Sunday 14 June 2015

Adik Sultan Johor Kritik Tun Mahathir!!!


BUKA RAHSIA? Giliran Adik Sultan Johor Kritik Tun Mahathir!!!


Betul juga apa yang diperkatakan oleh adik Sultan Johor ini, Tunku Majid ini. Mengapa sekarang baru nak didedahkan? Adakah Tun semakin pelupa atau taksub kepada "kehebatan" dan "pujaan" pentaksub-pentaksubnya?

Selepas 27 tahun krisis Perlembagaan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut dan mendedahkan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas atas arahan Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


Dr Mahathir berkata, sultan Johor mengarahkannya supaya menubuhkan satu tribunal untuk memecat Salleh.

Namun, katanya timbul masalah apabila peguam negara ketika itu enggan mengheret nama Yang Dipertuan Agong dalam kertas siasatan tribunal, sebaliknya meletakkan namanya dan menyebabkannya dituduh mencalarkan kebebasan institusi kehakiman sehingga kini.


"Peguam negara tidak mahu sebut nama Sultan. Tribunal akhirnya putuskan beliau dipecat.

"Sampai mati saya dilabel sebegini (campur tangan kuasa kehakiman)," katanya dalam program bual bicara "Dangerous Idea" di Publika, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengimbas kembali krisis kehakiman semasa tahun 1988, Dr Mahathir berkata isu bermula apabila Salleh menulis surat kepada Sultan Mahmud mengadu tentang 'bunyi bising' yang didengarnya daripada salah satu rumah baginda.

Katanya, tindakan Salleh itu silap apabila salinan surat sama diberikannya kepada sultan yang lain sehingga menyebabkan Sultan Mahmud murka dan mengarahkan Dr Mahathir memecat Salleh.

Katanya, krisis itu menyebabkannya dilabelkan sebagai menyekat dan mengawal kuasa kehakiman dan tersebar ke seluruh dunia.

"Semua orang fikir begitu tapi itu semua tidak betul. Saya tak pernah jemput hakim datang ke rumah saya seperi menteri lain walaupun semasa hari raya," katanya membuktikan dirinya tidak pernah campur tangan dalam sistem kehakiman negara.

Krisis tribunal pemecatan Salleh membawa kepada penggantungan Mahkamah Agung sehingga menyebabkan kuasa kehakiman persekutuan dilucutkan dalam perlembagaan persekutuan-beliabangkit.

No comments: