Wednesday 24 June 2015

WAJAH YANG BIKIN PENTAKSUB MAHATHIR MENAMBAH DOSA MENGUMPAT DAN FITNAH SETIAP HARI!!!

WAJAH XAVIER JUSTO

Gegak gempita bersahut-sahutan sakan 
sebelum ini juak juak yang mempercayai 
cerekarama 1MDB mengkiritik dan 
menghina YAB Datuk Sri Najib....!

Mereka semua sampai ke kemuncak 
ejakulasi hanya semata mata percaya 
dengan dokumen dokumen 1MDB 
yang disiarkan oleh sebuah portal 
Sarawak Report...

Malang sungguh nasib juak juak 
kumpulan yang sudah semakin hari 
semakin teruk "membenci" Najib. 
Mereka semua tergamak secara 
terbuka melabelkan Najib Penipu...

Iya, memang malang sungguh nasib 
juak juak ini apabila semalam tersiar 
khabar berita dari seberang tanahair. 

Rupa-rupanya dokumen yang selama 
ini mereka percaya mengenai 
"penyelewengan 1MDB" sebenarnya 
bukanlah sahih... Itu semua dokumen 
yang tak boleh pakai !

Kesian juak juak ini.... mereka percaya 
kepada penyamun dan penyangak 
untuk menuduh pemimpin mereka 
menipu-MIK.




BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang 
bekas pegawai PetroSaudi International Ltd 
dan mendakwanya atas tuduhan cuba 
memeras ugut syarikat berkenaan, lapor 
media Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot 
Pumpunmuang, berkata polis Bahagian 
Pencegahan Jenayah menahan warga 
Switzerland,  Xavier Andre Justo, susulan 
waran tangkap yang dikeluarkan 
Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya 
dan merampas sebuah komputer serta 
beberapa peralatan lain yang dipercayai 
digunakan dalam jenayah itu.

Menurut polis, Justo adalah seorang 
eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan 
diri ke Thailand. Syarikat antarabangsa 
berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal 
di Malaysia berikutan kerjasama yang 
pernah dijalin dengan syarikat dana 
pelaburan strategik, 1Malaysia 
Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada 
syarikat, Justo dikatakan cuba memeras 
ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss 
Francs (RM10 juta). Dia mengancam 
akan mendedahkan maklumat sulit 
perniagaan yang didakwa dicurinya 
daripada syarikat itu jika permintaannya 
tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, 
beberapa emel dan dokumen disiarkan 
oleh Sarawak Report, sebuah blog 
bermotifkan politik, hingga mencetus
kan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel 
dan dokumen yang disiarkan dalam blog 
itu sudah ditokok-tambah, sekali gus 
menimbulkan keraguan terhadap 
kesahihan tuduhan berkenaan.

Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan 
yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut 
baik penahanan Justo dan akan memberi 
kerjasama penuh kepada pihak berkuasa 
Thailand. 

Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan 
tindakan undang-undang sewajarnya.

"Kami lega Justo akan berdepan tindakan 
mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah 
dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan 
di Malaysia.

"Kami gembira kerana dapat memperbetul
kan keadaan dan memohon maaf kepada 
rakyat Malaysia atas segala kesulitan 
berikutan tindakan tidak bertanggung
jawab bekas kakitangan kami," katanya.

Selama ini cerita 1MDB ambil dari 
sipenipu ini lah ye......padan pun. 
Penipu di Malaysia kena tipu oleh 
penipu di Arab Saudi......


1 comment:

Anonymous said...

COME ON LA..KO NI TAK RETI KE APA ISU YANG DI TIMBULKAN ??
MEH KITA TENGOK DI MAHKAMAH DOKUMEN APA YANG ORIGINAL DAN DOKUMEN APA YG MODIFIED.

LAGI SATU DAH TENGOK DOKUMEN DARIPADA LONDON EXCHANGE??