Tuesday, 9 June 2015

BERTELANJANG BULAT DI GUNUNG KINABALU!!!





Laman Facebook Pendaki Bogel Emil Kaminski, Diserang Netizen!  

    Gambar Hiasan.


2

PUTRAJAYA – Facebook milik salah seorang 
pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu 
baru-baru ini berjaya dikesan agen penyiasat 
Facebook.

Emil Kaminski, warganegara Kanada, memuat naik 
kenyataan di Facebook bahawa dia dan rakan-rakan
nya masih berada Sabah.

“Anywho, the place is a shithole. But I am stuck here 
for a few more days until the whole ‘nak-ed-on-a-
mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasses 
here have no internet and no idea!,” katanya.

Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan 
tiket penerbangan AirAsia berlepas dari Lapangan 
Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini 
dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa 
ke Taipei pada hari yang sama.

2

2
Berikutan penemuan Facebook Emil Kaminski 
tersebut, ramai rakyat Malaysia menyerang warga 
Kanada itu tanpa henti sehingga ke waktu laporan 
ini ditulis.

Difahamkan, Emil telah banyak melakukan aksi-aksi 
bogel di tempat-tempat yang dikunjunginya dan di 
Gunung Kinabalu bukanlah yang pertama kali.

Ada di antara rakyat Malaysia memuat naik gambar
-gambar mayat mangsa gempa bumi di Gunung 
Kinabalu di Facebook Emil. Tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata amaran, nasihat dan juga 
ancaman terhadapnya.

Rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah kini 
mendesak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan 
tegas dan menghalang sekumpulan pelancong asing 
berkenaan melarikan diri dari negara ini.

Sumber: Thehypemedia

No comments: