Wednesday, 17 June 2015
Apakah Itu Mati Pucuk ?
.
Secara ringkasnya, mati pucuk merujuk kepada kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang
atau mengekalkan ketegangan semasa melakukan hubungan seks. Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh
disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari
segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki
dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai
cara ia terhalang.
Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan
tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi dan ini sering kali
boleh diatasi. Fenomena ini biasanya berlaku pada
usia 40 tahun ke atas.
Kenapa boleh berlaku pada lelaki muda ?
Kajian terbaru daripada Universiti Columbia ada menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti
seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun
ke bawah mudah mengalami masalah seksual
apabila umur meningkat. Malah, mereka yang
kerap melakukan onani seawal umur 14 tahun
mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk menjelang usia 30-an.
Onani boleh minimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu klimaks berlaku
dengan cepat. Amalan onani secara berterusan mengakibatkan hubungan seksual tidak dapat
bertahan lama, malah pengamalnya hanya akan mencapai kepuasan dengan cara tersebut
berbanding melalui kaedah persetubuhan
yang lazimnya dilakukan dengan pasangan
mereka.
Selain itu, apabila onani dilakukan secara kasar menyebabkan zakar sakit serta bengkak dan
akhirnya otot zakar menjadi rosak hingga
menyebabkan mati pucuk.
Apa yang menarik turut disentuh dalam hasil
kajian oleh universiti tersebut mengatakan
'jika sudah aktif melakukan seks pada usia
muda, mereka akan cepat lemah tenaga batin'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment