkara 
sedemikian? 

Sejak mula wujudnya laman-laman sosial di 
internet seperti Facebook, Tagged, Friendster dan 
lain-lain lagi,macam-macam hal dapat kita lihat 
dan tahu, dari yang biasa-biasa hingga ke luar biasa. 
Dari luar baju hingga dalam baju. Mungkin bagi 
sesetengah indvidu menganggap perkara ini adalah 
normal pada mata mereka. Tapi apa pula pandangan 
masyarakat yang berada di sekeliling kita?




 


Setelah lama merayau-rayau dalam dunia cyber, 
apa yang diperhatikan perkara ini semakin menjadi-
jadi. Semakin ramai pula wanita melayu suka 
menayangkan susuk tubuh badan mereka di tempat 
yang tak sepatutnya, terutama sekali di laman sosial 
tanpa ada rasa segan silu. 

Bagaimana agaknya perasaan kedua ibubapa apabila 
melihat gambar-gambar separuh bogel anak mereka 
menjadi bahan tatapan umum. Bangga..sedih atau 
tak kisah anak jadi begitu.





Pernah rakyat Malaysia dihangatkan dengan isu 
Islamic Fashion Show yang diadakan di luar negara. 
Ramai yang menyatakan kemarahan dan ketidak-
puashati melalui laman facebook dan blog-blog 
sebagai tanda bantahan.

Suka nak ingatkan di sini, sebelum kita sibuk 
mengutuk pertunjukan fashion tersebut, kita harus 
mungutuk diri kita terlebih dahulu. Kerana apa?. 

Kerana di dalam negara kita sendiri masih ada 
segelintir individu melayu beragama islam gagal 
mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan 
oleh Islam dalam etika berpakaian. Kita tidak perlu 
melihat jauh-jauh. Lihat-lah kembali pada diri kita, 
keluarga kita atau rakan-rakan serta masyarakat 
islam. 

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam hal ini.





Buat remaja-remaja perempuan melayu yang baru 
mula berjinak-jinak dengan laman sosial, tidak 
menjadi kesalahan bagi anda untuk menyertainya. 
Asalkan anda tahu menjaga batas-batas susila serta 
maruah diri dan keluarga. Jangan tunjuk gambar-
gambar dan segala aset anda yang beharga itu, tak 
kira besar, kecil atau gebu kepada orang yang tidak 
sepatutnya. 

Kepada sang suami yang memiliki isteri yang seksi 
dan gebu, jangan biarkan orang lain melihat keseksian 
isteri anda itu di laman sosial untuk dijadikan modal 
bagi melepaskan nafsu walau terpaksa menala ke 
dinding..




Apa-apa pun, sendiri punya badan, sendiri punya 

keluarga, kita lah yang perlu menjaganya. Jangan 

terlalu mengharap orang lain untuk mengubahnya 
dan tak lupa juga jangan terlalu kerap menyalahkan 
pihak lain dalam apa jua isu, sekiranya kita sendiri 
gagal menunaikan tanggung jawab yang diberi 
sepenuhnya terhadap kelurga, masyarakat, bangsa 
dan agama.



Kepada wanita-wanita yang suka atau gian sangat 
nak tanyang gambar separuh bogel samada nak 
tunjuk buah dada, lurah dendam, longkang dalam 
dan macam-macam lagi di laman sosial, disarankan 
supaya remove atau padam ke semua gambar seksi 
anda itu. 

Dikhabarkan telah wujud satu laman web yang 
memaparkan gambar-gambar seksi wanita melayu, 
yang di ambil dari laman sosial, untuk dijadikan 
tontonan umum atau lepas stim..so berhati-hati yer
-Wak Jengkol

No comments: