[Isu Laut China Selatan : Mengapa Media Dunia Memandang Serius]
1) Sedikit perkongsian ringkas dalam bahasa mudah, berdasarkan pemerhatian saya tentang perkembangan terbaru isu persaingan di antara China dan beberapa Negara lain, mengenai tuntutan terhadap kepulauan di Laut China Selatan,..
2) Terdapat beberapa buah pulau di lautan ini yang di kenali sebagai "Spratly Islands" yang menjadi tumpuan tuntutan bertindih oleh Negara berdekatan di antara China, Philippine, Malaysia, Brunei, dan Vietnam,..
3) Kepulauan ini menjadi tumpuan kerana Negara yang memilikinya mungkin akan sekaligus dapat mengawal laluan perdangan di laut ini yang mana dianggarkan merangkumi 1/3 daripada nilai perdagangan dunia,..
4) Kawasan lautan ini juga dikatakan mempunyai kekayaan sumber galian bawah tanah termasuk Gas Asli dan Petroleum yang masih belum dimanfaatkan,..Maka pelbagai pihak menganalisa tentang keuntungan besar mana-mana Negara yang dapat memiliki pulau di kawasan ini kerana dapat meluaskan sempadan Negara tersebut sekaligus mendapat menggunakan kelebihan ini,..
5) Mengikut asas kepada perundangan antarabangsa, pemilikan sesuatu kawasan baru boleh dibuat melalui penaklukan serta melaksanakan bidang kuasa penuh terhadap kawasan baru tersebut,..
6)Perlaksanaan bidang kuasa Negara yang menakluki kawasan baru tersebut akan menjadi bukti kukuh kawasan tersebut menjadi miliknya,.. lebih-lebih lagi apabila perlaksaan ini dilakukan tanpa bantahan daripada mana-mana Negara lain yang berdekatan,.. seperti contoh Malaysia berjaya membuktikan permilikan Pulau Sipadan kerana Malaysia melaksanakan bidang kuasa penuh terhadap pemeliharaan kehidupan laut di Pulau tersebut,..
7) Namun apabila sebuah pulau yang dicipta sendiri oleh sesebuah Negara secara logik mudahnya sudah tentu mempunyai perlaksanaan bidang kuasa Negara yang mencipta pulau tersebut,..
8) Memandangkan Negara-negara yang ingin menuntut permilikan terhadap kepulauan di Lautan China Selatan semakin kesuntukan masa, sebarang bukti yang boleh menunjukkan bidang kuasa Negara masing-masing di kawasan tersebut sangat penting di jaga dan dipertahankan,..
9) Dengan kemampuan China mencipta Pulau sendiri berdekatan kawasan tersebut, yang mana maklumat terkini menunjukkan aset kapal ketenteraan China berada dan mengawal pulau tersebut, kemungkinan besar nanti boleh diperkatakan bahawa China mempunyai bukti penguasaan perlaksanaan bidang kuasa Negara mereka di kawasan itu,..
10) Atas penemuan perkembangan pembesaran pulau buatan ini secara mendadak yang sedang dibina lapangan terbang di atasnya, ia akan menghalang perjalanan bebas kapal-kapal dan aktiviti ketenteraan Negara lain di kawasan tersebut selepas ini,.. ini memperkuatkan lagi bukti pemilikan China terhadap kepulauan di kawasan tersebut,..
11) Oleh itu, kita boleh lihat reaksi daripada Negara-Negara berdekatan menentang secara keras pembinaan pulau oleh China disini,.. AS, Jepun, dan Philippine dikatakan sudah pun melaksanakan simulasi peperangan bersama-sama sebagai latihan menghadapi peperangan yang mungkin mendatangi mereka, Australia, Korea Selatan dan Singapore di jangka akan mengikuti kerjasama ketenteraan ini,..
12) AS menyatakan pendirian mereka akan tetap menghantar kapal terbang perisik dan kapal perang mereka berdekatan dengan pulau buatan China tersebut walaupun tentera China memberikan amaran supaya AS tidak lagi mendekati kawasan tersebut,.. AS tidak mahu mengiktiraf pulau buatan China tersebut sebagai kawasan China, sebaliknya AS menggagap China melakukan operasi ketenteraan diluar sempadan Negara mereka iaitu di kawasan bebas antarabangsa yang mana AS tetap juga mempunyai hak untuk berada di kawasan bebas tersebut seperti biasa,..
13) Jika China yakin kawasan kepulauan buatan mereka itu membentuk kawasan sempadan baru Negara mereka secara sah, tentera China di jangka akan menembak dan menyerang segala aktiviti ketenteraan AS yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut atas alasan pertahanan diri,.. mengikut undang-undang antarabangsa, pertahanan diri adalah alasan yang sah untuk menyerang tentera lain,..
14) Jika China memulakan serangan maka AS dan sekutu mereka mungkin akan membalas serangan dengan pendirian bahawa kawasan tersebut bukan milik China secara sah dan China tidak layak mempertahankannya,.. jika AS berdiam diri tanpa bertindak membehentikan pembinaan pulau buatan China tersebut, is akan menjadi bukti secara tidak langsung bahawa Negara-negara berdekatan menerima pembinaan tersebut sebagai sah,..
15) Maka AS adalah wakil Negara Phillipine dan juga sekutu lain bagi menunjukkan penentangan terhadap pembinaan China ini, yang mana mungkin akan menyebabkan pulau buatan tersebut diserang supaya tindakan serangan ini akan dapat menafikan bahawa AS tunduk kepada penguasaan China di lautan ini,.. jika dalam situasi ini, China pula yang akan membuat serangan balas terhadap AS (kemungkinan besar China akan dibantu oleh Russia) untuk mempertahankan kedaulatan pulau buatan mereka,..
Saya lihat dalam kedua-dua keadaan tersebut, jika AS teruskan provokasi berdekatan pulau buatan China tersebut, benarlah Media Perdana China memberikan amaran kepada AS minggu lepas bahawa provokasi AS yang berterusan bakal buat Peperangan di antara China & AS tidak dapat dielakkan,..
No comments:
Post a Comment